Hey! Dah masuk tahun 2010 lah! 10 tahun lagi nak masuk tahun 2020. Tahun wawasan sepatutnya dicapai. Boleh tercapai ker? Apa sumbangan/peranan kita? 10 tahun lepas apa berlaku ek? Jap, aku rewind balik memory ke tahun 2000. Zasss!
Millenium! Y2K! Apa lagi? Aku pulak, ermmm masa tu baru grad diploma. Senang je nak dapat keje ngan diploma ek? Sekali interview jek, terus dapat. Tu salah satu kebaikan ambik diploma sebelum ambik degree la. Kalo tak dapat keje ingeneur, simpan degree bawah tilam, pakai diploma, senang2 je leh dapat technician. Serius beb. Apa? Gaji kecik? Lebih baik dari mengabiskan boreh kat rumah je, kan? Dan tech boleh claim ot, ingeneur takleh. Keje kuat sikit boleh dapat gak gaji ingeneur. Kerja lebih kepada hands on. Masalah2 besar kasik kat ingeneur jer selesaikan ekekek. Apa aku merepek nih?
Dari sudut teknologi, masa tu, zaman henfon tengah nak naik. Henfon skrin hijau, monofonik. Nak buat lagu kena key in code2 lagik. Setahun kemudian, skrin biru plak. Kendian, skrin kaler, polifonik. Kendian truetone. Now, dah tak terkejar dah teknologi2 ni. Aku masih dengan henfon nokia xde 3g dan bluetooth :(.
Masa wawasan 2020 diperkenalkan, aku di sekolah rendah. Darjah berapa ek? Tapi dulu, masa disebut tahun 2000 je pon aku dah bayangkan robot2. 2020 apatah lagi, kan? Pastu ada yang cakap, nanti tahun 2000, kita akan berperang. Masa tu aku dah plan, nak duduk dalam air. Ingat peluru dan bom takleh tembus air hikhik. Pastu, kalo cikgu suh lukis mural gambaran tahun 2000, siap ngan roket2 ngan orang bulan lagi.
Dan bila kuar wawasan 2020 ni, aku ingat, semua benda otomatik la. Tu yang aku dah siap berangan nak cipta mesin siang togeh tuh. Tak sangka la pulak, rupanya ict yang meledak dalam tahun 2000an.
Jom tengok, sejauh mana aku terlibat dalam wawasan negara ni.
1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. erkkk susahnya. ni kira dicapai melalui misi 1 malaysia kot. baca pon tak paham, nak capai cemana ek?
2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain. ok, mungkin ada inidvidu yang mencapai, tapi banyak yang lain, tak pasti. jiwa bebas sampai terbabas mungkin la kot.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. ni nampak ada peningkatan. tapi turun naik jugak. harap2 10 tahun lagi akan terus meningkat.
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi. huh! tak berani nak jamin...
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. dengan situasi terkini, macam tak sure sangat.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. walau pun masih ketinggalan dengan negara lain, tapi banyak perkembangan positif.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh. boleh boleh...
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. ermmm...
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. boleh kot.
Yang penting, kita perlu menuju ke arah negara maju bersyariat (nak jugak pakai slogan majalah solusi hihi). Chaiyok!
Friday, 15 January 2010
Wawasan 2020
Hasil karya AyunasiA pada 2:08 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Salam
2020 , umur kak pB 48 tahun.
Wahhh dah nak masuk 50 tu ..
Masa tu anak dara kak pB yang sulung akan berusia 24 tahun.
Agak - agak dah kawin ker belum yer ???
Doakan agar kita semua panjang umur.
mudah2an kak.
wahhh best nyer, anak dara nak kawin. tah apa pesen kawen time tu ek? boleh jadi 1 entry gak nih.
Post a Comment