Baru lepas membaca sebuah buku, langsung terasa nak buat banyak2 entry seolah2 respon kepada buku itu. Berpusu2 idea nih, cuma entah bila dapat merangsang neuron dan mengalirkannya ke dalam darah seterusnya memacu saraf jemari untuk menaipnya. Tah betul ke tak step ni tah, hentam je lah. Kang cikgu biologi baca ni kang, ada yang sakit jantung.
Kenapa aku memilih tajuk ini sebagai entry pembukaan terhadap respon kepada buku tersebut? Tak lain tak bukan, kerana ianya memang kena mengena ngan aku. Kalo takde kaitan, cemana lak aku nak mengulasnya, kan? Tulis melalui pengalaman la paling senang.
Aku mula kenal ngan istilah kawen gantong ni semasa dalam tingkatan 2. Ada dalam tajuk munakahat sekolah ugama ker? Eh, cop, dalam banyak2 sebutan, aku hanya menggunakan istilah ugama untuk sekolah ugama. Erkkk apa nih? Ye lah, salu orang sebut, agama. Tapi, kalo sekolah di bawah jabatan agama islam negeri johor itu, aku sebut sekolah ugama. Selain agama dan ugama, ada juga orang sebut igama, kan? Ikut masing2 punya terjemahan dari tulisan jawi ke rumi.
Ok, berbalik kepadaaaaaaa ok, tingkatan 2. Apa yang aku tau masa tu, kawen gantung ialah nikah dulu, tapi bersanding nyer lambat lagi. Dalam tempoh tu, tak boleh bersama sama mengejar mimpi, sama2... ok, takyah nyanyi. Faham ler kan. Kira macam dah dapat lesen memandu, tapi gantung dalam frame je lah lesen tu hihi. Macamana aku boleh tau waktu tu? Sebab along ngan abang long adalah kawen gantung. Jap, aku nak ingat balik. Berapa lama ek dia kawen gantung? Yang pastinya, dia sanding bulan 5/6 (cuti sekolah 3 minggu). Maybe dia nikah dalam bulan 3 gitu kot. Tah, dah lupa laks.
Kenapa perlu kawen gantung? Pulak tu, lagi 2-3 bulan jek sanding nyer. Takleh tunggu ker? Tak ker membuang masa orang? Ye lah, kalo sedara mara tu, nak kena datang la kan. Masak2 wat kenduri. Kang time sanding, kenduri lagi, datang lagi. Yang belah laki pon sama gak. Aritu tunang dah bawak rombongan. Ni nikah, bawak rombongan. Sanding kang, bawak rombongan lagi. Tak ke leceh tu?
Ada orang kawen gantung sebab nak pergi berperang. Tentera2 tu. Kang tinggal tunang kat kampung, takut disambar orang. So, kiter kasi ikat itu pempuan dengan ikatan perkahwinan. Kot kekanda gugur di medan perang, janda berhias ler jawabnya.
Ada juga yang pergi menuntut ilmu ke luar negara. Takut pasangan jatuh chenta kat mat saleh. Terus ditambatnya sebelah kaki kat tanah air. Takkan nak kasi dia pakai cawat besi plak? Biasanya orang kita, kalau dah tau diri tu bini orang, insya Allah selamat. Takde ler curang2 dah.
Ada juga yang kawen gantung sebab mak bapak pon takut 'apa2 berlaku'. Almaklum dan alfaham je lah kan. Dah bertunang, darah manis. Kot ada yang pikir, alah, dah tunang ni, kira dah nak kawen la kan. Apa nak tunggu2 lagi. Esok2 kawen gak. Kot la kan ada yang pikir gitu, kan ke 'bahaya' tu? Jadi, mak bapak ni lepas kan lah awal sikit (duit hantaran tak cukup lagi pon). Tak pon, anak tu sendiri yang ugut mak bapak, mak tak kasik kami nikah sekarang, kami ehem ehem, mak abah yang tanggung dosa eh. Wah wah ko! Sukati mak ko jek. Eh, ni kes mengenakan mak, takkan nak guna sukati 'mak ko' jugak ek? Sukati ko jek ek. Jadi, kawen gantung ler depa. Tapi, nama je kawen gantung, tapi tak gantung gak lesen tu hehehe.
Dan akhir sekali, ada satu lagi versi kawen gantung. Kang aku cite kendian.
Ok, berbalik kepada kawen gantung kakak ku itu tadi, aku pon tak ingat sebab apa derang nikah awal tu. Yang komfem bukan sebab pergi obersi tu lah. Kalo sebab berperang tu ada la sipi2 kot, sebab time tu abang long masih keje polis hutan. Apa2 pon sebabnya, aku tak ambil kisah.
Masa dalam tempoh bertunang, memang ler selalu abang long datang ke rumah. Alaaa apa kata orang? Untuk mengenali diri masing2 dengan lebih dekat lagi? Bukan tu ker tujuan bertunang tu? Dan selepas derang nikah gantung tu, lagi la selalu abang long datang ke rumah, kan? Buat2 tanya pulak. Kalo masa bertunang, kami ni boleh la lagi nak buat2 lalu ruang tamu tu kalo nak ke depan rumah. Tapi, selepas bernikah tu, hehehe lalu ler kalo ko nak lihat adegan yang tak ingin kita lihat ekekekek. Nak masuk bilik, mak tak kasik hihihi. Syiannnn merana jiwa dan raga ekekekeke. Ye ker? Boleh caya ke? Ermmm...
Ok, abis cite pasal along. Kang dibuatnya dia baca blog ni kang, tak pepasal kena pelangkong aku balik kota kang. Ada juga yang nikah seminggu dua awal dari tarikh kenduri. Tu aku tak pasti samada masuk kategori kawen gantung ke tidak.
Dan dalam kes aku pulak, aku pon tak tau nak kira gantung ke tak kalo 2 bulan selepas tu baru sanding? Nikah tu betul lah, gantung tak gantung tu kita cite kat belakang ar ek? hehehe. Kalo orang lain mungkin rancangan untuk nikah gantung tu dibuat secara ad-hoc. Tapi aku, siang2 lagi, sebelum bertunang lagi dah ada plan tu. Hebat tak hebat eh? Nak kawen punya pasal, terus bijak membuat planning eh? Tapi tak de lah siap ngan tarikh tertentu. Tarikh 25 Disember 2004 itu dipilih kerana hari tu cuti umum, itu jek. Selepas pernikahan pada pagi itu, belah petang nyer aku balik ke rumah mertua. Siap pegi kenduri kawen 2 rumah lagi dengan pakaian nikah hahaha. Perantin gi umah perantin gitu. Malamnya, suami ku, wah, first time sebut suami waktu tu, hantar aku balik, dan, dia balik umah dia semula. Huaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Esoknya, tsunami. Tah, kali ke berapa ratus dah aku tulis pasal ni. Saje nak suh korang ingat aku setiap kali tiba tarikh ni hehehe. Ingat tsunami, ingat ayunasia.blogspot.com eh? Hey, bila masa tah tsunami tu berlaku, aku pon tak tau, tau. Tengahari 26hb tu, kami on the way balik ke batu pahat. Siap antar yayu balik @dtec lagi. Malam tu tengok berita pasal tsunami, tapi buat tak kisah jek. Tsunami di jantung lagi hebat kot time tu huhuhu. Boleh jadi tajuk buku tuh. Tsunami Bulan Madu. Erkkkkkkk aku nikah gantung ke? Percaya lahhh...
Tapi, sebelum membuat keputusan kawen gantung ni pon aku tak berapa suka. Bukan tak suka nak kawen. Suka la sebab bleh kawen cepat hehehe. Tapi aku bimbang persepsi orang sekeliling. Ye lah, dok kampung kan. Kenapa si sepan tu nikahkan anak dia cecepat? Dot dot dot ker? Benda tu bermain2 di fikiran aku, tapi aku tak beritau sesiapa. Kang aku cakap kat mak kang, pening lak paler dia ek? Think positive je lah. Percaya kepada diri sendiri. Yakin boleh! Eh? Apa kena mengena yakin boleh pulak neh? Yakin boleh laaaaaa...
Oh, lupa lak. Pada sesiapa yang tak tau, aku gantung kerana tarikh dan yayu. Nak tau citernya, search kat atas tu, 'novel cinta ku', okeh?
Ada jugak kawan seopis ku yang kawen gantung. Dia nikah bulan 1, sanding bulan 3. Saing ngan kenduri kawen aku kat belah lelaki. Sebabnya, bulan 3 tu bulan Muharam. Hampir sama ngan sebab aku, cuma kes aku lagi complicated hehehe. Selepas derang nikah, ada la member lelaki ni usik2, ko dok asing2 lagi ker? Dia cakap, ha lah, kan nikah gantung. Member tu pon cakap, bak nombor tefon laki ko, aku nak call dia. Rugi arrr dah nikah tak ... Hihihi. Laki dia tu dok ngan mak. Aku tak tau lah dia bagi ke tak nombor tefon tu, tapi weekend tu derang terus booking hotel sur1a kat cherat1ng tu huahuahua... Tapi aku rasa dia sendiri yang cakap kat laki dia hikhikhik.
Dalam buku yang aku baca tu, ada citer pasal kawan dia yang kawen gantung. Wifenya kat maktab. Setiap kali cuti semester, dia ngadu ngan penulis. Mak mertua dia yang tak kasik. Wife dia pon takut nak menentang ibunya. Last2, penulis ni bagi idea, kalo ko buat pon, bukannya ada siapa tau. Bukan ada tanda ke cop ke kat muka bini ko tu. Mana mak bapak dia tau? Pengetua maktab dia pon tak boleh tau la. Apa yang ko takot sangat? Hihihi. Selepas itu, dia dah tak mengadu2 lagi dah. Siap bleh cakap, betul la, takde tanda pon, mak dia pon tak tau ekekekek.
Okeh, itu je kisah kawen gantong yang nak aku kongsi kan di sini. Pasnih aku citer topik lain plak ek.
p/s kredit to penulis buku ini. u know who u r. (macam la dia nak baca blog picisan aku ni :P)
2 komen:
Salam....
Dalam islam mana ada gantung2 nih...dah nikah...jalan terus jek la...
Bak kata Dato' mohd noh gadut (mufti johor)...kalau dah lepas nikah tu tak dapat nak tunai nafkah kat isteri, ditakdirkan pulak mati dulu...camno??...Jalan terus jer...
Ala, akak aku dulu 2 minggu jarak antara nikah dgn sanding...ayah aku siap tanya akak aku "nape nuar tak datang2?"...kakak aku jawab "malu la ayah"...Kata ayah aku "apa nak malu, kan dah nikah"...hah!! apa lagi dah dapat lesen, laju jer abg ipar aku datang...terus dok senyap2 dalam bilik sepetang hahahahah!!!!
kuikuikui ko rasa, aku nikah gantung tak?
Post a Comment