Hari ni hari jururawat ek? Kat radio sinar tadik ada topik jururawat yang diingati. Sepantas kilat otak aku retrieve ingatan tentang misi salamah. Dia lah misi yang paling aku ingat.
Misi salamah ialah misi yang membuat ujian hiv ke atas aku dan suami kira2 4 1/2 tahun yang lalu. Sebenarnya takde peristiwa penting pon, cuma agaknya takde misi lain yang ada kaitan dengan hidup aku, so, aku ingat dia je lah.
Sambil2 cucuk jari tu, dia sembang2 la ngan aku. Keje kat mana duduk kat mana bla bla bla. Oleh kerana aku keje kat dungun time tuh, dia tanya la, dah kawin nanti tak pindah ke? Aku cakap la, bukan boleh pindah2 suka2. Ada takde, aku berenti keje je lah, duk rumah.
Tetiba misi tu emo tak pepasal la pulak. Suara pon dah ala2 nak nangis je. Dia cakap, kalau anak dia lah kan, dah hantar belajar tinggi, pastu kawin berenti keje duk rumah, dia takleh terima. Aiyak? Gitu pulak? Sebab itu lah aku ingat misi salamah forever. Tapi kalau jumpa dia lagi memang aku tak cam lah.
Kepada misi salamah yang bertugas di klinik kesihatan b pahat kot dan misi2 seluruh dunia, Selamat Hari Jururawat!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment