Friday, 22 May 2009

CSI Parit Raja Plus 24 Sikit

Cerita ni memang ada unsur2 csi, tapi ada gak sikit2 unsur 24. Nakkk jugak masukkan jack bauer dalam ini pilem.

Gini, ari selasa arituh, time aku start kete nak pegi keje, aku terbau satu bau yang uwekkkkkk macam bau bangkai. Aku tengok keliling, bawah rak kasut, dalam parit, takde pulak benda tu.

IKLAN : eh, ada orang call lagi, nak cari batik. musykil tul la, kenapa sekarang??? sori emelda - takkan emelda yang nak kawin minggu depan tu? emelda lain kot...

Ok, sambung. Sebelum pergi, aku cakap kat suami, ada bau bangkai. Maknanya melepaskan tanggungjawab itu kepada dia lah tuh. Sampai kat opis, kuar kete, alamak, kenapa kete aku ni still bau bangkai nih? Aku ada langgar apa2 ker ek?

Balik keje, aku dah ter parking kat dalam, malas nak tunduk2 check. Biar kan je lah dulu.

Hari Rabu, sebelum gi keje, bau masih ada, tapi malas nak buat apa2. Balik keje pulak, aku aku tunduk2 nak tengok bawah kete. Kot la nampak apa2. Takde pon? Time tu aku tengok belah tepi je, tak tengok belah depan sebab depan kete rapat ke dinding.

Semalam, hari khamis, dah jadik macam biasa pulak. Ni kereta mayat ke haper nih? Sabar je lah. Sibbaik la tak bawak kete masuk opis, kan? Kalau tak, ada yang pengsan kot.

Balik keje semalam, aku tak terus masukkan kete. Saje letak kete kat depan pagar supaya depan kete tu terangkat sikit ( ada slope ), senang aku nak tengok2 ikut depan pulak. Dengan pakaian rasmi yang aku tunjuk semalam tu, aku memulakan operasi csi. Jeng jeng jeng... kenapa aku macam terdengar music dari cite x file eh? Memula aku tengok bawah, dari depan ke belakang, cuma ada sehelai plastik yang tersangkut . Aku tarik plastik tu, keluar sehelai bulu ayam.

Ok, suspek utama sudah di kesan, tapi di mana? Kendian aku tengok plak belah depan kete, kat lubang radiator ke apa ke nama nya tuh. Alaaa dekat2 nombor plet tuh. Dan, ini lah yang kelihatan di situ...


Apa benda tuh? Nampak kaki jek? Macam ayam, macam burung. Kita namakan dia makhluk. Kat mana tuh? Meh, aku zoom out sket.

Haaa dia duduk kat lubang belah kanan atas tuh. Aku pon, tanpa berfikir panjang, start kete, dan undur kete, bawak ke tepi parit depan rumah.

Memula, kena ambik gambar dulu. Tu, gambar pertama tu lah yang aku ambik. Lepas tu aku ambik sebatang konduit yang pendek, tujuan untuk menolak makhluk itu jatuh. Ewahhh ko ingat semudah itu ker? Bila aku tolak2, dia pon jatuh, kelepuk! kat platform pulak. Haiyaaa cemana nih? Oh, lupa plak, csi mesti ada team kan. Kiter call la team kiter.

"Abang, ada csi. Cepat balik. Bukan csi kat tv tau, ni betul2 punya csi. Hihihi."

Aku pon masuk rumah, solat dulu mentara team forensik sampai.

Sesampai2 je dia kat rumah,

"Abang, baik makan pisang goreng ngan kopok ni dulu. Kang nanti tak selera lak nak makan." Hihihi tengah jalan tadik aku beli pisang ngan kopok. Kendian kami pon pergi ke crime site. Sebelum tu, jumpa ni kat porch, tempat park AH.

Kenapa aku tak nampak benda ni tadik ek? Musykil? Oh, aku terlupa, berdua lebih baik huhuhu.

Pegawai forensik bukak boot. Naper aku tak terfikir benda tu boleh kelihatan dari boot nih ek? Aku ingat kena jolok2 ikut lubang tadik tuh jek. Sekali lagi, berdua lebih baik.

Ooo tengok dari atas baru faham kedudukan dia katner. Kena tolak sikit jek, nanti dia jatuh la.

Ok, kiter serahkan tugas kepada yang pakar. Sikit punyer besar ker apparatus dia. Aku pakai konduit kontot jek tadik.

Okeh, dah tolak dari atas, dia takmo jatuh gak, kiter tengok dari tepi, dekat tayar. Haaa... kena pusingkan tayar lagi sikit.

Dan makhluk itu pon ditarik keluar dari situ. Pergh! Bau macam bangkai! Dah berulat lagik.

Mana kepala dia? Kaki pon ada sebelah jek.

Ambik gambar dari sudut ketiga pulak. Sudut pertama ngan kedua pon tak tau kat mana...

Kengkonon dia kena langgar la tuh. Berlakon lebih nampakkk...

Kita kasik tanam itu makhluk.

Dan kambus. Senang jek?

Dah, tak bleh dikesan lagi dah. Bukti sudah dilupuskan.

Okeh, persoalannya, di manakah part jack bauer yang aku war2 kan itu tadi?


Aku bayangkan makhluk itu terlanggar (ke aku yang terlanggar makhluk itu?) kat nombor plet nih, kendian dia termasuk kat lubang belah kiri. Oleh kerana dia nervous, dia bergerak ke belah kanan, dah tertewas di situ. Ada la sikit2 macam scene jack menyorok kat bawah truck dalam 24 season errr berapa tah. Carik la sendiri. Ok, itu jek siri crime time friday untuk kali ini.

Adios amigos!

0 komen: