Aku nak nangis dengar lagu nih? Poyo ek? Sebabnya, lagu ni mengingatkan aku pada ketika aku berniaga online awal tahun 2007 dulu. Pulak tu, tadi ada orang dari perlis call nak beli batik selepas bukak blog batik aku. Dah berjaman giler. Tu yang rasa macam terharu gitu. Kalau aku tukar guna iwebmusic ada yang komplen lagi tak? Ada orang tu tak suka dengar lagu sambil baca blog. Apa kata saper2 tu baca laju2, pastu abis baca terus tutup? Petang ni aku letak versi iwebmusic la ek? I'm sorry.
Maharaja
Resah nak berpisah
Bukan curah lipur lara
Nak madah bukan madah
Sembarangan gelandangan
Cari nak mencari
yang tersirat dan tersurat
Nak mimpi cuma mimpi
Tujuh malam penuh dendam
berwajah jernih bersih tak terperi
Berseri sakti kita menyerah diri
panahan matanya tembus
gunung berapi berlidah fasih
berdarah putih kasih
korus:
Tuan maharaja belahan hati hamba
Dua dunia bersahutan telah bertakhta
Tuan maharaja idaman sunting dara
Seri laksana bertautan jiwa mahkota
Aku bukannya maharani
Baru kembali berpijak di bumi
Cari nak mencari
yang tersirat dan tersurat
Nak mimpi cuma mimpi
Tujuh malam penuh dendam
Aku bukannya maharani
Baru kembali berpijak di bumi
mungkinkah bulan akan jatuh ke riba
hakikatnya siapa menduga
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment