Macam biasa, kalau tak cerita pasal aktiviti weekend, rasa macam tak lengkap jek. Hihihi padahal takde idea.
Okeh, ari jumaat aku wat per? Balik keje terus gi bp. Budak ni lah. Derang mintak kuar tengahari sebelum jumaat tuh. Aku pon kasik la. Bleh gak aku kirim barang sket. Tetiba derang datang, tengok2, barang tinggal kat kedai. Bawak balik resit je. Apa kes? Oleh kerana aku berjiwa besar, di samping menjaga status 'idola' derang tuh, aku pon offer diri nak gi ambik kat kedai sendiri. Dusy! sekali kat derang.
So, dah terlanjur ke bp tu, aku ajak ler suami ku deting. Dia suka je kuar ari jumaat nih. Takde alasan ar aku nak ngelat gi yasinan or kenduri. Hah! Kalau korang nak tau, selain yasinan lelaki, yasinan pempuan pon aktif gak kat taman aku nih. Salu derang buat ari ahad. Adoiyaiii... hari isteri berehat tu lah dia nak beryasin2an. Haihhh komplen lagik.
Sampai kat kedai, ambik barang dan terus pegi sup sitam. Jem pulak kat depan ipd tuh. Tengok2, budak2 yusin tengah pasang tiang lampu cantik. Sampai sitam, tutup plak. Salu kul 6pm gitu dia dah set up2 menantikan pakcik sitam tuh datang membawak sup. Ni bayang pon tarak. So, timbang kati lebih kurang, pegi seri kenangan je lah. Makan nasik terus. Memang tengah lapar pun. Tengahari tak lunch.
Kat seri kenangan, order ikan bakar. Masih macam dulu rasa dia. Abis makan dah maghrib. Terus gi bpmol. Pusing2 soping2, kul 9pm baru balik. Senang, dah siap jenjalan ari jumaat, sabtu ahad dah bleh godeh si putih.
Sabtu pagi, dengan kompidennya aku bangun awal. Macam tak caya je? Betul he... Tunggu punya tunggu punya tunggu, jam dah nak masuk kul 12pm. Haihhh ni pagi ke tengahari nih? Biler nak sampai nyer? Aku pon call. Lorrr derang baru nak loading dalam lori. Tak lama driver lori tu call, kata on the way. Tak lama dia call. Aku dah tau dah. Kompem dia masuk taman wira punya lah.
Rupa2nya dia cuma hantar jek. Tak kasik training. Alerrr anti climax tol la. Tengok2, minyak pon dia tak tuang lagi.
Tiba2, aku mendapat ilham. Ala... mesin jahit ni kan ke sama jek. Cuba je lah buat sendiri. Tengok manual jek. Aku tuang minyak. Masuk benang. Ok, settle. Tengok tepi dia, ada rupa macam tempat yang sesuai dibuat isi sekoci. Aku pon godeh2. Takde dalam manual lak cara nak isi sekoci. Sekali, jadik! Pastu aku pon test jahit. Tu yang siap aku kelim tepi saprah batik tuh.
Petang tu ada kenduri aqiqah kat belakang rumah. Settle kenduri, ajak abang gi kedai. Kang aku guna mesin ni tak bayar, apa2 jadik, sape nak tanggung? Sampai kedai, dah nak tutup. Sibbaik ada pempuan yang aku order arituh. Cakap kat dia nak belajar guna. Dia panggil sorang mamat ni ajar. Ok, memang sebijik dengan apa yang aku buat tuh. Aku bangga menjadi diri sendiri. Cuma part isi sekoci tu je lah dia suh angkat tapak sebab kalau biar kat bawah nanti tapak tu makan gigi. Hehe sibbaik aku sempat isi satu sekoci jek tanpa mengangkat tapak. Tak sempat haus kot. Pastu aku beli sekoci lagi sebab dia kasik 2 bijik je. Dan yang aku ada banyak2 tuh tak sama saiz nya. Alerrrrrr rugi je aku baru beli sedozen belum pakai. Saper nak??? Beli jarum jugak sebab dia kasik jarum nombor 14. Besar gabak. Aku test kat kain sutera, abis tertarik benang. Biasa aku pakai nombor 11.
Time kat kedai, yayu datang. Hihihi so cute. Nurin dah pandai 'nyanyi' abc dan alif ba ta. Kira hebat ler kan bagi budak umur 3 tahun 2 bulan? Pastu kitorang gi pasar malam. Sampai rumah terus pasang jarum baru. Galak nyer...
Hari Ahad, satu hari aku melayan si putih. Sambil jahit, sambil gelak sorang2. Sebabnya, ko bayangkan ko salu bawak kete auto, tetiba bawak kete manual, lebih kurang gitu lah. Gini aku wat perbandingan
Mesin lama:
1. Guna satu kaki jek.
2. Angkat tapak guna tangan.
Mesin sekarang:
1. Guna dua kaki. Bukan guna macam mesin manual tuh. Dua kaki fungsinya berbeza. Kaki kanan untuk menjahit. Kaki kiri untuk gerakkan jarum sebab roda tangan tu locked. Bila dah sampai hujung kan kita salu pusingkan roda tu untuk tarik benang keluar, kan? So kaki kiri tu kena tekan sikit kat penjuru kiri clutch untuk meng'unlock' kan roda tangan tuh. Biler nak mula pun aku terkial2 nak turunkan jarum, nak turunkan tapak. Tapi terkial2 pon, siap lah 3 pasang baju batik ku.
2. Angkat tapak guna lutut. Yang aku gelak tu, setiap kali nak angkat tapak, tangan aku terus nak ke belakang. Pastu, biler teringat baru tolak lutut.
Ada jugak satu masalah dalam proses transformasi nih. Biasa aku pijak guna kaki kanan, so boleh la agak2 speed dia. Masalahnya, kekadang aku ter pijak kuat guna kaki kiri. Selepas menurunkan jarum, kaki kiri masih atas clutch, tu yang ter pijak tuh. Maka mesin tu akan berjalan tiba2 sebab memang tak ter control ler. Memang bahaya woooo. Dan aku perasan, kalau pijak belah kanan dan lepas, dia akan berenti immediately. Tapi kalau pijak belah kiri, dia ada inertia sket. Lajak ler tuh. Huiiii susah jugak. Takpe, aku yakin aku akan mahir dengan latihan yang kerap. Takpe, prektis makes perfect.
Kesimpulannya, lepas turunkan jarum, alihkan kaki kiri terus. Takut ter pijak.
p/s bawang di dalam gambar adalah simetri.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
2 komen:
Really don't turned off salvaging just for and in addition four cards. You'll find that it's a sometimes very good idea to deal with your creditor to get the loan at a discount. These loans are designed to allow them by giving them in turn to is agreed by finance experts equally well as enabling them grow financially by offering them loans. Government consolidate fall into two main types: Federal Student Loans and Private Student Loans. What is a consolidate?
my weblog consolidate payday loans
To Attract Women men have to be good looking! How to Attract Women Instead of giving you some useless pickup lines, this e-book focuses on
the psychology of high self-esteem by Nathanial Brandon, here is a great weapon in seducing a woman.
I am still trying to comprehend them and how they
want it. Now, they have been infected with so many things that can
happen for a guy with average looks but knows how
to attract women! Getting a nice cut of meat that will be caused by the drug.
my page ... ways to attract women
Post a Comment