Haihhh mana idea nih? Saper tengok cite hulk kat tivi arituh? Ari apa ek? Sabtu ke ahad tah. Lawak jek citer tuh. Biler dia marah jek, terus hijau mata dia, kendian badan dia pon membesar dan kaler hijau. Koyak2 baju dia. Yang lawak tu bab dia kena kejar ngan lori arrr. Laju jek lori tu kejar dia. Tengok gaya macam laju giler, tapi tengok meter baru 60km/j hihihi. Tahun berapa tah citer tuh. Poyo giler.
Kali ni aku nak mengimbau kenangan zaman remaja pulak. Bagaimana zaman remaja ku itu berlalu?
Remaja ni start biler ek? Sekolah menengah? Kerrr apabila sudah baligh? Aku anggap sesudah baligh je lah ek. Tapi memang sekolah menengah pon huhuhu.
Semasa remaja, aku takde kawan rapat. Sekolah pon sekerat2. Form 1-2 sekolah bandar mas, form 2-3 sekolah semenchu, form 4-5 sekolah sc. Masa duk asrama pon aku tak rapat sangat ngan sesaper. Kawan aku ada cakap, dia tak nak ada best friend sebab dia takut kalau tergaduh ke haper, best friend tu tau semua kelemahan dia dan mudah menghentam dia. Itu prinsip dia. Aku lak, takde lah ikut prinsip tu. Aku kawan dengan semua orang sama rata. Takde yang special. Kawan yang aku maksudkan kat sini ialah kawan gegirl.
Namun begitu, seawal remaja lagi, aku sudah ada boifren. Hehehe sebenarnya nak bagitau, aku melalui zaman remaja ku bersama dengan boifren, sebab tuh takde masa nak berkawan ngan gegirl.
Zaman uni juga aku takde kawan rapat ngan gegirl. Tak pernah ler keluar gi kompleks ke, kl ke, ngan kengkawan. Tak pernah umor! Waktu dip, hari biasa, aku gi kelas, weekend gi kl. Kalau takde date, aku memerap kat kolej. Takde maknanya nak ikut kawan gi berkayak kat tasik ker, makan2 kat seksyen 2 ke, study kat library sama2 ke.
Waktu degree pulak, aku memang ter isolate dari kawan2 yang lain. Aku duk rumah sewa kat seksyen 7. Rumah kedai tingkat 3. Time aku terdesak cari rumah, jumpa rumah tu jek. Duduk la situ sampai abis belajar. Ok gak duk situ. Lapo2, turun tangga, dah kedai makan. Mamak ada, tak mamak pon ada. Balik kelas, bawah rumah ada kedai jual ikan. Oh, salah satu sebab aku tak tinggal ngan classmate ialah derang duk rumah yang sewa per house. Aku lak sewa per head. Senang, takyah pikir2 nak cari pengganti kalo ada yang keluar. Ko nak penyewa, ko iklan la sendiri (ayat ditujukan kepada tuan rumah). Kawan2 serumah aku pulak, variety. Macam2 course ada. Berbelas orang la jugak dalam rumah tuh. Yang best nyer, kami tidak terikat untuk masak beramai2 satu rumah. Sukati korang ler nak makan cemana. Nak masak sensorang ke, nak share masak ngan aku ke. Cam aku, aku masak almost every day untuk makan bersama boifren ku. Best ek bang, makan bawah pokok hihihi. Ada housmate aku, pon tiru, makan ngan boifren kat tasik. Mak aihhh cekal giler pulak aku rasa. Dah kawen nih, malas plak nak masak hihihi.
Tapi aku rajin masak gak tau. Semalam ngan kelmarin aku masak lauk paling simple tapi best giler. Ari isnin aku masak lemak kubis ngan ikan terubuk goreng. Pastu cicah ngan sambal belacan. Pergh! Sambal belacan yang abang 'tumbuk' tu memang best! Takleh cakap dia yang 'buat', nanti kembang idong. Pa'kal aku masak nasi sikit. Kalau tak, abes diet kuh. Pastu, malam tadik aku bakar ikan caru, goreng kacang buncis. Cicah nya pulak, aku potong cili, bawang, buh kicap dan perah ngan air limau kasturi. Mak aihhh kali ni ter' masak nasik banyak pulak. Memang gemuk ler pasnih nampaknya. Ok, rupanya lauk yang simple pon sedap sebenarnya. Senang ler keje aku ek? Silap beb. Aku jek yang berperasaan demikian. Suami ku tak cakap apa2, sebab dia dah tau, kalau dipuji, aku akan buat selalu hihihi. Alerrr kena masak susah2 ler pasnih.
Dipendekkan cerita, zaman remaja aku sebenarnya habis bersama boifren ku itu. Dunia aku hanya lah belajar dan dia. Sampai la ke sudah...
Anyway, aku takde lah menyesal ke haper. Aku ok jek. Dah, tak tau nak pikir apa lagi.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment