Thursday, 21 May 2009

Hilang, Tapi Tak Jadi Nak Hilang

Pagi tadi, ambik gambar sendiri. Eh, silap pulak, nampak botol air.

Cuba lagi, nampak kertas bersepah atas meja pulak.

Lagi sekali, e'eh, apa motif ambik gambar ni sebenarnya? Failed!

Coba berdiri lak. Haiyaaa sekerat jek?

Motif sebenar, nak tayang baju baru lagi hihihi.

Hari Jumaat yang lepas, kami keluar makan malam di pinang sebatang. Alaaa restoran yang konsep p ramli tuh laaa. Sebelum keluar, aku ambik henfon. Tak bawak purse pon. Helah takmo belanja makan hihihi. Ehhh tanggungjawab suami ialah memberi makan minum, pakai dan tempat tinggal, kan? Salu aku bawak jugak purse sebab nak bawak lesen, takut tengah jalan, abang cramp kaki ker apa, takleh drive ke haper kan... Makan kali ni, tak berapa nak sedap. Mee bandung masin dan pedas sangat. Itu tanda2 aku akan boikot kedai tu selepas ini. Salah ko sendiri, ok?

Esok nyer pulak, dah plan nak jenjalan. Nak gi mana lagi kalo bukan ke bp kan? Pasnih nak gi jb or kluang la pulak. Or balik kampung (pilihan akhir nampak???) Balik kampung, satu yang aku tak tahan ialah, terpaksa (terpaksa tuuu) soping kain baju kat kedai kemboja. Adoiyaiii... lomah betul la. Cuba kedai kemboja tu tutup time aku lalu, kan ker bagus? (Hikhikhik sebenarnya suka kikiki.)

Orang cakap, untung ler, beli baju banyak2 ke mahal2 ke, takyah bayar upah jahit lagi. Untung ke haper? Orang yang anto gi tukang jahit lagi untung. Pegi kedai, ukur2, cukup haribulan ambik, bayo, dah boleh pakai. Untung dari segi masa la. Boleh tido, tengok tv, soping2, makan2 time tukang jahit tu menjahit baju korang.

Aku pulak? 1 jam potong kain. 30 minit jahit tepi (eh, lamanya?). 10 minit tebuk leher. 3 jam jahit tulang belut dan sembat leher, pasang butang sekali. 1 jam 30 minit cantum baju dan jahit kain. 1 jam 30 minit sembat hujung baju dan lengan. Coba ko kira? Ada 7-8 jam? Hahaha nampak sangat tak pro hihihi. Tapi tu kira terbaik la kan. Aku jahit tulang belut, bukan mata lalat atau tekan mesin atau pasang kun. Memang le lama. Pastu aku jahit hujung baju ngan lengan tu ngan sembat halus. Tukang jahit biasa jahit silang pangkah jek. Jarang2 dekat seinci jarak antara benang tuh. (Weiii tengok baju korang sekarang, betul tak?) So, saper yang untung sebenarnya? Aku untung duit tapi rugi masa, tapi korang untung masa, rugi duit. Bagi orang mata duitan, harus lah pilih untung duit wahahaha...

Ok, berbalik ke cite tadik. Apa ek? Jap, nak skrol ke atas jap. Ok, pasal jenjalan ari sabtu. Tengah bersiap2 tu, aku dah plan, nak bawak kain2 sebab nak beli benang dan kun. Semangat nak jahit baju berpiping pasnih sebab mesin dah terbaekkk... Pastu nak bawak toto2 nak anto gi dobi. Macam2 benda dah plan. Kendian aku pun ambik henbeg. Biasa kalau boleh sembahyang, aku akan bawak henbeg yang muat telekung. So, nak masukkan henfon, kemre dan purse ler dalam henbeg tuh. Sekali, dua kali, tiga kali (memang aku buat 3 kali dan lebih) tengok dan raba dalam henbeg, purse aku takde? Terus la aku, Abang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dengan tonasi saspen tahap dewa. Aduhhh takleh pikir la. Yang ingat, last aku bukak purse kat luar kafe lepas beli air sirap limau semalam. Kebarangkalian cuma, tertinggal kat opis sebab aku balik keje semalam takde kuarkan purse kan.

Cecepat kami bergegas keluar. Terlupa terus plan2 nak bawak kain, toto segala. Sepanjang perjalanan, aku tawakal ajer. Tak mungkin tinggal atas meja sebab sebelum balik aku kemas meja.

Sampai2 je opis, aku terus tuju meja. Takde atas meja. Sekali tengok kusi, hek elehhh elok je dia duk atas kusi. Sibbaik la budak2 robokon dah settle. Kalo tak memang derang kuar masuk bilik ni malam2 dan weekend. Alhamdulillah... purse tak jadik nak hilang.

Masa on the way tu abang tanya, banyak duit tak? Ada la dalam 200 gitu. Aku tak pikir duit sebenarnya. Aku pikir kad2 dalam tuh. Biler dah jumpa tuh, terus aku terpikir, isyyy kalo tak, hilang duit aku 200 tak pepasal. So, hari ni elok ler aku belanja kan 200 tu abis2an. Akibatnya, outing kali ini, sumer aku yang 'kena' bayo. Rugi!!! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, sambung ler sendiri. Eh, aku lum solat. Sambung jap lagi. Babai!

0 komen: