Salam sejahtera, tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian,
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, saya adalah kurus.
Oh, mesti ada yang takmo baca coretan ku ini kerana ia kedengaran agak keji. Saya tidak bermaksud untuk mengejek atau menyindir sesiapa. Kalau ada yang terasa, ampun maaf ku pinta.
Tidak seperti kebanyakan blogger lain di senarai tepi blog ku ini, aku berazam tak mahu kurus lagi pada tahun 2010 ini. Ulang baca, tak mahu kurus. Ini tidak bermakna saya ingin gemuk, ya.
Kalau orang yang nak menguruskan badan, keyword nya ialah diet (baca:tak makan). Selepas itu, herba/slim tea/pil. Selanjutnya, senaman. Kemudian, yang kuat semangat lagi sikit, aerobic, jogging, gym, fitness centre. Dan yang terakhir, slimming centre dan doctor (bila saiz badan menjadi masalah dalam hidup).
Sementara orang yang nak menaikkan berat badan, keyword nya pula ialah makan. Selepas itu, weightgain, gain8, gainplus, gain gain gain. Selanjutnya dan terkemudian sekali, untuk fit, senaman, aerobic, jogging, gym, fitness centre.
Aku fokus kan kepada menaikkan berat badan. Orang selalu cakap, "makan la banyak sikit. kurus sangat ko nih." Atau,"laki ko tak bagi makan ker? keding bebeno." Atau pun, "ko diet ker? kerempeng cenggini pon nak diet ker?" Ada juga, " eee ko ni, macam papan lapis. laki pelok pun tak best." Dan yang paling aku takmo dengar, "patut la ko tak ngandung2. kurus bebeno."
Tengok lah tu. Tak boleh tengok orang senang, kan? Senang ker? Sebenarnya senang, tapi orang yang menjadikan kita tak senang. Macam satu kisah ni... (kabur2 dan masuk mode nostalgia).
Ada sorang lelaki ni, sihat walafiat gagah perkasa, tengah jenjalan. Tiba di pertengahan jalan, terjumpa ngan sorang kawan.
"Weh, ramli, pekabo? Sihat ker?"
"Baik, aku sihat."
Dia pon meneruskan perjalanan. Jumpa lagi ngan seorang kawan.
"Hai ramli, kenapa muka ko pucat je nih? Tak sihat ker?"
"Eh eh takde lah. aku sihat la. (lam hati, erkkk muka aku nampak sakit ker?)"
Dia jalan lagi. Jauh perjalanan nih. Jumpa lak ngan kawan lagi sorang.
"Isy, ramli ke nih? Hampir aku tak kenal. Lain beno muka ko, pucat lesi aku nengok. Macam orang sakit."
"Oh, a'ah, aku rasa macam dedar2 je nih. Nak demam kot."
Ramli pon teruskan perjalanan jarak jauh itu. Sampai di simpang 3, dia terjumpa dengan sahabat lamanya.
"Eh eh eh ramli, ko ok ke nih?Ko demam nih. Meh aku bawak gi klinik. Macam dah nak pengsan dah aku tengok."
"Oh, takpe takpe. Memang aku demam sikit. Aku nak gi klinik la nih."
Dan ramli pon pegi ke klinik dan berkata kepada doktor, "Doktor, saya kena leukimia. Tadi dah macam nak pengsan."
Erkkk apa kaitan kisah ni dengan point aku tadi? Tah? Saje, aku baru teringat kisah ni. So, nak share kat korang. Ini ialah teori konspirasi.
Ok, sambung semula pasal kurus. Sebagai seorang kurus, aku menghadapi beberapa masalah. Antara yang terbesar ialah, kurang selera makan. Bukan tak lapar, tapi tak selera. Dan yang tambah membantutkan lagi selera, aku malas makan huahuahua. Malas di sini maksudnya, kalo kat opis ni, malas nak turun cafe. Keluar makan jauh sekali la kan. Pastu, malas nak makan. Umak aiii ni unta padang pasir pun takde gini punya pemalas daaa hihihi.
Tapi, kalau kat rumah, tak boleh la buat pe'el ni, kan? Datang angin rajin tu, aku masak bersungguh2. Hello, malas masak ngan malas makan adalah 2 perkara berbeza okkk. Tapi yang selalunya angin tak berapa nak datang la hihi. Ketat ler perut kalo siang malam asik makan nasikkk jek. Nak tido pon tak best. Tapi, tetappp kena pikir perut yang lagi satu tu. Hasilnya, suami ku juga adalah slim hahaha. Dahhh aku yang dituduh tak geti masak sebab suami kurus. Dah, dia pon sama ikut pe'el aku, malas makan.
Persoalannya, apa yang harus aku lakukan untuk mengatasi masalah tersebut? Bukan malas masak tu, tetapi malas makan.
Bye dan Selamat beramal!
Tuesday, 19 January 2010
Lawan Kepada Diet
Hasil karya AyunasiA pada 1:21 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Makan jer la....
macam aku nie....selera tak pernah tak ada hahahahah!! baru nak diet, laki pulak asyik nak makan jer...jadi kenalah masak...pagi, tengahari, malam....pagi tu kengkadang aku escape...tapi sesekali masak, nasi lemak, daging satay goreng & nasi impit....hahahaha
Bila dah masak..kena makan la pulaaak...almaklomla selera tak pernah putus....Nak tunggu mabuk berisi...pesal aku tak mabuk2 lagi nie hah??....asyik lapooooo jek...hahahahaha.....
Pastu jenis yang sayang kat makanan, teringat pulak orang somalia...jadi tukang perabih makanan aku ler...MPJBT!!!
Aku gemuk??? tak heran...that's me..
ko sedang2 takpe. aku ni yang negative slim nih. kalo kat penimbang yg berckp tu mmg kuar 'anda adalah anda slim' gituk.
Post a Comment