16 Mei lepas, kami saling berbalas2 ucapan selamat hari guru. Dahhh... takde student nak wish, kan. Sambil2 tu, kasik la sms kat adik beradik. Baru aku perasan, yayu je yang takde kena mengena ngan cikgu sebab najib dah tak jadi pengajar. Tapi still, keje di institusi pendidikan. Kendian, kak shila balas, ucap selamat hari pensyarah. Aku betulkan, bukan pensyarah, tapi pengajar. Dah, yang satu mana betul nih?
Dalam konteks negara kiter, sekolah je yang ada bajet untuk hari guru. Pusat latihan, uni, kolej, sumer takde. Jadi, sekolah je la yang wat sambutan hari guru nih. Secara otomatik jugak, guru2 di kolej, uni dan pusat latihan tidak menyambut hari guru atau diraikan dalam sambutan hari guru. Lebih sedih pilu di dalam hatiku, student pun tak wish sebab kata mereka, puan bukan guru! Sentap beb.
Sama lagi tak aturcara sambutan zaman sekarang? Zaman aku dulu, pagi2 mesti ada perhimpunan, kendian ada perutusan hari guru, kendian cikgu nyanyi lagu kami guru malaysia. Pastu baru ada wat majlis kat pentas. Nyanyi2, nasyid2, drama2. Pastu ada anugerah pulak. Dah macam artis hihihi. Seronok nyer jadi cikgu sekolah. Dapat hadiah lagi. Tengok mak2 blogger pon prepare hadiah untuk anak kasik kat cikgu derang. Uhukkk kecik ati tau.
Kat tempat aku ni pun ada 4 orang guru yang dipinjam dari moe untuk mengajar subjek maths, english dan agama. Rugi arrr derang tak sambut hari guru, kan? Apa salah kami? Adakah kerana kami dipanggil cik/puan sipolana dan encik sipolan, kami tidak layak diraikan pada hari guru? Nampak gayanya, aku sambut hari pekerja je lah. :P
Gini lah nasib bila guru ini tidak digelar guru.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment