Okehhh... sementara aku takde kerja sangat nih, meh aku nak patah balik ke topik perbincangan kiter bulan lalu2 iaitu mengenai shopping complex. Otak ku tergerak nak memikirkan topik ini selepas keluar dari pavilion tempohari. Mengikut analisa yang aku lakukan, terdapat 4 jenis atau kategori shopping complex di mesia. Ini tidak termasuk pasaraya yang seketul2 ya.
1. Kategori hypermarket yang ada lot2 kedai.
Contoh paling senang macam gayen, tesko, k4 tu sumer la. Jenis nih, hypermarket tu adalah main dia, sementara lot2 kedai tu sebagai supporting. Tanpa lot2 kedai ini, sudah tentu suasana membeli belah anda hanya tertumpu kepada satu, iaitu, beli barang dapo. Kalo ada kedai2 kat luar tuh, lagi rancak ler kegiatan ekonomi di situ kan. Kalo kat bp, ni aku ambik contoh k4 je lah, senang. Kat luar tu ada kedai kasut, cermin mata, jam, kerusi urut, dapo induksi, dan yang best sekali, kedai baju hihihi. Arituh sebelum tengok wayang, kami gi solat asar dulu. Sekali lalu kat k4 tuh, terperasan ada kedai baju baru bukak hihihi. Dulu kedai foto charli, dah tutup. Dalam tergesa2 tu, siap nak undur balik tuh, ehhhhh kedai baru bukak! Kecoh betul. Tapi kami masuk gak lepas solat maghrib hihihi.
2. Kategori macam2 ada golongan marhaen.
Yang ni memang banyak. Selalunya kat satu2 bandar tu, sekurang2 nya mesti ada satu. Kalau kat bp ni, summit ar. Kat kota ada plaza kota. Tapi plaza ni orang salu panggil gedung sebab dulu ada pasaraya gedung harian kat situ. Sekarang dah diganti ngan yc = your choice. Kat bp pon ada yc ni, kat fajar lama giler (fajar lama dah tutup, ni fajar sebelum fajar lama nih). Konsep kompleks ni ialah, jual je apa2 pon, harga berpatutan. Hahaha boleh ke gini? Kira kalau student atau tidak bekerja masih boleh beli lagi la. Sampai sekarang pon, walau pon ada 2-3 tempat baru bukak kat bp ni, aku still suka gi summit sebab banyak pilihan. Lagi pon kan aku insan biasa kan... Soping pon mesti lah tempat yang biasa2 nih. Kalau kat kl, macam bb plaza, sg wang plaza, pertama, kotaraya. Kat shah alam, macam kompleks dan p.a.s. Ermmm kalau dulu, one utama tu pon ala2 kategori ni jugak. Tapi dia up sket la sekarang. Dah boleh masuk kategori ke-3 pulak. BPmol pulak, sebaris ngan one utama dulu2. Kira kalau dalam kategori ni dia kedai level ground floor la hahaha. Sebab dia cantik sikit la banding ngan summit tuh. Biasanya dalam kompleks ni ada satu pasaraya. Tapi tak semestinya la... Kat sini jugak paling banyak budak sekolah melepak sebab ada pusat video game dan karoke jamban. Eh, cakap pasal karoke jamban ni, aku sedey tau. Aku suker je nyanyi2 kat karoke jamban nih, tapi, sekarang nih, dah tak boleh la kan... Kena jaga nama baik huhuhu. Karoke kat rumah je lah. Balik2 lagu fotograf, may dan uk's uhuks!
3. Kategori macam2 ada golongan pertengahan.
Yang ni, nak kata grand sangat pon tidak, cikai sangat pon tidak. Kalau kat bp ni, ala2 macam takde jek. Tapi kalau tempat lain, aku bagi contoh macam midveli, jusco (brand sekarang), sacc mol. Jenis ni biasanya orang macam aku, ok, boleh masuk, tapi mulut bebel2 la kuar dari kedai tu, huh, mahalnya! Tapi ada certain2 kedai tu, 'in' jugak la. Kat sini banyak kedai konsep dan branded. Tapi bukan brand eksklusif sangat pon. Kat sini salu ada pasaraya yang besar dan best seperti jasko, metro dan paksen. Aku paling tak gemar masuk paksen. Bukan tak suka ke haper. Dia kalau wat sale kan, bukan geti nak meriah2. Kira kita masuk tu, tak tau pon ada sale giler2 melainkan kiter pegi satu2 tempat dan telek satu2 sebab tag2 diskaun dia guna kaler putih jek. Tak suka di situ. Kalau jasko pulak, takde sale pon ko ingat ada sale hikhikhik. Suka!
4. Kategori macam2 ada golongan atasan.
Kat sini lah duduk nya pavilion, lot ten, curve, suria dan garden. Dulu suria tu tahap2 midveli jek, sekarang dah upgrade giler. Oleh kerana tempat ni banyak designer boutique, tak ramai sangat orang dalam nih. Nak nampak budak pakai baju sekolah pon almost mustahil, melainkan yang datang ngan parents la. Kalau ikut pengalaman aku (yang dari luar pon nampak tak berduit nih), biler kiter masuk satu2 kedai tuh, salesgirl dia wat dek jek sambil memerhati dari jauh. Takut aku rembat agaknya hihihi. Cuba kalo ko ranggi2, mekap macam artis atau datin2, komfem di ikottt je montot ko. Gitu lah. Pastu kat sini, nak makan ada hazab sikit. Hazab la kalo takde duit kan. Kalo macam pavilion tu, paling lekeh ada kayefsi ngan pizahat. Medan selera dia pulak, standard nasi campur doblas hengget sepinggan arrr. Kalau macam aku ni, bukan takde duit nak makan cenggitu, tapi alahaiiiiii sayang nyer duit nak spend semata2 untuk makan benda tu. Gitu lah lebih kurang. Ehhh jangan la korang takut nak gi situ pulak. Kalo ko tak kisah, pergi je lah. Ok apa makan pelik2 cenggitu. Tapi jangan lupa tengok logo halal yang sah dari jakim okeh?
See you when i see you!
p/s perghhh lega dah takde hutang. tu lah, lain kali jangan ngengada wat trailer ke haper, ok?
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment