Thursday, 7 January 2010

Rupanya Dia Nak Beri Pelangi

Pernah dengar kan, kata2 mutiara yang diakhiri dengan ayat nih? Nak tulis penuh, tapi dah lupa, malas nak cari. Pernah tak sesiapa melaluinya? Ye lah, ditimpa masalah yang besar, kesusahan atau musibah, bersabar dan redha, dan akhirnya bertemu sinar di hujung jalan. Bukan sahaja masalah selesai, mendapat pula lebih dari itu. Umpamanya, putus tunang dengan abdul karim sulaiman (tah, sape tah, bukan nama sebenar), dipinang dan kawen pula dengan remy ishak. Pelangi ke remy tu eh? Ah, malas ar nak pikir. Contoh jerrr. Kang bagi contoh fahrin ahmad kang, masalah lain pulak kang hihi. Seperti, dibelasah oleh bekas teman lelaki hahaha.

Tapi, bukan senang. Dan bukan semua terpilih. Bukan saja nak dapat lebih dari itu, nak bagi settle masalah yang ada pon hazab. Pastu nak sabar dan redha lagi, aduiii susahnya lah. Selalunya kita, kalo boleh nak skip part yang sabar dan redha tu, nak terus dapat pelangi. Saper yang tak nak, kan?

Pastu, kekadang kita takde pon masalah besar atau ditimpa musibah yang dasyat, cuma belum dikabulkan permintaan. Kadang mintak tukar tempat kerja, nak dok sama ngan suami, sampai masuk anak 3 pon tak dapat. Kadang mintak diberikan zuriat, aku lah tu, sampai 5 tahun kawen pon tak dapat jugak. Kadang mintak kerja gomen, atau kpli, 5-6 kali interview, 7-8 kali mtest, pon tak dapat2. Kadang mintak pengarah naik pangkat dan ditempatkan di hq (hehe aku dan semua staff kot nih), sampai ke la masih dok maintain atas kusi kat situ. Kadang mintak itu, kadang mintak ini, tak dapat, tak berjaya, tak dikabulkan jugak.

Apa masalahnya? Nak kata tak berdoa, sehari at least 5 kali dah doa. Nak kata tak berusaha, cogan kata sekolah rendah, cita usaha jaya sentiasa jadi pegangan. Sampai ada yang, oh, apakah dosa ku ditimpa bencana sebegini? Baik ko bunuh saja aku ghazali, daripada hidup terseksa sebegini. Kalo ko ingin mati, aku pon tak ingin hidup, ajijah. Whatever.

Sebenarnya takde masalah pon. Allah kan Maha Adil. Dia beri kita yang ini, dia tak beri yang itu. Yang dapat pindah dok ngan suami tu mungkin takde anak. Yang banyak anak mungkin tak dapat keje gomen. Yang dapat keje gomen mungkin kena posting kat pedalaman sabah. Yang dapat kpli mungkin tengah mengandung, terus takleh masuk maktab. Yang pengarah tak naik pangkat dan pindah ke hq mungkin dia sendiri yang naik pangkat dan pindah ke hq hahaha. Pusing2 contoh tu jugak ek. Alaaa banyak lagi contoh, takkan nak tulis semua, kan. Baik aku tulis artikel kat majalah solusi je kalo cenggitu.

Ini semua soal rezeki. Pernah aku dengar, soal rezeki ni, Allah yang tentukan. Tapi, kalo kita berusaha lebih, rezeki kita boleh bertambah. Tak seperti ajal, kalo dah ditentukan jam tu, takkan terlebih atau terkurang walau sesaat. Kot gitu lah yang aku faham.

Begitu pon, walau macamana kita berusaha pon, kalo Allah tak perkenan, tetap takkan dapat. Rezeki tu bukan kau yang punya, ahmad albab yang punya. Eh, Rezeki tu Dia yang punya. Astaghfirullahal'azim. Main2 ko eh.

Itu dinamakan ujian. Mungkin kita tak cukup berusaha. Kasi lebih sikit lagi. Kalau pun cukup berusaha seluruh tenaga dan usaha kami, mungkin tak cukup berdoa, tak cukup molek amalan. Suka tangguh solat, malas mengaji al-Quran, tak bayar zakat, kedekut sedekah. Dan kalau pon masih tak mendapat juga, berserah dan tawakal saja kepadanya. Dia belum nak beri. Belum masanya. Belum cukup haribulan. Sabar, sabar, sabar. Semua kan ada hikmahnya.

Tapi, ada jugak yang dapat semua. Tak mintak pon dapat. Tak usaha pon dapat jugak. Allah kan Maha Pemurah. Dia beri pada semua, tak kira ko baik ke, jahat ke. Memang rezeki dia. Cuma bezanya, orang yang baik dikurniakan nikmat beserta rahmat dan berkat, orang yang jahat dapat nikmat semata2.

Jadi, kita yang tak dapat apa2 nih mungkin lah jeles, kan? Bila jeles tu, mula la sangka buruk, dia ada kabel fiber optik la, dia pandai mengampu la, atuk sedara sepupu dia orang kuat macam badang kat kementerian la, dia kuat main la hahaha (semua yang berkaitan contoh dia atas tadi). Haaa tu pon boleh jadi sebab kenapa kita ditangguhkan dari dapat apa yang kita minta. Hati busuk, buruk sangka, cemana nak jadi ibu yang baik kalo cenggitu punyer perangai?

Rezeki masing2. Kalau ada yang bertanya pada aku, kenapa? Why? Porke? Kiu? Shenme? Ko memang merancang ker? Korang tak bersedia lagi ker? Nak tunggu sampai bila? Rugi ko, nanti ko mati takde doa dari anak yang soleh. Sebelum aku jawab, cuba tanya dulu kat ct nurhaliza. Jawapan aku hampir sama dengan dia. Cuma abang 'K' aku masih muda :)

p/s dah komfem ke anak ko soleh? didik anak sendiri tu sampai jadi anak yg soleh dulu, baru cakap, ok? anak baru masuk tadika 5 tahun dah kecoh. tengok, baru aku nak buat entry sopan, dah tak jadi sopan dah hahaha.

p/s2 belum, belum ada berita baik tu. tapi berita baik lain ngeeeeeee :). ni tak lain tak bukan pasal duit la ni. dasar mata duitan! dah itu rezeki aku.

0 komen: