Thursday, 10 May 2007

Berjalan Lagi

Hari Isnin yang lalu, lepas gi klinik dan makmal Gribbles, aku pos kain. Sebelum tu masih berbelah bagi sama ada nak pergi atau pun tak. Sebab? Sebab tak tau sakit ke tidak. Tapi lepas tu, tak sakit apa2 pun, maka, jadik lah aku pergi. Pergi mana? Ikut abang ke Shah Alam. Yeay!

Malam tu dah siap packing baju sumer. Jadi balik tu update website ngan forum, kul 12pm tepat, aku pun bergerak. Keluar tol Pagoh dan tak singgah mana2. Sepanjang jalan clear je, selain construction Melaka-Seremban. Tak laju pun. Tapi kete tu bila brake je stereng gegar. Nape ek? Kalo gegar time laju tau lah aku, tayar botak. Tapi takpe lah. Ok je.

Keluar tol Ebor, RM25.50. Terus gi Subang Hi-Tech, ambik kunci dari abang. Tepat pukul 3pm jumpa abang. Maknanya tepat satu hari lah tak jumpa abang sebab semalam anto abang pun kul 3pm. Dan tepat 3 jam jugak lah perjalanan aku dari BP. Dekat je rupanya. Dah lama tak lalu hiway, tu yang macam tak sangka sekejap je dah sampai.

Masuk bilik, solat dan lepak je. Tunggu abang balik, kata kul 5pm? Sekali kul 6 baru sampai. Minum dulu kat bawah. Lepas Maghrib, keluar gi SACC Mall. Jalan2 je. Pastu gi dataran. Tah aku baca blog sape tah yang cakap CKT kat situ sedap. Akupun order. Rupa dah ada, rasa, terlebih manis la pulak. Tak lah sedap sangat. Ke, tersalah kedai, tah le.

Lepas makan, masuk Alam Sentral. Dah nak tutup pun. Nostalgia ar kalau gi Shah Alam ni. Kendian balik bilik semula.

Esok paginya, sarapan nasi lemak. Balik bilik, dah ngantuk. Apa lagi, tido le. Tak turun cari makan pun tengahari. Petang abang balik pun kul 6. Kali ni sempat kuar ke Tesco. Masa abang balik aku dah perasan yang pintu tu tak lock dari luar. Pagi masa masuk pun takde bunyi burung berkicau. Panggil maintenance. Dia tukar bateri je. Ingat dah ok. Sekali takleh bukak pulak walau dah guna kad. Tukar kad pulak. Baru lah ok.

Tak best lah Tesco Shah Alam. Tesco Melaka aritu best. Macam2 ada. Memang takkan ku jejak lagi ler. Balik tu, mandi, solat dan lepak sementara tunggu kul 9. Kul 9, turun bawah, dah janji berkumpul kat lobi. Sebenonya derang nak belanja makan kat Muara. Siapa derang? Supplier yang buat kursus untuk abang tu ler. Pergi 3 kereta. Pertama kali gi Muara, pertama kali naik Myvi. Jakun sungguh. Dekat aje rupanya. Aku rasa ada lalu sekolah yang ada budak kena langgar lori tu. Rantau Panjang kalo tak salah nama tempat tu. Dah ada traffic light, bonggol dan jejantas. Lalu tol busuk. Camane lah jurutol tu bleh tahan, nak muntah. Kawan abang pun dah uwek2. Lelaki tu. Sibbaik ada air freshener. Sembur aje.

Sampai sana, aku makan je lah. Sedap lah jugak. What to expect? Seafood kan. Akhirnya aku yang last berenti. Tak sesuai betul. Remember? Usus aku panjang, perut pun beso. Keskeskes.

Balik dah kul 11 lebih. Tak dapat tengok Datin Diaries. Huhuhu. Tapi dapat tengok last dia. Oh, Rita tu peknen rupanya. Tambah kena keroyok plak. Adeh...

Esok pagi, lepas sarap, derang semua dah check out. Aku je yang tinggal. Ingat nak lepak sekejap, tapi rasa segar pulak. Siap2, terus check out. Kali ni menuju ke umah abang TP la pulak. Kuar tol Subang, masuk tol Damansara/Petaling Jaya. Dah biasa. jarang kuar tol Shah Alam melainkan kalo patah balik, kuar Shah Alam la senang. Takyah buat u turn kat depan K4 tu. Sampai tu kak Shila tengah makan. tinggal ngan Afiff jek. Tak lama Memel pun balik sekolah agama, terus siap gi sekolah kebangsaan plak. La... dah ber spek rupanya Memel. Kiut je.

Tak lama Ariff plak balik. Tak lama kak Shila plak gi sekolah. Tinggal aku ngan Ariff. Sempat lah abis baca Jibam. Kul 4 abang bagitau dah bleh gerak. Anto Ariff ke babysitter dan terus blah. Kali ni kuar tol Shah Alam. Mengkompiuskan ler jalan kuar tol tu. Sibbaik tak sesat. Tapi Shah Alam nak sesat ke mana kan?

Sampai Subang Hi-Tech, ambik abang dulu. Kendian jumpa Cik Daun kat Digi. Dia nak tempah baju kurung. Sekejap je jumpa dia, terus blah. Kuar tol Ebor lagi, singgah R&R Dengkil. Jumpa kawan abang tengah makan sate Hj Samuri. Pastu convoy sama. Tensen gue. Kalau dah convoy tu tau je lah, laju semacam. Sakit kaki aku brake angin. Kuar tol Yong Peng dah kul 7.20pm. berenti qada' hajat jap, kendian terus balik. Sampai umah dah kul 8. Huh! Penatnya. Mendobi dan kemas baju abang plak. Adeh...

Pagi tadik, pukul 8.30 baru kuar. Ikut surat bertolak tengahari kul 12. Zarafi cakap kul 9 pagi. Sibbaik sampai2 je memang tengah masukkan beg dalam bas. Huhahuha, abang pun bertolak ke Melaka Watercity untuk Kursus Induksi. Selamat berkursus abang!

Balik tu terus gi pejabat Poslaju kat Bukit Pasir. Entah sape antar surat kat aku ni. Oh... surat JPA. Confirm, aku akan lapor diri 24hb Mei 2007. Baru lah lega dah ada hitam putih. Thank you gomen! Alhamdulillah...

Tadi tengok ulangan konsert AF minggu lepas. Aku rasa ni antara konsert terbest. Aku sudah suka suara Aswad. memang dah suka sejak dia nyanyi lagu Iklim aritu lagi. Tapi lepas tu dia nyanyi tah pape. Macam ayam den lapeh je. Aku rasa dia memang jiwa rock leleh ngan rock kapak kot. Lagu2 leleh memang cemerlang. Minggu ni lagu Mawi, sepatutnya sedap gak.

Dafi kuar minggu lepas. Yes! Lagu2 N'Sync, BSB memang fevret aku zaman Diploma dulu. Tapi zaman tu, Dafi masih sekolah rendah lagi... Mila ok, walaupun terkucil part 'hanya ku pinta darimu'. Syawal, langsung tak best. Ebi, kelako aku tengok dia lompat. Krill ngan FBI nyanyi pun lagi sedap lagu ni. Candy, ok. Tapi aku tak minat ar suara dia. Aku lagi suka lakonan Safura. Heliza... erm boleh lah.

Erk... tetiba ideanya blocked. Chow!

0 komen: