Hari jumaat lepas, aku balik kerja secepat mungkin. Malam itu, rumah kami menjadi tuan rumah persidangan negara2 komanwel. Hehehe tuan rumah meeting jawatankuasa pendudok taman jek. Tapi, walo pon meeting kecil2an, tetap la kena memastikan segala berjalan lancar, khususnya part makan. Kan, orang, asal meeting je, mesti ingat makan, kan? Agenda ke, minit ke, belakang kira. Yang penting, ada makan tak? Makan apa?
Jadi, sebagai host kali ini, encik hairul telah mengorder aku untuk menyediakan sedikit makanan. Yang sesuai dimakan sebagai supper, walopon maybe derang tak dinner pon lagi. Nasi adalah prohibited. Jadi, balik keje tu, aku pon terus mengerjakannya. Siap semua, ngam2 time derang sampai. Lebih kurang kul 9pm. Ada wakil wanita 2 0rang. Lelain lelaki jek.
Siap sumer, aku pon bertapa dalam bilik. Menunggu derang abis meeting. Sambil2 tu, sembang2 ngan cik luna. Tiba2, dia bagi idea untuk tido kat loteng. A'ah, best jugak idea tu. Lagi pon malam ni rasa macam sejuk jek. Sebenonya aku tunggu hujan malam, baru boleh tido kat situ.
Tapi, sampai ke pukul 1 pagi, belum nampak tanda2 meeting itu akan berakhir. Makan sudah, lawatan tapak pun sudah, meeting tak selesai2 jugak. Boleh dia sambung balik lepas makan?Orang kan, asal datang umah aku jek, mesti nak round satu rumah, tau. Sampai ke yard belakang rumah pon nak tengok. Padahal sama jek pattern rumah derang ngan rumah aku. Lain la orang taman sebelah ke kan. Ok, maybe lah derang tak tengok loteng aku lagi, tapi, sampai ke dapo tuuuu. Ni lelaki ok. Aku kalo pompuan tak kisah la, memang spesis kepochi. Hihihi lelaki zaman sekarang memang kepochi ek? Opsss orang taman aku ada yang baca blog ni, dah takleh nak kutuk2 orang setaman dah hihihi. Hai, jiranku!
Lebih kurang pukul 2 pagi, semuanya beransur pulang. Aku pon mengajukan idea tu tadi. Yeay! Tido loteng! Tapi, nak angkat tilam 3 hengget ker? Adoiii leceh nya. Maka, kami angkut toto je lah. Besok pagi, adoiiiiii sakit pinggang ku. Tu lah, dah manja badan tu pakai tilam 8 inci, dapat toto 1 inci, terus sakit2 badan. Satu lagi yang lecehnya, kalo nak terkucil. Adoiii nak kena turun pulak. Apa2 pon, best jugak. Terasa lain la suasana nya. Mujur lah suhu pada malam itu adalah sejuk. Kot panas memang aku cabut masuk bilik je. So, kepada bakal tetamu2 ku, loteng itu sudah diujikaji. Selamat dan sejuk.
0 komen:
Post a Comment