Showing posts with label Collections. Show all posts
Showing posts with label Collections. Show all posts

Thursday, 17 May 2007

FILEM, DRAMA DAN KONSERT PART 1

Habis cerita album artis-artis tempatan, aku nak cerita pulak tentang pelem. Bukan nak jadik pengulas filem, tapi setakat nak kongsi sama filem2 yang aku selalu tengok sebab ada VCD/DVD nyer kat rumah. Sebahagiannya milik peribadi aku sebelum kawin, maknanya bukan rete sepencarianlah. Sebahagian lagi kami beli sesama kat kedai'TUT' kat Bukit Pasir. Tak leh sebut, karang kena ambush plak kedai tu, susah plak nak beli DVD 'murah' lenkali. Tapi kalau ada yang nak tau katne, boleh je aku kasitau.

Memula sekali aku nak tunjukkan VCD Hindi. Yeay! Hindi Power! Cop cop cop, aku pernah minat cite hindustan. Zaman Kuch Kuch Hota Hai onwards. Tapi kan aku pernah cite yang aku tengok video hindustan masa kecik2 kat umah kawan aku, Sidah, kan? Kira dulu tu suka lah jugak. Aku ada kawan Semejay yang minat hindustan sesangat. Suli. Dia memang turun bilik TV setiap weekends. Dia siap hafal lirik lagu hindustan lagi. Masa tu lah. Aku pun ada gak hafal lagu hindustan dulu hehehe. Okeh. VCD hindustan pertama yang aku beli dah takde dah. At least 3 VCD pertama yang kau beli dah yilek. Kuch Kuch Hota Hai, Hamara Dil Aapke Paas Hai dan (dah lupa tajuk, lakonan pertama Aisyu dan Abhishek). Ketiga-tiganya ada lagu yang sangat mengujakan. Nanti nak cari VCD ni kat Mydin. Masa tu aku minat giler2 ngan Aisyu. Suka sangat tengok dia menari. Kata Big B, bila menari, dia macam anak patung music box. Oh, dia sayang betul ngan Aisyu, akhirnya berjaya buat menantu. Padahal aku pernah baca komen Aisyu masa berlakon ngan Abhishek pertama kali, dia serik berlakon ngan mamat tu sebab selalu lambat. Hambek ko Aisyu, dah jadik laki kau pon. Okeh, membebel plak, bile nak mulanya? Tara...



TAJUK FILEM : KABHI KHUSHI KABHIE GHAM
ARAHAN : KARAN JOHAR
PELAKON UTAMA : SHAH RUKH KHAN, KAJOL, AMITABH BACHCHAN , JAYA BACHCHAN, HRITHIK ROSHAN, KAREENA KAPOOR

Maknanya kekadang gembira, kekadang duka. Aku tonton filem ni di pawagam. Midnite di Midvalley. Pergi tengok reramai ngan kawan2 UiTM abang. 3 jam dalam panggung, dengan sejuknya, dengan ngantuknya. Tapi memang puas ati. Menangis bagai nak rak tu. Filem ni kuar time raya. Memula nak tengok kat JB, pastu kenapa tah tak jadi. Tertengok cite James Bond plak. Kawan abang yang pergi sekali tgk cite ni tu sebenonya dah tengok kat JB gak time raya tu. Tak padan tu. Lelaki pon layan hindustan. Aku rasa cite nya temanya universal, it's all about loving your parents. Tak geti lah aku nak buat sinopsis. Cuma nak kongsi je.



TAJUK FILEM : MOHABBATEIN
ARAHAN : YASH CHOPRA
PELAKON UTAMA : SHAH RUKH KHAN, AISYWARYA RAI, AMITABH BACHCHAN , DLL (kena tgk sebab takde kat cover)

Maknanya kisah2 chenta. Cite ni agak meleweh sebab tiap scene mesti nak kaitkan ngan 3 couple. Cite ni kuar time aku part 1 degree. Kawan aku, Hana yang suka sangat tengok cite ni. Oh, sebelum tu, semua VCD hindustan aku beli kat Mydin sebab regenya lebih murah dari harga pasaran. Dan aku beli masa dah keje walaupun cite tu kuar dah lama. Yang jadik best nyer cite ni sebab ada sekali lagi Aisyu dan of course my SRK! Nape lah muke ko macho sangat (walau perut kau boroi dan body tak ngancam langsung)? Walau pun Aisyu jadi 'hantu baik' je dalam cite ni, tapi beri kesan kepada asal jalan citenya. Lagu2 semua best2. Aku takkan beli kalau lagu tak best! Adeh, rindunya lagu2 yang aku rakam dari Hindi Power, mana lah hilang kaset tu. Sedihnya... Anyway, cite ni aku tetap tengok kat TV walau dah ada VCD ni. Maknanya aku suka lah tu kan...



TAJUK FILEM : MUJHSE DOSTI KAROGE!
ARAHAN : KUNAL KOHLI
PELAKON UTAMA : RANI MUKHERJI, HRITHIK ROSHAN, KAREENA KAPOOR

Maknanya sudikah kau berkawan dengan ku? Sudi? Hehehe kisah cinta tiga segi ni. Yang best cite ni ialah lagunya. Tak jemu di dengar. Mulanya aku tengok cite ni time aku final semester degree. Roomate aku yang bawak vcd cite ni. Tengok sekali terus jatuh cinta. Aku sebenonya tak berapa suka lakonan cik Kareena tu sebab dia tak pandai berlakon sedih/nangis. Langsung tak real. Cite ni aku tak pernah tengok kat TV lagi. Kekadang time boring2 aku akan buka lagu2 je. Best. Jalan cerita pun segar dan tak klise.



TAJUK FILEM : DEVDAS
ARAHAN : SANJAY LEELA BHANSALI
PELAKON UTAMA : SHAH RUKH KHAN, AISYWARYA RAI, MADHURI DIXIT, JACKIE SHROFF

Tak de maknanya sebab Devdas tu nama Shah Rukh Khan dalam cite ni. Cite Bollywood paling mahal. Klasik dan sangat cantik. Bleh ke aku cakap sinematografi dia cantik? Apatah sinematografi tu, aku pon tak tau, tapi aku agak2, environment dalam cite ni lah kot. Lagu sangat mengujakan dengan tarian2 klasik yang tak macam 'ta keta ta ta' sangat. Kata orang Madhuri lagi 'pandai' menari, tapi bagi aku Aisyu lagi 'cantik' menari. Mungkin sebab tubuh dia langsing, Madhuri agak menggelebeh. Dari segi teknik, memang Madhuri lagi sharp. Boleh tengok dalam filem Dil To Pagal Hai. Very the sharp tarian dia. Yang tak bestnya cite ni anti-climax. Oh, tidak! Dan kekdah dia yang kuat minum tu agak extreme dan tak sehsuai. Tak sehsuai untuk tontonan kanak2 since dia minum sampai mampos kan... Karang anak2 takmo minum susu, susah lah pulak kan. Pulak tu citenya pun berkisar pada area rumah pelacuran. Mesej agak berat cite ni. Tapi kalau tengok takde lah sampai terpengaruh ke hape, tak pe lah. Gilo ko opo?



TAJUK FILEM : KAL HO NAA HO
ARAHAN : takde lah pulak ditulis kat cover ni hah...
PELAKON UTAMA : SHAH RUKH KHAN, PREITY ZINTA, JAYA BACHCHAN, SAIF ALI KHAN

Maknanya lebih kurang esok masih ada ke tak ek? Gitu lah. Awal2 cerita agak blur sket. Dah ama sikit baru lah, oh... Inilah VCD hindustan terakhir yang aku tengok. Lepas tu, kenapa ek cite2 SRK dah takde umphhh! la. Ke sebab aku dah kawin ek? Hehehe takde kono mengono ah. Cite ni pon tak berapa meletup. Tapi ok la. Dalam cite ni dia sakit hati. Ada lah kelainan sket. Pon cinta 3 segi gak. Cuma kekdah mereka menanganinya tu lain sket la. Lagu boleh tahan best gak. Tema warna merah-putih. Kebanyakan scene nya ikut tema warna nih. Cantik!

Eh, dah abis dah VCD hindustan aku? Takde lah banyak mana pon... Tapi semuanya original ma... Dan kalau sesape perasan, semua cite ni takde tumbuk2, gasak2, gaduh2. Tak suka ar cite gaduh2 ni.

Ok, abis dah part 1, nanti sambung cite omputih plak. Eh, lawa gak kan kete VIVA tu? Murah pun ye. Chow!

Monday, 14 May 2007

ALBUM

Sebelum aku cite lanjut pasal tajuk ni, aku nak remind kepada pembaca blog ini bahawa, walaupun aku dengan bangganya nak mendedahkan koleksi barangan aku, tapi sebenarnya tak lah banyak mana pon. Malah mungkin langsung tak menarik. Tapi itu lah aku. Peminat sesuatu yang tak best sangat. Hehehe. Dan kalau tak minat CT, Mawi dan UK's, takyah ler paksa diri membacanya ek.

First and foremost (gini ke ejaannya?), kaset Siti Nurhaliza. Aku adalah antara peminat terawal cik ct kite ni sejak awal2 kemunculannya lagi. Silent fan kata orang. Ingat lagu Jerat Percintaan? Mawarku? Haaa kat situ lah bermula segalanya. Bagi aku, dialah penyanyi paling best dari awal, sampai la ni. Aku ingat lagi, masa kat asrama dulu, kulu kilir (dorm-study room) aku membawak radio silinder ku yang berwarna merah. Dengan sepasang earphone 2 hengget, aku pasang volume kuat tanpa mengganggu orang lain. Cuma time stay up lepas kul 12 jek aku bukak kuat2 atas permintaan ramai. Lagu best ct masa tu, Jerat Percintaan ngan Mahligai Asmara. Sebelum tu minat Ziana Zain, sampai buat rambut ala2 rambut dia yang lurus ngan jambul amoi kat depan tu. Hihihi. Lepas ct muncul, terus tak minat dia.



TAJUK ALBUM : tadak, SITI NURHALIZA la kot
TEMPAT BELI : DUA SUARA KOTA TINGGI kot
SENARAI LAGU : Jawapan Di Persimpangan, Mahligai Asmara, Jerat Percintaan, Antara Waktu Dan Usia, Sempadan, Sanggar Bayu, Cari-Cari, Bicara Luka, Kerana Jelinganmu, Jalanan Berduri
LAGU PALING TOUCHING : Jerat Percintaan

Kenapa ada kot pada tempat beli? Sebab ni kaset Yayu yang punya. Tapi kat Kota tu, situ je lah tempat jual kaset yang fofuler. Kat situ lah kot. Tengok gambo dia tu. Cute sangat. Kebetulan dia pun sebaya ngan aku. Album ni menonjolkan vokal ct yang ada weight tu dengan sangat terserlah. Aku cakap suara dia 'ada satu lapisan yang lain'. Lepas dengar komen Hattan dalam AF, aku pun faham bahawa lapisan yang aku maksudkan tu ialah weight. Yelah kot. Dan ct ada satu style waktu hujung ayat. Dalam album ni ngan album kedua bleh dengar jelas. Album seterusnya dah ilang dah style tu. Lagi pun, masuk album ketiga, suara dia dah pecah, dah takde nyaring2 cam sore anak dara sunti. Semua lagu dalam semua album dia aku suka. Takde kecuali. Cover album dia ok, tapi banyak gambar yang menonjolkan telinga dia yang besar tu. Dia tak perasan kot masa tu. Budak2 lagi.



TAJUK ALBUM : pon tadak, masih SITI NURHALIZA
TEMPAT BELI : DUA SUARA KOTA TINGGI gak, kot lagi
SENARAI LAGU : Aku Cinta Padamu, Demi Kaish Kita, Tirai Semalam, Khayalan Cinta, Sri Mersing, Usah Diragui, Bisikan Asmara, Rindu DI Antara Kita, Kesilapanku Keegoanmu, Wajah Kekasih
LAGU PALING TOUCHING : Usah Diragui

Album ni keluar time nak raya, time aku keje lepas SPM kat kilang VS Senai. Pon Yayu yang punyer. Time tu, kalo gi mana2 kedai/pasaraya, mesti bukak kaset nih, especially lagu Aku Chenta Padamu. Masa to ada kontroversi la pasal lagu tu kengkonon ciplak lagu Celine Dion I Love You. Tak tau apa kesudahannya. Lagu2 dalam album ni banyak masuk final Juara Lagu 97 ngan 98. Album ni juga membawa ct ke Indonesia. Ingat lagi gambar masa dia nak gi Indon tu, dia bawak patung Garfield. Indon2 kat kilang pon minat ar kat dia time tu. Ada satu lagu mix Melayu-Mandarin; Rindu Diantara Kita. Memula dengar, kelako je lagu tu. Tah mana pegi mamat yang duet ngan dia tu tah. Kesian, tak dapat naik sama. Selebet je baju2 ct dalam covernya. Cover pun pakai body shirt belang2 jek. Kat dalam siap ada gambar pakai suar kotak2, macam nak gi tido je? Hihihi. Kali pertama tengok ct live masa artis2 SRC buat promosi kat Kota. Masa tu dia nyanyi last sekali. Biasalah. Masih ingat lagi, time tu dia pakai topi. Kalau tanya Yayu ni komfem dia dah lupa.




TAJUK ALBUM : ADIWARNA
TEMPAT BELI : CM, KL
SENARAI LAGU : Purnama Merindu, Sendiri, Kita Kan Bersama, Tak Rela Berpisah Darimu, Laguku Di Hatimu, Diari Hatimu, Satu Cinta Dua Jiwa, Demi Kasih Sayang, Tak Boleh Lupa, Gelora Asmara
LAGU PALING TOUCHING : Diari Hatimu

Album ni memang best banget. Sedap sangat lagu2nya. Inilah pertama kali aku membeli kaset. Aku ingat lagi, masa nak beli tu, aku bawak walkman sekali. Lepas beli je, terus dengar. Beli time dating. Amat jarang aku dating kat Shah Alam. Dalam album ni ada lagu Purnaam Merindu yang membawa ct ke pertandingan peringkat antarabangsa; Voice of Asia ngan apatah tu yang kat Kazakhstan tu. Oh, aku baru bukak casing kaset ni. Ada tarikh aku beli kaset tu, 5 Julai 1998. Time part 3 kat ITM. Cover album dah improved. Maklum ler, dah fofuler..



TAJUK ALBUM : PANCAWARNA
TEMPAT BELI : KOMPLEKS PKNS, SHAH ALAM
SENARAI LAGU : Nian Di Hati, Seribu Kemanisan, Engkau Bagaikan Permata, Salju Kasih Nya, Lelaki (warkah seorang anak), Kedamaian, Kau Kekasihku, Kurniaan Dalam Samaran, Langkah Di Persada, Lembaran Cinta Pudar
LAGU PALING TOUCHING : Kau Kekasihku

Oh, best nya album ni! Lagu2 semua very the touching. Aku beli album ni dengan harga diskaun, kalau tak salah 14 hengget. Sebabnya, roomate aku ni ada kawan kat kedai kaset tu. Poster dia pun aku dapat. Ada lagi ke tak dalam kotak tah? Masa tu aku duk kat Seroja 2. Nostalgianya...Lagu Lelaki tu katanya tentang Dr M. Satu lagu ni, ct guna kan suara soprano. Mula dengar memang kelako. Lagu Kurniaan Dalam Samaran. Oh, ada juga tarikh aku beli, 11 Julai 1999. Setahun selepas album Adiwarna. Setahun sekali dia buat album. Pernah terbaca komen Hattan dalam majalah; penyanyi bukan tebu, bleh perah habis-habisan (maknanya asik wat album je). Takut lelama hilang manisnya. Tapi, ct ok jek? Satu lagi yang spesel, ada monolog surat jiwang ct sebelum lagu trek terakhir. Oh!



TAJUK ALBUM : SAFA
TEMPAT BELI : PLAZA SHAH ALAM formerly known as Shah Alam Mall
SENARAI LAGU : Azimat Cinta, Jalinan Cinta, Percayalah, Lakaran Kehidupan, Kudus Sinarmu, Kau Ku Sayang, Beradu DI Khayalan, Indah Percintaan, Milikmu Teristimewa, Bicara Manis Menghiris Kalbu
LAGU PALING TOUCHING : Bicara Manis Menghiris Kalbu

Tak banyak lagu fofuler dalam album ni, tapi ada killer song, Percayalah. Tapi bagi aku yang bukan setakat dengar di radio, semua lagu best. Tarikh beli, 9 Januari 2001. Tahun di mana aku menonoton konsert live ct di Bukit Jalil. Best sangat. Masa hari konsert tu; bulan Jun 2001, family in law datang KL melawat Kak Ngah yang baru bersalinkan Afiff. Aku pun ikut sekali melawat Masjid Putrajaya. Biras tak jadik pun ada sekali. Tak ingat ler kenangan lain ngan album ni. Nape ek?



TAJUK ALBUM : EMAS
TEMPAT BELI : tak ingat laks, kat KOMPLEKS PKNS la kot
SENARAI LAGU : Bukan Cinta Biasa, Debaran Cinta, Untuk Selamanya, Kuyakini, Oda Bumi Anbia, Janji Kasih, Sebenar Cinta, Air Mata Ibu, Ku Milikmu, Di Sini Ku Berjanji
LAGU PALING TOUCHING : Bukan Cinta Biasa

Cover album ni terlalu cantik, sampai aku sayang nak sign dan tulis tarikh dan tempat beli. Tu yang lupa tu. Macam di alam fantasi, ada kupu-kupu, burung, cantik sangat. Album ni merupakan album paling berkesan di hati aku. Macamana tu? Bila dengar je lagu2 dari album ni sekarang, terus teringat suasana waktu dengar album ni. Masa tu aku baru keje. Aku bawak radio kat ofis dan dengar album ni sepanjang hari. Very nostalgic. Baru 3-4 hari ni dengar lagu apatah, terus teringat. Tengok! Lagu apa pun aku tak ingat, tapi aku boleh tau lagu tu dalam album ni. Dejavu ke maknanya tu? Lagu Untuk Selamanya ialah lagu tema filem Laila Isabella manakala lagu Airmata Ibu ialah lagu tema telemovie Wan Norazlin Terlampau. Huhuhu. Taklah. Telemovie Air Mata Ibu lah. Kalo dengar je lagu ni, mesti tingat taik idung Jalaluddin Hassan dalam klip video dia ngan sape lagi kalo bukan cik kak Wan Norazlin tu selaku heroin telemovie tu. Sape tak tengok 'telemovie tu'? Ngehngehngeh.



TAJUK ALBUM : PRASASTI SENI
TEMPAT BELI : tak ingat gaks, kat KOMPLEKS PKNS jugak la kot
SENARAI LAGU : Dialah Di Hati, Pendirianku, Cinta Tak Berganti, Cahaya Seribu Liku, Hanya Dirimu, Lagu Rindu, Sakti, Pejam Matamu, Kembalikan Indah, Ku Menunggu, Seindah Biasa
LAGU PALING TOUCHING : Cinta Tak Berganti

Aku ada entry waktu beli album ni. 22 April 2004 aku beli album ni. Masa tu baru berjinak2 ngan blogger ni. Selalunya aku beli album ct pada hari pertama dipasarkan, tapi tidak album ni. Sebab masa tu fulus sesak teramat. Tapi aku ada pergi roadshow AIM kat Alam Sentral yang ct nyanyi lagu Seindah Biasa. Masa tu dalam fikiran, "hek eleh, tah pepe lah lagu ni". Lepas beli album ni, terus suka lagu ni. Suka video klip dia kejar arnab tu. Cover album ni pun cantik sangat. Semua lagu memang superb.
Waktu tu aku solo di Shah Alam sebab abang dah keje kat BP.



TAJUK ALBUM : TRANSKIPSI
TEMPAT BELI : CARREFOUR PANDAN JB
SENARAI LAGU : Siti Situ Sana Sini, Biarlah Rahsia, Destinasi Cinta, Cuba Untuk Mengerti, Hidup Penuh Bicara, Bila harus Memilih, Pastikan, Hati Berbisik, Rupanya Kita Serupa, Tanpa Dendam Di Hati, Intrig Cinta, Impian Kan Nyata, Bisakah
LAGU PALING TOUCHING : Bila Harus Memilih

Oh, dia sedang bercinta. Album yang sempurna. Lagu yang matang, cover yang class dan vokal yang toksah pertikaikan lagi. Tapi kenapa takleh menang vokal kat AIM? Menyanyi sampai nak terkeluar anak tekak tu terbaik ke? Huh! Apa-apa pun album ni memang tak jemu diulang dengar. Aku masih peminat dia sebagai penyanyi. Tapi sebagai individu, aku masih mempertikaikan pilihan hatinya. Isk isk isk



TAJUK ALBUM : ADA APA DENGAN CINTA
TEMPAT BELI : MYDIN KLANG
SENARAI LAGU : Ku Bahagia, Suara Hati Seorang Kekasih, Truly Madly Deeply Hate You, Dimana Malumu, Ada Apa Dengan Cinta, Bimbang, Ingin Mencintai & Dicintai, Hanya, Tentang Seseorang, Denting, Demikianlah
LAGU PALING TOUCHING : Denting

Aku beli album ni selepas menonton filem ni dan mendengar lagu2 dari CD kawan abang; Manan. Lagu2nya sedap sangat. Citenya pon memang best kan. Aku dah hafal semua lirik lagu dalam album ni. Nak cakap apa lagi? Memang aku suka lagu2 cenggini.



TAJUK ALBUM : YANG TERCINTA
TEMPAT BELI : MUSIC VALLEY THE STORE BP
SENARAI LAGU : Kian, Lagu Jiwa Lagu Cinta, Kurnia Tuhan, Di Pintumu, Perempuan, Cinta Hakiki, Aduh Saliha, Yang Tercinta
LAGU PALING TOUCHING : Di Pintumu

Abang yang belikan album ni. Masa tu aku masih berulang-alik Dungun-BP setiap minggu. Tunggu album ni kuar macam menunggu durian takmo gugur. Sekejap cakap kuar arini, kejap kuar minggu depan, kejap bulan depan. Kompius I. Last2 dia kuar time aku kat Dungun. Beli kat Dungun? Entah lah, aku rasa macam takde je kedai kaset kat sana. Album yang sangat dinanti. Memula gian dengar lagu Kian, pastu lagu Di Pintumu. Sibbaik dah pandai beli CD, senang nak pilih track. Kalo kaset, bercinta lah nak rewind. Stop ulang dengar album ni around zaman 'kejatuhan' dia. Siapa kata semua peminat dia masih setia. Sekurang2nya, 2 orang dah berpaling tadah. Aku, 50-50. Sama macam aku 50-50 minat ct. Tapi kedua-duanya aku masih minat lagu mereka. Cuma dah tak gilo macam dulu je. Hehehe. But, mind you, almost semua adik beradik aku ada album ni ok? Yayu je takde. Apa da...



TAJUK ALBUM : TAJAM MENIKAM
TEMPAT BELI : KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM
SENARAI LAGU : Sebak, Membara, Balada Ani, Kekasihku, Prosarasa, Rhythm Si Jantung Hati, Bila Purnama Mengambang, Serasi, Gema Kasih Sepanjang Usia, Pahit Akan Manis
LAGU PALING TOUCHING : Kekasihku

Banyak sebab kenapa aku memiliki album ni. Satu, aku kipas mati keras UK's. Album ni dibeli pada tahun 2003 atau 2004, selepas aku bekerja sebab masa album tu keluar, aku baru form 4, dan tak ber uang. Oh ya, aku beli di Slash Music Centre, kedai yang sama bagi album2 lain yang aku beli di Kompleks PKNS. Aku jumpa bungkusan plastik kedai tu dalam casing album ni. Dua, ada lagu tema cinta aku dan dia; Kekasihku. Hehehe siap bertema tu. Tiga, ada lagu yang aku nyanyi masa pertandingan karaoke kat Semejay dulu yang juga lagu yang aku nyanyi waktu mintak signature kakak senior masa minggu orientasi Semejay; Pahit Akan Manis Akhirnya. Empat, semua lagu sedap2. Mendengar suara Amir UK's juga merupakan terapi yang sangat bagus untuk aku. Sangat merdu. Cover gambar paku tekan yang memang tajam menikam



TAJUK ALBUM : PANAS BERPANJANGAN
TEMPAT BELI : SLASH MUSIC CENTRE KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM
SENARAI LAGU : Permata Hati, Di Luar Kemampuanku, Muka Sposen, Sudah Tiada Tunasnya,, Citarasa, Untuk Kita Semua, Bila Diri Disayangi, Sesak, Masanya, Satu Lilin Sehening Malam, Mamaku, Kekasihku Di Menara
LAGU PALING TOUCHING : Di Luar Kemampuanku

Album UK's terakhir sebelum Saari Amri accident. Album ni turut aku kongsi minat bersama ngan Yusman, classmate aku di kelas 5M1 Semejay. Dia pun kipas mati keras UK's. Siap dia tulis lirik lagu Di Luar Kemampuanku dalam autograph aku lagi. Kalo orang tak tau, mesti ingat aku berchenta ngan dia. Hehehe. Tapi dia memang seorang yang sangat pandai ler dalam kelas aku. Dulu dengar cite dia ambik course accounting. Tak tau lah mana dia sekarang. Yusman, kalo ko baca blog aku, aku nak tuju balik lagu tu kat ko ek? Satu yang special dalam album ni, ada dua lagu yang dirakam tanpa henti. Kalau tak tau memang tak perasan, ingat satu lagu yang panjang. Lagu Citarasa dan Untuk Kita Semua. Cover nya painting kain di jemuran. Ada spentot lagi! Hihihi. Tapi, sebenarnya kasetnya dah takde. Kalo tak salah aku, dia meleding akibat panas dalam kereta. Sibbaik ada McGyver yang pindahkan tape tu dalam casing yang lain. Aku lah tu. Hehehe.



TAJUK ALBUM : VERSI KINI
TEMPAT BELI : entah, dapat free dari mana pon tak ingat
SENARAI LAGU : Isabella 98, Engkau Laksana Bulan, Keroncing Untuk Ana, Katakan, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta, Getaran Jiwa, Doa, Sinaran, Seribu Bintang, Kasih, Berkorban Apa Saja, Seksa, Datang Dan Pergi, Belaian Jiwa
LAGU PALING TOUCHING : errrrrrr

Aku terpaksa memiliki album ni sebab dapat free. Puas dah pikir, memang tak ingat sape bagi. Lagu2 boleh tahan lah. Orang bagi, aku ambik, kalau tak memang aku takkan beli. Huhuhu.

Itulah sahaja koleksi album yang aku ada selain album gambar dan album rakam dari radio. Kebanyakannya, terutama kaset dah lama beno aku tak dengar sebab cassette player aku dah rosak. Both kat kete dan rumah. Nanti nak beli lah yang baru. Kalo tak, takut rosak lak kaset2 kesayangan aku tu nanti.

Kalau sesiapa perasan, harga album sentiasa meningkat. Tengok je lah album ct tu. Tu baru kaset. CD macamana tah? Nak murah, beli kat Mydin atau Carrefour. Mydin lebih murah lagi.

Aku tak beli album asli ct sebab Yayu dah beli. Satu hari aku akan cuba beli sendiri. Soon, aku sedang ingin bercinta ngan album Mawi. Tak mintak duit abang lah...