Saturday, 26 May 2007

Long Winding Story

Ku sangka kan cempedak, rupanya nangka. Tapi sedap lagi nangka, kalo tertelan pon, tak lah terbegik. Cempedak goreng sedap lah. Tapi kalau makan gitu je, nangka lagi sedap. Positive thinking Asia...

Jumaat 25 Mei 2007

Aku baru balik dari KL. Sampai pukul 8.45pm. Tengok2, motor takde. Abang gi surau lah ni. Penat sungguh! Dah lah pagi tadik kul 4am lagi aku dah tersedar. Fenin kepala ku. Ok, baik aku start dari mula.

Hari Rabu lepas, pukul 4.15pm, aku dah bertolak ke Damansara. Keluar tol Tangkak, masuk tol Damansara. RM23.60 (kot, tak check resit lagi). Sampai umah abang TP kul 7.45pm. Rasa macam sekejap je. Dekat je rupanya BP-KL nih. Huhahuha, kul 11pm lebih dah masuk tido. Semangat tul. Tapi seperti biasa, bila ada benda2 macam ni, bukan senang mata ku ini nak lelap. Rasanya dekat kul 2-3 pagi kot baru lena.

Pukul 6.30am, aku pun bangun. Siap2 semua, kul 7.15am aku pun turun panaskan enjin. Kul 7.20am, bawak Kak Shila ke bus stop Damansara Utama. Jatuh pulak si Afiff tu dari katil, benjol sket. Tu Kak Shila nak bawak dia gi PPUM lah tu. Pastu aku pun u-turn, nak kuar tol Damansara plak. Sibbaik jalan melawan arus trafik, lengang je.

Sampai Putrajaya, aku terus masuk Kompleks C. Ingat sempat hantar tesis abang. Sekali tak jumpa parking. Pastu tengok alamat, la... memang patut pun, bukan kat situ sebenonya. Eloklah tu. Terus pergi Kompleks JPM. Lepas parking, aku terus jalan. Tak jauh tu, baru teringat, tak tukar kasut plak. Kena patah balik. Gi kat Pak Guard, dia cakap takyah ambik pass, terus gi Auditorium. Baru kul 8.30am, dah ramai dah. Ikutkan kul 8.45am baru register. Bagus, bersemngat. Bagi borang2 segala, dia kasik folder. Ada ikrar ngan buku cenderamata. Ada senarai nama semua. Nama aku nombor 30. Tengok situ ada nama macam kenal, tapi mungkin orang lain kot. Takkan satu je nama tu dalam mesia ni kan. 46 orang PLV, 69 PPTM. Dalam ati cakap, ramai ropanya calon simpanan ni ek. Macam tak caya jek. Kul 9am, start la acara. MC nye Al-Hafidz tu lah. Ooo ini mamatnya. Lepas Hafidz memebebel sket, gi sarapan. Oh, dia sediakan makanan ari ni. Sarap mihun goreng ngan nescafe. Sedap mihunnya.

Lepas sarap, kul 10am, masuk audi (derang yang panggil gini) semula.Dengar lah taklimat pasal perkhidmatan, expectation and challenge dalam public service. Taklimat disampaikan oleh Encik Noryusran Sairan, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan. Kalau kat pejabat gomen ni, Penolong Pengarah tu biasa je sebenonya. Pastu, kul 11.30am, ceramah motivasi plak oleh kaunselor dari bahagian perkhidmatan psikologi. Ni kalo langgar disiplin ke hape, mesti ngadap dia ni. Orait gak lah ceramah dia. Yang penting, ceramah motivasi ni mesti kelako sket la kan. Ter'motivate'lah juga sekejap. Kul 1pm, berenti lunch. Makan nasi lauk ayam masak lemak cili api, daging masak kicap, sayur campur ngan ulam2an. Air sirap anti-diabetes. Hehehe tawar le sket. Tapi orait la. Dah bagi makan free, komplen plak. Tak bersyukur tu namanya. Eh... syukur sangat2. Bukan takde duit nak beli makanan, cuma, takyah la susah2 berebut ngan orang yang keje kat situ kat cafe kan... Kat bawah audi tu, ada promosi jualan segala mak nenek benda lah. Ada baju, cadar, kerongsang, buah jambu, rambutan, pelam, frozen food, asam dan segala macam lah. Ikan kering pon ada. Kami tengok je lah. Tak sempat nak singgah tu semua.

Lepas solat semua, masuk semula kul 2pm. Dengar taklimat pasal etika, nilai, dos and don'ts oleh Ketua kepada Penolong Pengarah tadik, Encik Yuswan Yunus. Masa ni dah tak berdebar lagi dah sebab arini akan tahu kementerian kami di posting je. Tak tau lagi kat mana. Esok baru tau. Satu hal pulak. Habis tu, baru lah acara penyampaian surat penempatan. Tak heran dah. Tapi rasanya kali terakhir mengalami suasana cenggitu ialah waktu convo. Siap naik atas pentas lagi. Sepatutnya Timbalan Pengarah yang sampaikan, tapi ada hal plak dia. Jadi Encik Yuswan tu lah yang sampaikan. Keputusannya, Kementerian Sumber Manusia. Tak seprais langsung. Akhirnya, minum petang. Kuih seri muka ngan karipap. Pastu dah boleh balik. Kul 4.30pm.

Tengok jam, rasa2nya sempat nak anto tesis abang. Aku pun pusing ke Kompleks E. Pergi ke kaunter blok bape tah, dia cakap ofis tu dah pindah ke Menara PJH. Aku dah pikir Petaling Jaya je time tu. Nak kena gi PJ plak ke? Adeh! Bila dia sebut ikut jalan depan masjid, umah PM, baru aku perasan. Oh, Menara Putrajaya Holding ek? Hehehe tu pun bleh tak perasan. Pastu dia pun kasik map. Aku pun pergilah ke Menara PJH. Sembarang je aku parking tepi roundabout. Masuk2 je nampak ofis Kementerian Pengajian Tinggi. Masuk situ, dia suh pusing belakang, naik lif tingkat bape tah. Ambik pass kat guard, naik lif dan masuk ofis bahagian biasiswa.

Memula datang sorang pempuan, pastu dia pass kat sorang lagi pempuan yang in charge scholarship UTHM. Pas aku kasik je, dia terus bukak envelop tu. Kendian dia cakap, nanti dia bank in dalam akaun CIMB macam aritu dia masukkan duit scholar dulu. Aku pun terus blah.

Abis tu, satu hal nak balik pulak. Abang cakap ikut sign bouard KL. Setahu aku, kalo ikut KL, nanti kuar kat hi-way Kajang-Puchong-Serdang. Tapi, demi takmo menderhaka, aku pun ikut lah jugak. Memang betul pon. Maka, aku ikut jelah hi-way Puchong. Sampai USJ, baru aku kuar hi-way Elite. Beza lah sikit beberapa sen tolnya. Rugi je. Singgah Petronas dekat ngan susur kuar Damansara. Isi minyak, kuarkan duit sket. Pastu aku pun gi ke 1 Utama. Aik? Takde dalam perancangan pon? Sebenonya aku nak carik kasut. Memula ingat kasut lama ada, takyah beli. Sekali tengok semalam masa nak pegi, kasut tu da terkopek2 sket macam sopak. Alahai...

Parking kat area Giant. Singgit? Ingat free. Pusing punya pusing punya pusing, tak jumpa kasut yang berkenan di hati. Kat Jusco ada sale, banyak kasut, tu pun tak kenan. Penat je. Kul 7.30pm, aku pun balik. Tak lama sampai tu, Kak Shila baru balik. La... dia pun gi Jusco gak. Kalo tau bleh balik sekali. Malam tu aku baca Aca sikit, pas makan, iron baju, kul 10.30 pm aku dah tido. Awalnya! Tapi yang sedihnya, aku tak tengok 24 minggu ni. Huhuhu. Sorry Jack, I miss u too.

Pukul 4am dah tersedar. Pastu dah takleh tido dah. Kul 6.10am, jam bunyik, aku pun bangun. Kul 7am, aku dah bergerak. Hi-way lengang je. Sampai Putrajaya, aku tersalah jalan. Jammed sikit depan Menara PJH. Tapi bagus gak tersesat ni, aku dah tau jalan nak kuar balik hi-way Elite! Ikut sign board Cyberjaya ok...

