Habis cerita album artis-artis tempatan, aku nak cerita pulak tentang pelem. Bukan nak jadik pengulas filem, tapi setakat nak kongsi sama filem2 yang aku selalu tengok sebab ada VCD/DVD nyer kat rumah. Sebahagiannya milik peribadi aku sebelum kawin, maknanya bukan rete sepencarianlah. Sebahagian lagi kami beli sesama kat kedai'TUT' kat Bukit Pasir. Tak leh sebut, karang kena ambush plak kedai tu, susah plak nak beli DVD 'murah' lenkali. Tapi kalau ada yang nak tau katne, boleh je aku kasitau.
Memula sekali aku nak tunjukkan VCD Hindi. Yeay! Hindi Power! Cop cop cop, aku pernah minat cite hindustan. Zaman Kuch Kuch Hota Hai onwards. Tapi kan aku pernah cite yang aku tengok video hindustan masa kecik2 kat umah kawan aku, Sidah, kan? Kira dulu tu suka lah jugak. Aku ada kawan Semejay yang minat hindustan sesangat. Suli. Dia memang turun bilik TV setiap weekends. Dia siap hafal lirik lagu hindustan lagi. Masa tu lah. Aku pun ada gak hafal lagu hindustan dulu hehehe. Okeh. VCD hindustan pertama yang aku beli dah takde dah. At least 3 VCD pertama yang kau beli dah yilek. Kuch Kuch Hota Hai, Hamara Dil Aapke Paas Hai dan (dah lupa tajuk, lakonan pertama Aisyu dan Abhishek). Ketiga-tiganya ada lagu yang sangat mengujakan. Nanti nak cari VCD ni kat Mydin. Masa tu aku minat giler2 ngan Aisyu. Suka sangat tengok dia menari. Kata Big B, bila menari, dia macam anak patung music box. Oh, dia sayang betul ngan Aisyu, akhirnya berjaya buat menantu. Padahal aku pernah baca komen Aisyu masa berlakon ngan Abhishek pertama kali, dia serik berlakon ngan mamat tu sebab selalu lambat. Hambek ko Aisyu, dah jadik laki kau pon. Okeh, membebel plak, bile nak mulanya? Tara...
TAJUK FILEM : KABHI KHUSHI KABHIE GHAM
ARAHAN : KARAN JOHAR
PELAKON UTAMA : SHAH RUKH KHAN, KAJOL, AMITABH BACHCHAN , JAYA BACHCHAN, HRITHIK ROSHAN, KAREENA KAPOOR
Maknanya kekadang gembira, kekadang duka. Aku tonton filem ni di pawagam. Midnite di Midvalley. Pergi tengok reramai ngan kawan2 UiTM abang. 3 jam dalam panggung, dengan sejuknya, dengan ngantuknya. Tapi memang puas ati. Menangis bagai nak rak tu. Filem ni kuar time raya. Memula nak tengok kat JB, pastu kenapa tah tak jadi. Tertengok cite James Bond plak. Kawan abang yang pergi sekali tgk cite ni tu sebenonya dah tengok kat JB gak time raya tu. Tak padan tu. Lelaki pon layan hindustan. Aku rasa cite nya temanya universal, it's all about loving your parents. Tak geti lah aku nak buat sinopsis. Cuma nak kongsi je.
TAJUK FILEM : MOHABBATEIN
ARAHAN : YASH CHOPRA
PELAKON UTAMA : SHAH RUKH KHAN, AISYWARYA RAI, AMITABH BACHCHAN , DLL (kena tgk sebab takde kat cover)
Maknanya kisah2 chenta. Cite ni agak meleweh sebab tiap scene mesti nak kaitkan ngan 3 couple. Cite ni kuar time aku part 1 degree. Kawan aku, Hana yang suka sangat tengok cite ni. Oh, sebelum tu, semua VCD hindustan aku beli kat Mydin sebab regenya lebih murah dari harga pasaran. Dan aku beli masa dah keje walaupun cite tu kuar dah lama. Yang jadik best nyer cite ni sebab ada sekali lagi Aisyu dan of course my SRK! Nape lah muke ko macho sangat (walau perut kau boroi dan body tak ngancam langsung)? Walau pun Aisyu jadi 'hantu baik' je dalam cite ni, tapi beri kesan kepada asal jalan citenya. Lagu2 semua best2. Aku takkan beli kalau lagu tak best! Adeh, rindunya lagu2 yang aku rakam dari Hindi Power, mana lah hilang kaset tu. Sedihnya... Anyway, cite ni aku tetap tengok kat TV walau dah ada VCD ni. Maknanya aku suka lah tu kan...
TAJUK FILEM : MUJHSE DOSTI KAROGE!
ARAHAN : KUNAL KOHLI
PELAKON UTAMA : RANI MUKHERJI, HRITHIK ROSHAN, KAREENA KAPOOR
Maknanya sudikah kau berkawan dengan ku? Sudi? Hehehe kisah cinta tiga segi ni. Yang best cite ni ialah lagunya. Tak jemu di dengar. Mulanya aku tengok cite ni time aku final semester degree. Roomate aku yang bawak vcd cite ni. Tengok sekali terus jatuh cinta. Aku sebenonya tak berapa suka lakonan cik Kareena tu sebab dia tak pandai berlakon sedih/nangis. Langsung tak real. Cite ni aku tak pernah tengok kat TV lagi. Kekadang time boring2 aku akan buka lagu2 je. Best. Jalan cerita pun segar dan tak klise.
TAJUK FILEM : DEVDAS
ARAHAN : SANJAY LEELA BHANSALI
PELAKON UTAMA : SHAH RUKH KHAN, AISYWARYA RAI, MADHURI DIXIT, JACKIE SHROFF
Tak de maknanya sebab Devdas tu nama Shah Rukh Khan dalam cite ni. Cite Bollywood paling mahal. Klasik dan sangat cantik. Bleh ke aku cakap sinematografi dia cantik? Apatah sinematografi tu, aku pon tak tau, tapi aku agak2, environment dalam cite ni lah kot. Lagu sangat mengujakan dengan tarian2 klasik yang tak macam 'ta keta ta ta' sangat. Kata orang Madhuri lagi 'pandai' menari, tapi bagi aku Aisyu lagi 'cantik' menari. Mungkin sebab tubuh dia langsing, Madhuri agak menggelebeh. Dari segi teknik, memang Madhuri lagi sharp. Boleh tengok dalam filem Dil To Pagal Hai. Very the sharp tarian dia. Yang tak bestnya cite ni anti-climax. Oh, tidak! Dan kekdah dia yang kuat minum tu agak extreme dan tak sehsuai. Tak sehsuai untuk tontonan kanak2 since dia minum sampai mampos kan... Karang anak2 takmo minum susu, susah lah pulak kan. Pulak tu citenya pun berkisar pada area rumah pelacuran. Mesej agak berat cite ni. Tapi kalau tengok takde lah sampai terpengaruh ke hape, tak pe lah. Gilo ko opo?
TAJUK FILEM : KAL HO NAA HO
ARAHAN : takde lah pulak ditulis kat cover ni hah...
PELAKON UTAMA : SHAH RUKH KHAN, PREITY ZINTA, JAYA BACHCHAN, SAIF ALI KHAN
Maknanya lebih kurang esok masih ada ke tak ek? Gitu lah. Awal2 cerita agak blur sket. Dah ama sikit baru lah, oh... Inilah VCD hindustan terakhir yang aku tengok. Lepas tu, kenapa ek cite2 SRK dah takde umphhh! la. Ke sebab aku dah kawin ek? Hehehe takde kono mengono ah. Cite ni pon tak berapa meletup. Tapi ok la. Dalam cite ni dia sakit hati. Ada lah kelainan sket. Pon cinta 3 segi gak. Cuma kekdah mereka menanganinya tu lain sket la. Lagu boleh tahan best gak. Tema warna merah-putih. Kebanyakan scene nya ikut tema warna nih. Cantik!
Eh, dah abis dah VCD hindustan aku? Takde lah banyak mana pon... Tapi semuanya original ma... Dan kalau sesape perasan, semua cite ni takde tumbuk2, gasak2, gaduh2. Tak suka ar cite gaduh2 ni.
Ok, abis dah part 1, nanti sambung cite omputih plak. Eh, lawa gak kan kete VIVA tu? Murah pun ye. Chow!
72 RANCANGAN B
1 week ago
9 komen:
Asia...kak lady peminat SRK, Asyu, Kareena, Preiti & Akshay Kumar...Yang lain2 tak minat sgt...tapi akak jarang dah tengok cerita industan...yang last akak tengok ialah...Aitraaz....best sangat...
ada tambahan, kite suka gak rani mukherji. suka tengok cite dia ngan SRK dalam Chalte2. ada pengajaran untuk orang baru kawin. kite pon dah jarang tgk, weekend pon tak tgk. hero-heroin skrg tah sape2 tah...
asia, tengok tak Kabhi Alvidaa Naa Kehna, SRK dan Rani Mukherji tu...best gak..
yus dulu sebelum kahwin memang minat ler tgk hindustan ni, terutama SRK punya cerita, laa ni pun dah kureng sikit, sekali-sekala layan jugak..hehe.
yus: x tengok la. nanti nak carik cd dia lah. lepas kawin dah jarang tgk hindustan. tambah lagi byk pelakon baru, tak kenal dah...
Hi!!! ayunasia.blogspot.com is one of the most outstanding resourceful websites of its kind. I enjoy reading it every day. All the best.
The author of ayunasia.blogspot.com has written an excellent article. You have made your point and there is not much to argue about. It is like the following universal truth that you can not argue with: When you need it, you can't find it or its not available. Thanks for the info.
ayunasia.blogspot.com is the best. Thank your for this article. I enjoyed it very much.
AAA Toronto Payday Loans 1172 Bay St #101, Toronto, ON M5S 2B4 (416) 477-2817
nih saja nak tarik perhatian ko aja. dia ni kalau alamat kanada sana ada aaa payday loan, nampak nau mcm skim pnipuan cam gagak buat..
hati hati. nampak sgt statement nya terlalu am...
jgn beri alamat email. atau hati hati takut dia guna webcrawler melalui ip alamat.
peratikan komenya betul betul. terlalu am...
di internet ni jgn mudah cepat nak beri response apa apa
Post a Comment