Semalam aku mendapat berita bahawa wak aji sebelah rumah aku kat kampung, telah meninggal dunia. Pada hari rabu yang lepas. Wak aji yang mana nih? Wak janggut la. Alaaa yang aku cerita anak sedara dia ada pasar mini 'ain ebergrin' kat parit raja nih tuuu. Kenapa baru semalam aku tau? Tah, abah takde pulak call bagitau. Sebenarnya, aku yang tak geti2 nak call abah hihi. Ok, takyah salah kan sesiapa kalau dah komfem salah sendiri hihi.
Oh, rasa bersalah sebab tak melapangkan masa untuk balik ke kampung. Masa dah lapang dah, cuma diri tu yang takmo berusaha menggunakannya. Kali terakhir melihat arwah, hari raya puasa aritu kot. Selain aku beraya di rumahnya, selalu juga aku nampak dia mengerjakan edible garden di tepi rumahnya yang kebetulan mengadap beranda rumah aku.
Aku takde lah kenangan spesel bersama beliau, tapi, dah nama pon jiran, kan. Tak banyak, sikit mesti ada kenangan kan. Beliau banyak menolong keluarga kami semasa susah dulu. Masa aku kecik2 dulu, ramai orang blok yang datang berjumpa beliau untuk mendapatkan nasihat. Kekadang berkaitan masalah rumahtangga.
Pernah sekali, aku nak balik uni, dia tumpangkan aku naik lori dia pegi kota. Masa tu aku jalan kaki ke depan, dia pelawa naik. Kekok nye lah hai. Bukan kekok dengan dia. Kekok naik lori lor huhuhu. Masa dalam lori tu, dia ada cerita, parent aku pernah gak datang jumpa dia mintak nasihat. Dan dia kata, dia nasihatkan, lebih kurang cenggini,
"Ko ni pan (bapak ku aspan ok), untung, ada anak pandai2, masuk univesti, masuk asrama sekolah pandai."
Oh, terharu aku mendengarnya. Ye lah, dulu bapak aku popular sket sebab anak2 nyer pandai2. Bukan pandai mana la. Kot la salu dapat no 1 tu boleh dinamakan pandai kan. Sekarang dah tak popular kot sebab ramai dah anak orang lain yang pandai hihihi. Zaman kakak ngan abang aku kureng sikit kot orang pandai nih. Jadi, menyerlah sikit ar pak sepan. Eh, aku rasa aku tak pernah ceritakan perkara ni pada sesiapa.
Kami adik beradik memang rapat ngan anaknya masa kecik2 dulu. Ye lah, anak dia ramai pompuan kan. Main masak2, main game tv, main ceper, batu seremban, macam2 la. Pendek kata, semua permainan zaman kanak2 dulu kami main bersama la. Masa zaman sebelum ada karen dulu, umah dia dah ada karen dulu. Ni aku dah pernah stori mori. Pi lah carik dalam entry lama2 tuh. Eh, ni nak cerita wak aji ke, anak2 wak aji ek?
Mengenai kemeninggalannya pulak, katanya dia meninggal dalam tidur. Untung nyer, kan? Tak susahkan sesiapa.
Tuesday, 5 January 2010
Wak Aji Dah Takde Lah
Hasil karya AyunasiA pada 1:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment