Melihat kepada senario politik di negeri itu, baru lah aku terfikir tentang kursus btn arituh. Haihhh dah setahun yang lepas baru nak fikir ke?
Takde lah... kalau takde isu kenegaraan, tak koser la aku nak serabut kan fikiran kan. Lagi pon tak berlaku kat negeri aku, camne nak tau apa cite sebenar kan? Takat baca sotkabo2 yang aku pon dah tak tau siapa kerajaan siapa pembangkang sekarang nih, berdegar2 je lebih.
Tapi, sekarang ni, biler dah kuar keputusan mahkamah, baru lah aku perasan, deme2 nih memang ler berkuasa, tapi, ada 2 lagi 'orang lain' yang ada kuasa yang sama ngan derang. Kuasa yang setaraf, tapi jenis kuasa yang berbeza lah. Apa yang aku nak sampai kan ni?
Gini, dalam negara kiter ni ada 3 kuasa eksekutif yang berada di bawah raja2 dan sultan2 iaitu kerajaan, kehakiman dan perundangan (sila betulkan jika salah, plizzz). Ketiga2 kuasa ni takleh masuk campur urusan masing2. Macam kes apa tah yang ramai2 hakim ke peguam tah dapat exgratia juta2an arituh, katanya ada campur tangan 3 kuasa ini pada tahun 80-an dulu. Tah, aku pon tak tau apa cite nyer. Cam perlantikan ketua hakim negara sekarang pon dah ada suruhanjaya yang sepatutnya bebas.
Eh, itu je yang aku paham. Tah betul ke tidak. Jangan tanya lelebih ek.
Jadi, dalam kes sekarang nih, derang bawa kes ke mahkamah dan biler mahkamah dah wat keputusan, keputusan itu adalah tiada campur tangan dari pihak derang, sepatutnya. Bagus kan? At least orang2 ni takut gak ngan kuasa kehakiman tuh dan tak main bohhhhhhhhh jek. Kesimpulannya, aku bangga menjadi rakyat Malaysia. Tiba2.
Hari isnin arituh, masuk2 edtec, nampak banyak bendera berkibar. Ni opis aku ke, bilik gerakan **no nih? Arituh besdei sultan pon tak banyak bendera negeri, sebanyak bendera ini. Bendera saper lagi kalau bukan bendera orang yang sambut aniberseri kemarin tuh... Bukan setakat bendera, kat seng garang tuh, selain bendera, papan2 iklan ke papan tanda tah pon dipacaknya. Dengan ayat2 yang seperti doa gitu. Kira saper yang baca tu ala2 doa lah. Sebab tu johor kubu kuat kot. Doa mustajab.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment