Pegi blog mana2 pon, ramai yang cakap pasal ibu, mak, mama, ummi, mummy masing2. Tak pon pasal diri sendiri yang memegang title itu.
Aku, hanya sempat bersama mak selama 9 bulan 10 hari (kalau betul aku dikandungkan selama ini) + 7 tahun + 1 bulan + 10 hari. Kalau tak kerana gambar, aku pon tak ingat camne rupa mak. Bentuk muka aku sama ngan mak. Bujur sket. Selain aku, kak uni dan abang epet kot yang bujur. Yayu, ita ngan abang tp muka bulat. Hidung dan mulut pun sama. Mata tak sama sebab mata aku sepet, mata mak bulat. Yang dapat mata bulat ni cuma ita ngan abang tp kot. Hihihi suka aku je. Aku compare tengok pada gambar je.
Aku tak geti mempunyai mak. Hah, apa punya ayat tah nih. Gini, biasa kan orang balik rumah jumpa mak, gurau2, manja2 ngan mak. Aku pulak, tak geti. Tah lah, tak geti aku nak terangkan.
Al-Fatihah untuk ibu ku Jariah binti Asri. Semoga mak bahagia di sana. Amin.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment