Dah berderet2 entry aku yang berbentuk umum. Nampak sangat dah takde aktiviti menarik dalam hidup, ek?
Ada tak aku bersumpah bahawa aku takkan citer pasal loteng lagi? Takde kan? So, boleh la aku citer, kan? Bukan cerita sebenarnya. Statement. Bahawa tangga ni dah siap berkarpet semuanya. Kan aritu aku kata karpet tu tak cukup, kan? Puas aku cari satu bp, non ado lak yang jual. Ada, tapi satu kaler je yang ada. Nak kaler ni, kena order. Malu la pulak nak order setakat 3 kaki jek hihi. Kebetulan encik hairul ada course aritu kat jb, so, dia pon beli la kat tempat aku beli aritu.
Ni pulak ialah makanan ku pada hari sabtu lepas. Dah lamerrr tak makan ikan bakar kat seri kenangan. Rasanya masih sama, cuma kali ni dia lagi sedap berbanding yang sebelum ni. Tapi kali ni orang kedai tu yang pilihkan. Cinonet je dia kasik.
Ni bukan kereta aku, tapi tengok la nombor plat nyer tuh. Sipi2 je ngan plat no. AH.
Dan inilah buku yang aku kecoh2kan kat fb itu. Aku ingat2 lupa apa kes dengan zaid ibrahim tu. Pas baca preview dia baru la ingat. Oooooo aku ada tulis masa raj@ petr@ dibebaskan selepas zaid ni resign. Rupanya memang ada kena mengena pon kes itu. Buku ni ada versi english gak. Tapi aku malas ar nak pening2kan kepala. Baca yang bm ni pon ada yang tak paham, bahasa loyer dan folitik kannn. Tapi memang best. Lebih2 lagi untuk generasi ku yang masih di atas pagar.
Buku seni jahitan tu aku beli sebab banyak pola baju di dalamnya. Senang aku ni design2 baju. Bagi aku, menjahit tak perlu skil sangat. Lebih kepada logik dan kreativiti. Plus pengetahuan am.
Wednesday, 20 January 2010
Perkembangan Terkini
Hasil karya AyunasiA pada 1:13 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Ayunasia...buku2 tu ada dalam simpanan akak...tapi tak digunakan dengan sepenuhnya...hehehe...sibuk...iyerlah tu...!!
haaa tau takper. ni pon beli je dulu, gunanya, tunggu datang seru. saper yg seru, tak tau ler...
Post a Comment