Sampai Kompleks D, bebetul kul 8am. Parking tepi jalan kat jalan masuk. Elok je aku park,satu lagi Wira park belakang aku. Oh, memang tempat parking derang lah ni. Tengok pempuan tu bergegas je, mesti kejo punch card tu. Dengan kasut hi-heel, aku pusing satu kompleks tu mencari blok D3. Kat belah belakang ropanya. Tanya sorang pempuan ni, jumpa tengah jalan. Dia pon baru sampai, cari blok D9. Ler...

Sampai situ, ambik pass, naik tingkat 8. Masuk2 je dia suh gi bilik meeting. Lum ramai yang sampai rupanya. Shu pon tak sampai lagik. Ops... lupa nak cakap. Rupanya orang yang aku sangka aku kenal tadik rupanya memang betul orang tu. Shu tu kawan satu batch ngan abang, diploma kat UTM. Dia pon kenal 'kekasih gelap' abang kat UTM dulu. Oh... curang terang2an ek...Dush dush dusyum! Siap gi Alamanda lagi tengahari.

Memula tengok video korporat KSM, pastu derang bahagi kan kitorang kepada 2 jabatan. JTM ngan JPK. Aku masuk JPK; Jabatan Pembangunan Kemahiran. Ala... yang kuarkan sijil2 kemahiran tu. Kira kami ni antara pioneer skim baru kat jabatan tu. Kendian pengarah JPK plak bagi briefing. Panjangnya citenya. Ni nak explain lah ni.

Minggu depan; 28 Mei-1 Jun, selama seminggu, aku akan berada di Putrajaya untuk sesi pengenalan kepada jabatan baru tu. Pusing2 setiap bahagian. Minggu depannya; 4-8 Jun, aku akan berkursus team building kat Bukit Tinggi. Bestnya. Dah lama teringin nak gi Bukit Tinggi. Tak kisah la kursus ke hape, janji dapat gi situ, rasa seronok dah. Balik tu, aku akan terus lepak KL sebab 11 Jun tu kena gi Putrajaya lagi. Masa tu lah akan diberitahu di mana aku akan di'attach'kan selama 6 bulan. Insya Allah aku akan balik BP gak. A*DTEC BP. 12 Jun; Hari Lahir ku ke 28, tu aku akan mula keje kat A*DTEC BP. Amin. Sepanjang attachment tu, aku akan dapat tambahan elaun sara hidup sebanyak RM25 sehari. Hehehe mak cik kayo!

Lepas 6 bulan attachment, aku akan gi C*IAST Shah Alam pulak untuk kursus Pedagogi selama 3 bulan; Disember 07-Mac 08. Asrama, makan minum semua sponsored. Rezeki lagi. Abis ber'pedagogi', aku akan buat ala2 praktikum mengajar kat institut lagi. Insya Allah dapat balik A*DTEC BP semula selama 3 bulan; Mac-Jun 08. Dan pada 12 Jun 08 (Hari Lahir ku ke 29, setahun lagi tu...) baru lah aku akan ditempatkan ke tempat sebenarnya. Ikut plan, ada 6 wilayah dalam mesia ni. Wilayah Sabah, Sarawak, Utara, Tengah, Selatan dan Timur. Jadi aku rasa, mungkin aku akan ditempatkan di wilayah Selatan atau HQ Putrajaya. Tapi masa tu derang bleh consider lah.

Sampai lah kite ke penghujung dan part tak best. Anti-klimaks kata orang. Wilayah selatan merangkumi Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Officenya pun takde lagi. Tapi office nya akan dibuka di JB! Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kemungkinan kat bangunan KWSP JB. Ha? Dekat Plaza Pelangi? Sesak giler tu. Adeh!

2 komen:

Anonymous said...

KWSP di JB dekat dengan Plaza Pelangi???? Pelik aje bunyinya... Rasa mcm dekat dengan Hotel Puteri Pan Pacific/Hotel Rasa Sayang/ Telekom JB kot.. Kalau tak silap lah.. saya pun dah lama tak jln JB....

AyunasiA said...

ajzie: he? tapi pan pac pun area jalan tebrau kan? yang penting JB tu sesak!!!