Wednesday, 23 May 2007

Good Bye, Babai, Tata, Macam-Macam Berangan

No, no, no! Bukan nak say good bye pada blog. Jauh sekali berhenti blogging. Actually nak ucap good bye kat dunia lepak, relax, tido banyak dan full time house wife. Esok, 24hb Mei 2007, aku akan memulakan dunia baru, berkhidmat untuk nusa, berbakti pada negara, mendidik anak bangsa! Fuiyoh! Kemain semangat lagi. Mentang2 Pak Lah baru umum kenaikan gaji. Lum start keje dah naik gaji. Tapi sempat lah kot merasa gaji tak naik tu sebulan. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu (sebulan), bersenang-senang kemudian.

Seminggu yang lalu, semangat aku lum naik lagi. Maklum ler, dah selesa duk rumah, makan tanggung, 'beri' cangkung. Apakala mendengar berita gumbira dari Pak Lah, terus semangat naik mendadak, proportionally to kenaikan gaji ittew. Ngeh ngeh ngeh. Aku sangat suka! Tak sia-sia aku tunggu setahun lebih. Actually, I memang sengaja takmo keje setahun tu selagi gaji tak naik. See! Rezeki datang berlipat ganda. Kalo campur 2-2 orang, bleh cover installment AH lagi! Yiiiha! Bleh la merasa pakai kete beso sket. Sekarang ni, dalam family aku dan family in-law, kete kami paling kecik sekali. Kecik antara yang kecik la. Idak ler dalam family aku ada kete beso2 macam BMW ke, Volvo ke, Merz ke. Paling beso pon Avanza. Paling lahap makan minyak pon Peugeot 405 je. Mana bleh lawan sang Kancil. Tak pe lah, biar kete kecik, asalkan tak yah pikir2 nak keluar rumah. Ada orang tu, ada kete best2, tapi bila nak gi bandar dekat pon pikir 10x mengenangkan minyak pegi balik je dah RM20. Bestnya, hutang Kancil nak abis raya nanti. Bleh raya sakan! Eh, eh cukuplah tu berangan. Keje nya lum lagi. Berangan je lebih. Tah2 kena campak ke Sarawak ke mana ke, kan dah menangis tak berlagu. Anyway, doakan lah aku di posting ke A*DTEC Batu Pahat ek! Paling jauh pun, IKBN Pagoh ke... Amin.

Oh, lupa nak cakap. Abang dah balik ari Isnin lalu. Memula aku ingat abang balik ari Selasa. Sibbaik abang ingat kan. Balik dengan baju yang makan 5 trip nak didobikan. Semalam semalam dah siap dah, tapi malam tadi, tah cemana ampaian tu putus pulak. Dah, kena re-dobi 2 trip plak. Aku syak kucing gaduh bawah ampai tu, sampai tertarik kaki seluar, tu yang bleh putus tu. Nak kena sembelih ittew kucing agaknya. Pa'kal derang dah takde depan mata. Kalo time gaduh2 tu aku ada, dah kena kelekuk ngan aku. Eee tak suka kucing.

Malam tadi aku dah siap kan segala mak nenek jahitan. No more jahit-menjahit at the moment. Dekat nak raya sok, akan difikirkan. Buat hulur duit raya. Buatnya Pak Lah baik ati takmo kasik bonus ini tahun sebab dah kasik naik gaji. Mana lak nak cekau bayo insurans ngan roadtax kan. Selalu time nak raya, mesti kena pikir 2 benda tu selain duit raya, kuih raya, baju raya. Tu yang takmo beli kete time raya. Tapi biasa orang time raya lah nak tayang kete baru kan? Lain masa mana ada jumpa kawan2 sekampung serentak. Tayang2 kete, sport rim, leather seat, amplifier. Gitu lah kalo raya. Topic orang laki. Kalo pompuan plak, kat dapor, sambil masak rendang, tayang seken (gelang), rantai, cincin. Eh, masuk cite raya plak. Pose pun tak habis ganti lagi, ada ati nak raya. 9-2=7.

Petang ni aku nak ke KL. Lepak umah abang TP. Sedey wo, kena gi sensorang. Aritu kemain lagi abang nak cuti 2 hari nak anto aku pergi berjuang. Tiba masa, non ado! Esok jugak abang ada pekse lepas induksi. Tak best sungguh! Yang tak best tu sebenonya sebab kena drive sendirik ler. Adeh! Kena asah semula skill yang agak lapok selepas setahun jarang2 drive ni. Sekarang ni, duk belakang lori pon takut2 nak motong. Dulu motong lori balak 2-3 bijik kat jalan Muadzam-Kuantan tu, selamba jek. La ni, nak tengok cermin mana satu pon bleh lupa. Takpe, practice make perfect.

Sejak ari Ahad, internet problem kat umah, petang semalam baru ok. Tak sempat nak call TMNet dia dah ok. Lain kali ingat ler, kalo lampu PPP tak nyala, tu maknanya problem TMNet. Ok, itu je entry terakhir aku sebagai seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Putrajaya, here I come!!!

0 komen: