Tolong ingatkan aku bahawa aku ada entry terakru mengenai kategori shopping complex yea.
Hari ni aku nak cerita pasal sukan. Sila buka muka
Aku memang suka buat kategori2 nih. Arituh dah bincang pasal kategori shopping complex, tapi lum sempat nak wat entry. Ni, mentara masih segar diingatan, elok ler aku citer.
Mengikut analisa aku sendiri, ada 5 kategori sukan. Ni aku nyer analisa yea. Bukan student sains sukan. Aku rasa ada subjek pasal ni dalam course sains sukan ni kot.
Kategori 1 : Sukan subjektif. Contoh : gimrama, terjun papan anjal. Markah diberi oleh juri. Jadi, kemenangan boleh dipertikaikan. Juri oleh jadi bias.
Kategori 2 : Sukan lumba saper cepat dia menang. Contoh : lomba lari, lomba basikal, lomba kuda, renang. Sukan tadika suka wat sukan cenggini, ek? Pasan tak? Sebabnya, budak2 ni tau nyer nak cepat je. Nak lari je. Hah, kasik dia lomba2 cenggini, suka la dia.
Kategori 3 : Sukan lawan 2 team ramai2 atas padang. Contoh : bola sepak, hoki, ragbi, futsal, bola jaring, bola baling, basketball. Ada touching ngan pihak lawan. Bleh gadoh2, tolak2 pihak lawan. Malas tengok sukan ni sebab orang nyer kulu kilir tapi tak gol2 jugak. Biasa nya sukan ni ada time limit.
Kategori 4 : Sukan lawan 2 individu atau bergu atau team atas court yang tidak ada touching. Dipisahkan oleh net. Contoh : badminton, pingpong, tenis, takraw, bola tampar. Ni paling aku suka tapi paling mendebarkan. Lagi2 cam badminton tuh. Kecut perut. Sukan ni guna point limit. Tak kisah nak main baper lama. Macam tenis tu aku dengar pernah sampai main 5 jam, baru abis. Gilo ko opo? Eh, tapi main bola tampar ada point limit gak ker? Ke ikut masa? Entah. Tapi squash tak guna net.
kategori 5 : Sukan lawan dengan diri sendiri. Contoh : boling, dart, memanah, menembak. Main ni kompol2 markah. Banyak main ngan psikologi.
Okeh, itu ajer. Macam ada kategori lagi, tapi malas dah nak pikir. Nampak macam aku takde keje je ek? Sempat lagi wat entry yang diluar ruang lingkup kehidupan seharian. Padahal keje berlambak nih. Saje buat2 cool.
0 komen:
Post a Comment