Masa orang sibuk2 giler tengok boys over flower, aku hanya terpinga2 sebab aku tak subscribe channel 3++. Nak lah juga buat comparison ngan meteor garden yang ku dah khatam 5 kali tu kan.
Sekarang ni dia tengah on air kat tv8. Tak pernah2 aku bukak channel tu sebab dia macam terasing dari channel2 free yang lain. Tu pon kebetulan, tengah bukak axn sambil2 tengok info, ternampak boys over flower. Jadi, aku pon tengok la.
First impression, san chai dia tak comel. Ok, aku bias kot sebab dah tengok meteor garden dulu. Keadaan mungkin sebaliknya kalo aku tengok bof dulu. Tapi, aku cuba jugak nak suka bof tu dengan menengoknya selama seminggu. Tapi, dia gagal membuatkan aku tertunggu2 pukul 8.30 setiap hari isnin hingga jumaat. Siap boleh tak tengok langsung pon takpe.
Jadi, apa perbezaan atau persamaan antara keduanya?
1. Satu Korea, satu lagi Taiwan. Dari segi jalan cerita memang la sebijik, tapi deliverance (betul ke perkataan nih?) dia berbeza. Bergantung kepada negara jugak.
2. Dua2 pon cakap mandarin. Kecuali bof dialih bahasa dari bahasa korea. Jadi, perasaannya tak sama.
3. San chai anak tunggal, errr saper nama pempuan bof tu ek? Tak kisah la. Dia ada adik.
4. Dao ming shi memang nampak kebudak2an, sementara tah saper nama hero tu tah pulak, nampak dewasa buat2 kebudak2an. Tak berapa nak comel.
5. Heroin bof tak secomel san chai. Muka dia macam dah matured. Dan tak rasa kesian sangat kat dia.
6. Kakak hero bof lagi cantik daripada kakak dao ming shi.
7. Parent heroin pon tak secomel dan sepoyo parent san chai.
Tu je setakat ni sebab aku tengok pon berapa kali jek.
Wednesday, 6 January 2010
Meteor Garden vs Boys Over Flower
Hasil karya AyunasiA pada 9:08 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment