Friday, 4 May 2007

Ada Yang Tertunggu-tunggu Ke?

Amaran! Entry Yang Berjela.

Eh, eh, eh. Baca title tu dengan tonasi bertanya pada diri sendiri, bukan tonasi bertanya pada orang. Takde unsur riak occay...

Akhirnya, ada pun masa untuk blogging. Seminggu yang lepas asyik berjalan je. Pergi Kelantan, balik kampung, gi JB dan Melaka. Mana nak mula ek? Erk...

Jumaat 27/4/07

Pagi2 lagi Yayu dah SMS bagitau dia dah bertolak dari Muo. Sebenonya Yayu nak balik Kota. Oleh sebab jauhnya perjalanannya tu, hari Rabu lagi dah bertolak; balik kerja. Singgah bermalam kat umah Eita kat Bandar Tasik Puteri Rawang. Hari Khamis bergerak ke Muo pulak, umah akak ipo dia. Pastu hari ni ke BP pulak. Aik? Beza sejam je jarak Muo-BP pun singgah bermalam gak? Sebenonya adik Najib ada interview nak masuk program pendidikan kat UTHM ari Sabtu. Jadi kena lah temankan. Oleh kerana aku nak ke Kelantan, maka aku suh diorang buat macam umah sendiri je lah malam ni.

Lebih kurang kul 9 gitu derang sampai. Abang baru nak gi kerja. Sempat belikan soto dulu. Penang takde soto agaknya. Hehehe BP pon takde char kuey tiow ma...

Kekenyangan makan soto, tengahari kami tak makan. Lepas Jumaat aku masak lauk sikit. Kari ayam je. Tak makan pun. Dalam pukul 3.30 petang, kuar sekejap. Memula gi BSN dulu, Najib nak gi bank in cheque. Lama la pulak. Sampai dekat pukul 5 baru siap. Ke, kitorang kuar kul 4 ek? Taklah lama sangat sampai sejam lebih. Lupa lah.

Sambil tunggu dalam kete tu, tengok satu peniaga ni tengah bukak push cart dia, nak jual roti john dan burger bagai. Dia ambik dua petak parking untuk sebuah lori dan sebuah push cart. Agaknya dia bayo parking untuk 2 petak tu untuk 2 jam setiap hari kat Majlis kot. Kot.

Lepas gi bank, kami menuju ke BP Mall. Hujan renyai2, tapi banyak air bah atas jalan depan Kg. Istana ngan depan BP Mall. Mana datang air tu ek? Takde lah hujan. Aku tengok renyai jek. Tak tau lah. Agaknya air dari atas Gunung Soga tu terjun tapi tak masuk dalam parit, tapi terjun atas jalan, kot. Kot lagi.

Kat BP Mall, kami terus ke tingkat atas, bahagian baby. Yayu carik baju nak kasik hadiah. Pergi bahagian pakaian wanita, beli seluar jeans Lady Like. Yayu yang beli. Murah je, RM 23 jek. Aku rasa seluar tu kat mana2 pun harganya gitu. Harga asal RM 79, ada 70% discount. Tak tau lah, betul ke ada harga asal tu atau memang RM 23 tu harga dia sejak dulu. Yang aku pelik, The Store, Pacific, Jusco, semua buat cenggitu. Lantak ler. Janji murah dan selesa.

Tengah kat situ, abang call. Kawan dia nak mintak tolong. Maka kami pun cecepat kuar. Tak sempat nak jenjalan lagi. Nak buat cemana, kan? Hari ni hari dia, hari kita tak tau bila. Keluar dari BP Mall, dah takde banjir dah. Terus pergi hospital BP. Sampai2 tu, terus carik Id. Kawan abang tu namanya Idzura. Memula aku jumpa sorang lagi kawan dia. Kompius jap aku, apasal muka Id ni lain? Nape dia sihat jek? Rupanya Id gi hospital ngan kawan dia, Sarah namanya. Sarah ni tak geti drive la pulak. Maka, aku lah akan menjadi supir mereka.

Kisahnya, Id ni main bola jaring, minggu lepas. Tetiba terseliuh macam abang aritu. Memula dia urut je. Dah surut pun bengkaknya. Dia gi hospital tu untuk dapatkan surat pelepasan dari melakukan aktiviti lasak sebab dia nak gi induksi ngan BTN cam abang gak minggu depan. Tah macamana doktor tu x-ray boleh suspect retak pulak. Tak paham aku. Ada ke orang terpelecok boleh retak tulang? Takat tergeliat atau putus ligamen ke urat ke, logik lah jugak. Isy, pulak tu suspect je pun. Dah suspect tu pulak, disimennya kaki minah tu jam tu jugak. Dah sudah! Maka, daripada nak dapatkan surat, jadik dapat simen ngan MC 19 hari. Tak dapat lah dia gi induksi ngan BTN tu. Tak pepasal. Sibbaik abang tak pergi hospital aritu. Aku dah sibuk suh gi gak. Nasib nasib...

Pastu aku pun bawak derang balik ke Parit Raja. Perhatian! Perhatian! Itu merupakan kali kedua aku bawak kete auto selepas test drive City aritu. Hihi susah gak nak control speed dia. Kalo manual senang je aku tekan kuat sikit terus pick up. Ni yang tak best nih. Sampai umah derang, abang pun dah tunggu. Terus balik.

Sampai rumah, Yayu pun baru sampai. Lepas hantar aku ke hospital tadik dia gi bus stand ambik adik Najib. Baik aku sebut nama dia untuk rekod. Ain. Pastu terus masak nasik. Sibbaik aku dah siap masak lauk tadik. Lepas solat, makan, dalam kul 9 malam, kami pun bergerak.

Senang sikit berjalan dah siap makan semua. Tinggal jalan je. Singgah Petronas Taman Yayasan Segamat isi minyak. Nak qadak hajat pun takleh. Toilet kunci. Terpaksa patah balik ke kawasan rehat kat simpang tu. Pastu terus menuju ke Muadzam. Sampai Muadzam, singgah Petronas lagi. Lepak2 sekejap. Takleh tido. Karang tertido, siang baru sedar, naya je. Pernah sekali kitorang balik dari Dungun, sampai situ kul 3 lebih. Konon nak rehat sekejap. Abang ada kelas kul 8 pagi. Bulan puasa pulak tu. Sedar2 dah pukul 6 lebih. Tak dapat sahur. Terus pecut balik. Sampai BP dah kul 8 lebih. Tak ingat abang gi kelas ke tak time tu. Masa tu aku ada buat test malam, tu yang kitorang bertolak dari Dungun lepas test tu. Teringat masa tu. Ada 2 kes meniru dalam test tu. Pertama, dia bawak buku. Buku besar A4 dia boleh buat lapik kertas dia. Ingat aku tak kenal buku aku agaknya? Lagi satu, aku jumpa kertas jawapan tulisan lain dengan warna pen lain atas meja sorang mamat nih. Puas lah aku siasat orang keliling dia. Last2 jumpa aweks sorang ni guna pen dan kertas yang sama. Tengok tulisan, sah dia. Serba salah akak. Aweks tu budak pandai. Baru abis hari pulak tu. Lepas dapatkan nasihat kawan2, aku pun kasik lah jugak 1/2 dari markah kepada ke 3-3 adik2 tu. Tapi yang sorang tu, markah dia pun tak seberapa, bila dah potong separuh, terus fail. Padan muka! Sape suh bawak buku. Tu pun aku kesian gak, kasik separuh. Lulus lah jugak aweks sorang tu. Tapi tak dapat lah score walaupun paper tu very the senang nak dapat A. Ada gak kes lain, tapi biarlah rahsia. Malas nak ingat.

Sabtu 28/4/07

Sambung balik. Tak lama tu, kami pun teruskan perjalanan. Sepanjang jalan, takde cite sebab aku tido je. Very tak sehsuai. Ada lah aku sedar bila abang berenti2, tapi aku tido balik je. Sampai KT dah masuk Subuh. Singgah solat kat masjid terapung. Ni kali kedua aku di masjid tu. Toilet kecik, orang ramai berbas-bas. Tak convenience langsung.

Teruskan perjalanan, hari dah nak siang. Dah banyak kete. Perut dah berkeroncong. Akhirnya sampai gak di KB lebih kurang kul 9 pagi. Berenti mandi kat masjid Kubang Kerian. Dari aritu dah singgah solat kat sini time nak balik. Kali ni pagi2 pulak. Sebelum tu dah usha2, banyak tempat mandi. Kebetulan pulak toilet lelaki pulak tengah renovate. Sibbaik tak de orang lain.

Siap berdandan sumer, terus carik sarapan. Jumpa pasar MPKB. Oh, kat situ rupanya, ingat kat mana lah. Makan roti canai yang kuahnya cam nak basi je. Abang dah nenong2 sikit. Mana tak nye, 12 jam drive, tak tido walau sepicing. Amboi bahasa aku. Pas sarap, naik atas, survey2 sikit. Oh, situ banyak tudung bawal. Batik tak banyak. Pastu kami terus ke supplier. Lama gak memilih. Sampai abang pun dah tak bleh bagi pendapat dah. Senoneng abis dah tu. Maka, cepat2 lah kami cari hotel. Sibbaik dah kul 1 lebih. Hehehe lama tak lama lah kan. Bayang dan kira kan je sendiri. Kali ni duk Hotel Azam, sebelah Hotel Suria tu je. Tukar lah pulak. Tak beza pun rate dia. Standard la 2-3 bintang. Cuma kat sini baru sikit. Masuk bilik solat, terus zzzZZZzzz.

Pukul 4.30, aku bangun, solat dan keluar. Abang sambung tido lagi. Pergi PSK, nak carik tudung Yayu. Punya lah susah nak cari warna hijau kekuningan. Dah jumpa warna, sulam nya pulak tak berkenan. Last2 pukul 6 baru jumpa yang berkenan. Aku pun sambar 2 lai. Suka! Pagi tadik pun supplier kasik selai tudung. Kalo tiap kali ambik stok dapat tudung, takyah beli lah nampaknya. Yang lepas dia kasik kain pelikat untuk abang ngan Najib. Time kasih la Kiah...

Pastu aku gi Mydin pulak. tujuannya nak beli shoulder pad. Dapat lah 2 dozen pasang. Jimat banyak tu. Pukul 7 baru aku balik bilik. Lepas mandi, solat, kami kuar makan. Pergi jauh2 nak jalan2 carik makan, last2 makan McD je. Aku makan McChicken, abang BigMac. Dah lama tak makan, sedap lah pulak. Pas makan, aku terus balik bilik. Konon nak tengok konsert AF. Petang tadik dah tengok ada channel astero. Tapi, kita takleh control sendiri. Orang kat reception yang control. Maka dia tengok bola. Huargh!!! Dia boleh bukak time penyingkiran jek? Dush!

Ahad 29/4/07

Ari ni dah takmo jalan lagi. Kali ni santai sikit. Lepas check out, terus balik. Bagus kan? Carik kedai makan tepi jalan pun tak jumpa. Last2 makan tengahari kat Setiu. Tak ingat pulak nama tempat tu. Tapi ada R&R lah. Aku makan nasik lauk daging kicap ngan kuah lemak pucuk paku. Sedapnya... Abang makan ikan keli. Pun sedapnya...

Sampai KT baru pukul 3 lebih. Terus gi Pasar Payang. Dah pergi KB ni, tengok PP tu macam takde apa je. Pusing2 situ gak. Beli kopok sira berlada je sedozen. Pastu pergi Kampung Losong. Sesat sikit jek. Best nya, banyak gerai kopok lekor. Singgah yang hujung sekali. Gerai Kak Yah. Erm... very maju perniagaan derang nih. Beli kopok kering ikan tamban 6 bungkus = 3 kilo. Kopok lekor rebus RM 10, goreng RM 2. Nyam nyam. Makan sambil jalan. Kete yang jalan, bukan kaki.

Oleh kerana masih siang, boleh lah lalu jalan Jerangau. First time lalu jalan tu. Kata orang lagi dekat. Jimat sejam. Tapi non ado! Tak tau mana silapnya, sama je 3 jam sampai Kuantan. Ke sebab dah biasa jalan pantai tu ek? Entah ler. Lalu Jerangau, tengok je gerai limau madu yang terbiar. Kosong. Tak musim agaknya. Dulu tiap minggu aku beli limau madu seploh hengget bawak balik BP. Yang sekilo 3 hengget pun dah beso2. Paling beso baru RM 3.50. Murah sesangat. Manis pulak tu. Tak sama ngan siam punya. Takde rezeki nak makan limau nampaknya.

Singgah berenti isi minyak kat Petronas Al Muktafi Billah Shah (AMBS). Oh, kat sini rupanya. Selalu dengar atau tengok papan tanda je. Kali ni baru dapat lalu. Lebih kurang Muadzam Shah jugak tempat tu. Bandar buatan.


Masjid pandangan dari Petronas AMBS. Nampak pulak kawad pagar tempat aku ambik gambo tu. Very tak pro la...


Jambatan merentasi tasik yang boleh nampak dari tempat yang sama.


Gambar wajib snap tiap kali singgah Petronas.


Pintu gerbang AMBS. Bandar Penawar, Muadzam Shah pun cenggini suasananya.

Yang aku perasan jalan ni ada papan tanda ngan tulisan beso2. Lebih2 lagi bila ada selekoh. Siap ada selekoh maut, selekoh bahaya bagai. Tapi tak de lah bahaya pun. Tiba part yang betul selekoh, takde plak papan tandanya. Tak paham aku. Pemandangan, kelapa sawit. Tak heran akak. Celik2 mata aje aku dah tengok pemandangan tuh. Lain kali lalu pantai je lah. Boleh gak makan otok-otok ngan satar kat Geliga atau minum air jagung kat Dungun.

Dari situ, kami terus ke Muadzam. Sempat Maghrib kat Petronas. Aku suka solat kat situ sebab suraunya asing laki pempuan. Lepas Maghrib, makan kat Cafe Ridan. Dulu pernah sekali aku beli mi goreng kat situ. Sedap. Kali ni order mi goreng gak. Masih sama rasanya. Lepas makan, aku pulak drive, sampai lah ke rumah. Sekian.

Cop cop cop, nak sambung lagi. Sekian tu untuk kisah jalan2 tu jek. Sampai rumah pukul 11.30 malam. Dengan penuh semangat aku menyiapkan kain untuk shooting esok. Boleh? Lambat gak tido. Macam tak penat je?

Isnin 30/4/07

Pagi2 lagi aku dah shooting. Sampai tengahari baru siap separuh. Tak larat dah. Sambung lain kali. Dalam kul 3 gitu, abang kuar beli nasi beriani. Nyum nyum. Lepas makan, kami pun bersiap balik Kota. Yiiiha! Terbukti! Memang tak penat. Pukul 4.30 baru bergerak. Lalu jalan biasa. Singgah Petronas Bandar Tenggara je. Sampai Kota lum Maghrib. Berenti Maghrib kat surau Pasak. Pastu terus balik Semenchu. Dah janji nak tido AT5 ngan Yayu esok. Sampai2 je terus dijamu ngan ubi goreng. Belasah je. Ubi goreng aku bleh tahan lagi. Kalau ubi rebus...adeh. Pastu makan nasik sikit. Mak dah masakkan telur dadar, jamah lah sikit.

Selasa 1/5/07

Selamat Hari Pekerja. Sebagai seorang bukan pekerja, aku tak rasa apa2 pun. Duk rumah je. Ikut kan tiap kali 1 Mei ada karnival sukan kat Tanjung Balau. Sejak aku kecik lagi. Tapi memikirkan siap ada promo kat radio Era lagi, harus lah sesak kan. Baik bersukan kat rumah jek. Tengahari makan lauk ketam masak lemak cili api. Ketam apa tah, kecik2 tapi isi banyak. Nyum nyum. Abang Yus pun datang tengahari. Sorang. Baru balik dari Tanjung Balau.

Petang, lepas Asar baru balik AT5. Mala ada lagi. Dah abis ari. Ari Sabtu nak buat kenduri potong jambul pulak. Anak dia sebijik muka bapaknya. Bulat. Jenis cam Nurin, senyap je tak nangis2 dalam hari. Karang kuat nangis lah tu. Ikut teori mak, kalau dalam hari kuat nangis, abis ari tak banyak buat perangai. Gitu lah vice versa. Tapi dah pandai berbual tu, baru pat ploh ari. Ramah. Nama dia Nurul Ain. A'ah kan? Sekarang dah abis musim nama Nurul kot? Rasanya tahun 90an je ramai Nurul ni.

Petang sembang2 ngan abah pasal produk jade. Sekarang ni (sejak aku balik yg lepas) musim jualan produk jade dari Korea dan Jepun di FELDA. Setakat ni yang aku tau dah masuk Semenchu ngan Sungai Mas selain AT5. Kekdahnya, derang buat sesi demonstrasi dan penerangan setiap hari dengan pelbagai ganjaran. Memula dulu dia kasik minyak masak 5 kilo. Pastu 2 kilo. Kekadang sabun basuh jenama Ilsung, pencuci sayur pun ada. Sekarang dia kasik barang plastik. Baldi, gayung, bakul, pinggan, mangkuk. Segala macam lah. Sehari ada 3 sesi. Pagi, petang, malam. Sape rajin datang, dapat lah banyak barang tu. Jangan tak tau, abah pergi tiap pagi tau. Maka banyak lah dapat 'hadiah' tu. Tapi takkan asik nak dapat je, kan... Kena lah beli gak. Derang jual barang berperingkat2. Dari tali pinggang, bantal, tilam, krim, sabun. Segala macam lah. Abah dah 'ter' beli tali pinggang. Tali pinggang tu ala2 girdle la. Bezanya ada beberapa bijik batu jade kat keliling tu. Pakainya bila2 masa. Tapi nak senang time tido lah. Betapa kuatnya tindak balasnya, sesiapa yang pakai tu bleh demam tau. Abah pun baru baik demam 2 minggu. Jiran2 pun sama. Abang pun try lah pakai sekejap. Tetiba malam makan bertambah2. Konon effect dia lah. Piiirah!

Abah ada beli krim jade. Menurut cite nya time demo tu, derang simbah air mendidih kat tangan dia, bukan tanagn abah, demonstrator tu lah. Pastu dia sapu krim tu. Esok pagi, tengok dah baik dah tangan dia. Aku pun try le letak kat tempat kena gigit semut baru ni. Arini dah kering dah. Ceh, tak tau lah betul ke tidak, tapi boleh tahan gak lah kesannya tu. Mala kata masa dalam ari dia sapu kat 'perut', membuak gak le darah kuar. Pastu rasa lega 'perut'nya. Ye lah tu.

Mak ada beli sabun, cuci muka. Konon boleh hilangkan jeragat. Belum nampak kesan, baru je pakai. Hehehe itu lah kisah marketing strategi yang amat mantap. MIL pun dah hint2 nak beli tali pinggang tu, tapi BIL tak kasik. Tak tau lah tu. Kata mak, orang yang datang tiap2 ari tu kata demonstrator tu ala2 ada ilmu sikit ler, kasik orang suka, nak datang jer. Mesti kuat pelaris tu. Orang Melayu. Eh, lupa nak bagitau harga barang2 tu. Dalam takde hasil tu , orang FELDA sekarang mampu beli gak tau. Belt tu harganya RM 390. Krim, RM 60. Tilam ada yang seribu lebih, ada yang 2 ribu lebih. Bantal sebesar bantal baby, seratus lebih. Biar lah. Orang tua kan. Bila lagi nak merasa benda tu sumer.

Malam makan lauk asam pedas ikan pari. Aku kalau ikan pari ni kureng lah sikit. Kalau asam pedas ikan mayung mak memang maveles. Apa2 lah asam pedas selain ikan pari, asal mak masak, aku suka lah.

Rabu 2/5/07

Pagi sarap ubi rebus. Sakit perut gue. Tengahari masak biasa je sebab abah lum 'belanja'. Kedai D'Mart tutup lama, baru arini bukak, maka berdoyon tiba lah satu kampung nak belanja. Dah petang baru siap. Kata abah, scanner ada satu je. Camno? Yang bagusnya, kalau beli cash, ada delivery service. Bagus bagus. Tak tau lah dia charge ke tidak. Dia naik motor roda 3 je anto barang tu. Masa kecik2 dulu, time belanja tu lah paling best sekali. Abah akan bawak satu guni baja. Barang sumer masuk dalam tu. Masuk buku. Cukup bulan tolak gaji jer. Pernah sekali kaki aku dihempap tin susu lepas balik gi belanja tu lah. Apa jadi kat kaki aku masa tu ek? Tak ingat. Dulu, beli minyak tanah pun kat situ. Kena pam sendiri. Nostalgia lah pulak...

Pukul 3 petang, kami pun bergerak nak balik. Bawak Mala gi umah Along. Sempat minum dulu mentara tunggu Yayu. Rumah Along tengah renovate. Abang Long ada tapi tengah tido, layan bola malam tadik. Pagi sebenonya. Jumpa Yayu kat bus stop ladang Tai Tak, terus gi JB. Saje, jalan2 buang duit. Opss, berkongsi rezeki.


Pemandangan biasa di langit kampung kami. Laluan utama trafik udara.


Papan tanda ala batu nisan. Semua FELDA sepanjang jalan Desaru ni ada papan tanda yang sama. Mengingati mati.

Memula pergi Jusco Tebrau City. Pusing2 tak beli apa. Berkenan blouseArcadia, tapi KIV dulu. Masuk Speedy, terbeli DVD Mukhsin. RM 13.90 jek. Murah nyer. Tak lama kat situ. Pukul 7 gak kuar. Ajak derang makan mee rebus Stulang Laut. Tempat wajib singgah kalo gi JB. Order tauhu bakar gak. Boleh lah. Ada menu baru, nasi lemak berlauk, tapi tak order pun. Aku makan mee rebus special. Eh, dah takde kerepek ala2 tempeyek lak. Dia kasik ayam ngan cendawan goreng tepung. Sedap.


Tauhu bakar yang boleh lah tahan kat restoran mee rebus Stulang Laut.


Ni lah mee rebus nyer. Makan sambil menikmati suasana tepi tambak menghadap pulau Temasik.

Abis makan, kami pun berpisah. Derang nak gi hospital plak, melawat kawan Najib kat ICU. Kami terus balik lalu Kulai. Sepanjang jalan aku macam hilang ingatan sikit. Tetiba je dah sampai rumah. Ke, aku tertido? Tak rasanya. Kompius...


Khamis 3/5/07

Pagi abang ada taklimat induksi ngan BTN. Aku mendobi kat rumah. Tengahari abang balik sebab takleh buat keje, tak bawak lap top. Petang nak sambung shooting, bateri camera plak kong. Kena lah tunggu charge dulu. Mentara tu kuar makan kat Seri Kenangan. Kira makan malam lah. Malam Jumaat kan ada makan2 kat surau. Kalau takde pun, dah makan dulu. Lepas Isyak abang balik bawak nasik lemak sedap yang biasa tu. Tengok 24. Geram nyer, dia bleh salah orang. Tengok gaya je dah tau Mariane tu yang jahat. Padan muka mati. Kat NTV7 pun ada gak, tak tau musim ke berapa punyer. Aku kalo tengok 24 memang emosi sikit. Suka ar ngan Jack tu. Tak hensem tapi macho. Kira macam Shah Rukh Khan lah... Hihihi. Malam abang tolong shooting sekali. Cepat sket siap.

Jumaat 4/5/07

Ari ni kerja meng upload dari pagi lagi. Tengahari dah boleh publish. Lega. Petang Yayu SMS bagitau nak singgah anto surat PTPTPu. Kul 6.30 gitu baru dia sampai. Aler.. macam tak luak je loan aku tu. Sebulan je dah bertambah RM 30+ yang kos pentadbiran tu. Huh! Takpe, pasni aku bayar sekali banyak, bio cepat sket abis. Lepas Maghrib Yayu pun beransur ke Muo lagi, umah abang Najib plak. Ke, umah akak dia aritu tah. Lantak ler. Petang abang bawak Ulin ngan barang2 dia. Dah abis exam dah.

Sabtu 5/5/07

Tarikh posting 4hb, tapi ni dah masuk cite 5hb lah pulak. Sukati lah. Pukul 11 pagi, kami keluar. Anto Ulin ke bus stand. Makan dulu kat kedai mamak. Aku makan mi goreng. Boleh lah. Orang Melayu yang masak, tak sama ar ngan mi goreng mamak. Asalnya nak terus ke Melaka, tetiba ada benda teringgal plak. Balik umah dulu. Pastu terus ke Melaka. Tujuannya nak ambil barang Ila pulak. Dia dah nak grad dah. Ada 2 paper lagi. Jadi kami bawak sebahagian barang dia, next week In pulak gi ambik barang ngan tuan barangnya sekali. Pun nak singgah umah aku tu.

Singgah Tesco Melaka solat Zuhur ngan beli barang sikit. Ila pesan Milo. Kami beli buah ngan biskut sikit buat bekal abang gi kursus. Pusing2 kat situ, ada pulak pengumuman kanak2 hilang. Budak Cina. Selalu kalau dengar berita, kemalangan ke, hilang ke, mesti tunggu nak dengar, orang apa. Kalo bukan Melayu je, rasa macam lega gitu. Tak kisah lah orang nak cakap apa. Bukan aku sorang yang cenggitu. Ke, kemanusiaan aku ni kureng ek?

Sampai umah Ila dah kul 4. Macam jauh jek. Padahal 2 jam je. Lepas angkut2, kami pun blah. Rumah dia kira depan je ngan UiTM tu. Nama jalan dia Jalan Dimensi xx. Taman Dimensi agaknya. Unik. Kami masuk dalam UiTM jap. Pusing2 dalam tu. Ada tasik. Berbukit sikit. Kalo Dungun ngan Penang nyer tanah rata je. Time tengah pusing2 tu, Ila call, tertinggal lemari plastik plak. Kuar U, gi umah dia balik. Pastu, terus menghala ke Melaka.


Pintu masuk UiTM Melaka. Ada trade mark Melaka lagi. Tangga batu.

Tak singgah lagi. Terus ke Muar. Sampai Muar dah dekat kul 6. Saje lah cari tempat makan. Try cari gerai mee bandung yang Nana ngan Ramlah Ram sebut dalam carta Era dulu. Tengok kat bus stand express, takde. Rupanya kat bus stand biasa. Ooo dah bukak balik tempat tu. Dulu dia renovate, pindah ke stadium. Dah lama beno. Masuk2 je terus nampak sign board dia. Abang Sayang. Aku makan sepinggan. Abang makan nasik goreng ayam. Nasi goreng ngan ayam goreng yang dicincang dan dicampur sekali. Nasi goreng ala2 gerai yang selalu aku pergi time kat Kluang dulu. Tepi sungai, belakang Coronation. Lepas tau tempat tu kotor, dah tak pergi. Mee bandung, memang tip top. Rasa mee bandung sebenar. Lain kali mesti singgah situ lagi.


Masjid Kedua Muo dilihat dari gerai mee bandumg Abang Sayang.


Ini lah mee bandung nya. Tak banyak sangat. Mungkin lain kali kena order 2 pinggan ler.


Otak-otak Kempas kot sebab pedas sikit. Kalo JB punyer tak pedas. Tapi aku suka Kempas punya.

Lepas makan, cari surau. Mujur ada kat atas bangunan tu. Ramai budak sekolah melepak tempat tu. Macam2 gaya. Pastu terus balik. Sempat beli tauhu panas kat pasar malam pesta.

Hari ni Ahad 6/5/07

Pagi abang beli soto ngan roti canai. Lepas Zuhur, gi hantar abang ke Uni. Abang ada kursus kat Shah Alam 7-9hb. Pergi ngan kawan2. Maka, aku tinggal sorang ler sekarang. Sob sob sob. Tingin nak baca kartun Aku Budak Minang ngan Aca lah. Kena cari ni...

Adeh, sakit perut aku tengok badminton ni, Final SIngapore Open bergu Choong Tan Fook ngan Lee Wan Wah lawan China. Excellent defend! Mesti tengok ulangannya! Tapi... Huargh!!!

http://ayunasia-batik.fotopages.com/ - Trippy Text

4 komen:

Unknown said...

amboi asia, lama tak berblogging, sekali buat n3 panjangnya..hihi.

Otak2 tu favorite husband saya.

Waah..pintu masuk UiTM Melaka dah ada trademark yer, lamanya tak ke sana, saya ni antara pelajar perintis di UiTM Lendu tu, dulu banyak lagi hutan tak teroka, masa tu bangunan library pun baru nak siap...skrg ni mcm mana agaknya?

Ajzie said...

Amboiiiiii berjela..tp baca gaks sampai abis...hihi.. Saya suka kesini sebab adakala nya cerita2 Asiah buat saya hilang rindu pada negeri kelahiran saya..Johor....tempat2 saya selalu singgah dan mcm2 lagi..

p.s
BP Mall tuh kat mana?.. Last Sept masa kami balik jap cuma jumpa Care4 aje.

AyunasiA said...

yus: otak2 kempas tu kalau gi kilang dia baru 21sen satu. kalo dah bakar, hambek ko! sampai 50sen pon ada. tapi mmg sedap. kalo org ganu ckp otak2 tu macam chewing gum sebab derang punye memang ikan betul mcm botok2.
tu first time masuk uitm melaka, tak tau apa beza dulu sekarang.

ajzie: takpe, masuk tak kena bayo pon. bayo bil internet je.

mmg mcm tak caya masa bp mall tu nak bukak sebab masa raya, baru naik sikit, tetiba dah siap. letaknya kat jalan air itam, sebelah showrom mercedez ngan sebelah projet gak, depan kilang honsin, dekat2 kampung istana.

blackpurple @ jowopinter said...

Huh...panjang. Tak larat nak membacanya semua. He he. Tengok gambar jer lah ek..

Jambatan itu nampak cantik..

Tauhu bakar, mi bandung !!! nyum..nyum..!