Monday 3 May 2010

Diploma, Matrik, Degree : Pros & Cons

Sistem pengajian tinggi di malaysia ada beberapa laluan. Dulu, uni takmo geng ngan institut kemahiran (IL). Tapi kini, mqa telah menyediakan satu framework baru di mana, lepasan boleh masuk uni. Tapi, masih ajak2 ayam lagi la.

Kali ni aku nak memberi pandangan tentang diploma, matrik dan degree. Ni, sekadar pandangan aku aje. Lain orang, lain pendapatnya kan. Aku pernah berada di tempat dia. Cumanya, pilihan kedua aku ialah degree, bukan matrik. Kalau boleh, akupon takmo masuk matrik.

Aku duduk dikelilingi oleh orang2 yang memiliki diploma. Mungkin itu yang mempengaruhi pandangan aku ini. Mungkin orang melihat, diploma = spm tak cemerlang, technician, gaji kecik, kacang goreng (senang je), lebih2 yang tak dapat masuk matrik/universiti, memenuhkan kuota enrollment dan kurang berjaya. Dan kalau degree = bijak, engineer, gaji beso, tough, cemerlang, siswazah.

0 komen: