Tuesday, 5 January 2010
Salah Satu Azam 2009 Yang Tercapai
Memula aku dah buat blog baru. Bila aku tukar address ayunasia ni kat dia dan test perasaan berblog baru, huh! Takde follower beb. Arkib pon zero. Lelain boleh transfer. Awat follower takleh tranfer eh? Kompius i. Sudahnya, aku patah balik dan tukar background ngan kaler2 je lah. Masih template lama. Boleh la. Janji takyah susah nak masukkan link2 yang banyak amat tuh.
Kenapa aku pilih background tuh? Sebab dia kaler oren. Kunun kan dulu nak buat background sendiri. Sekali, aku nak donlod fotoshop kat laptop ni, takleh pulak. Banyak virus ar installer tu. Manja tol ar ko. So, tak jadik la aku nak mengasah bakat. Gambar kat banner header tu pon aku pakai yang lama jugak. Maka, rojak ler blog aku macam umah k3ling. Lantak pi lah.
Semalam, terlewat 3 hari, aku dah mencapai azam tahun 2009. Cemana boleh terlewat tu, tah, aku pon takde jawapan. Jadi, kononnya aku nak la buat pulut kuning. Macam dulu2 kat kampung. Tapi, dari siang, sampai la ke malam, bayang pulut pon tadak. Potong betul la. Jadi, aku replace dengan roti jala. Tadaaa!
Benda semudah lempeng ni pon aku tak pernah buat seumur hidup aku tau. Aku rasa aku ada trauma roti jala la.
Pernah dulu, along buat besdei party anak dia, akim. So, dia buat roti jala. Dari pagi membawak ke petang, aku kena mengadap kuali leper hitam tu untuk menebar jala. Masa tu rasa serik betul. Memang takkan aku buat lagi ler pasnih. Masalahnya roti tu asik laaa melekat kat kuali. Daripada mudah, jadi susah pulak membuatnya. Sejak itu, aku geti makan ajer. Namun nak membuatnya, jangan kau mimpi.
Tapi tadi, sempena tahun baru dan sempena aku mencapai azam tahun 2009, maka aku pon membuat ler roti jala nih. Tenggek kari ayam seperiuk. Dan walla! Sedap dimakan begitu saja. Petang sikit, aku tebar lagi dan bawak pergi umah adik ipar. Sesambil nak menganto ole2 dari langkawi merangkap menengok baby jugak. Fuh! Masa lahir kemain kecik lagi. 2.7kg jek. Sekarang tengok, dah bulat dah. Baru lah nampak. Ikut muka mak.
Encik hairul pulak, sejak 2 menjak dapat toy baru tu, semangat betul nak menebuk rumah nih. Mula2 sekali, aku suh pasang benda alah nih.
Hasil karya AyunasiA pada 9:38 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment