Sunday, 13 May 2007

LENCONGAN

Baca blog orang, semua cakap pasal ibu dan hari ibu. Tak kisah lah kalau aku melencong kali ni sebab aku dah buat entry pasal ibu2 ku sebelum2 ni. Bukan alasan takmo buat entry pasal ni, tapi entah lah! Tak tau nak tulis apa. Tak mahu hipokrit. Tak perlulah aku menyentuh hati pembaca dengan memberitahu melalui entry ni betapa aku menyayangi mereka. Titik.

Ok, nak cite pasal konsert AF malam tadik lah. Kalau minggu lepas aku begitu puas ngan nyanyian Aswad yang bagi aku begitu sempurna lontaran suaranya. Minggu ni aku tak dapat tengok diari tiap hari sebab gi Shah Alam kan. Ada ulangan, tapi tak koser lah pulak nak tunggu. Kekadang bukak tv, tengah ulangan minggu lepas2 punyer. Jadi aku cuma baca kat sultanmuzaffar je. Sumber AF aku sejak AF1 lagi. Ni pun dia dah letak video persembahan yang best2 malam tadik. Penat je aku terkejar2 ulangannya tengahari tadik.

Tak nak ulas panjang tentang persembahan yang tak best, kite terus ke persembahan terbest malam tadi. Nombor 1, My Heart. Sungguh geli2. Paling best time derang berlari pastu bertukar2 mic tu. Huhuhu. Nampak real je. Tapi aku tak tengok Ebi sangat time tu. Suara Ebi pun tak berapa clear. Yang aku peratikan si Mila tu je. Suara dia lantang dan nyaring, langsung takde terkucil. Dia ada peluang jadi juara AF perempuan pertama. Aku macam kak Ogy gak, dulu tak suka lagu ni. Nyampah. Tapi dah suka sikit sebelum ni. Dan telah bertambah suka sekarang. Oh ya! Selang seminit dua sebelum tu sebenarnya aku tukar channel TV1, kebetulan Adam ngan Farah tengah nyanyi lagu tu. Tak best pon?

Kedua, Pudar. Aku pernah tengok persembahan Rossa nyanyi lagu ni 2 kali rasanya; masa DS1 ngan masa FMI tahun lepas, kat tengah padang. Tak tau lah, tapi suara kat kaset/album ok, tapi bila nyanyi live macam siksa je. Mila nyanyi ngan selamba. Vokal dia tak pancit part corus. Yang aku perasan, AF kali ni, pengkritik jarang komen nada rendah derang. Maybe derang cepat tangkap. Ada, tapi jarang.

Erk... boleh ke aku stop je? Sebabnya, aku rasa persembahan lain tak best ar. Tapi nak bagi cukup, aku bagi nombor 3 kat Aswad. Yey!

Pagi tadi dapat SMS dari sorang customer. Dia nak beli kain sejak ari Jumaat lagi dan dia kata nak datang BP semalam. Maka aku tak lah pos kain dia. Tapi semalam dia tak de contact, aku ingat dia nak suruh pos je. Rupanya dia tak jadi datang BP, cuma laki dia je yang pergi. Jadi aku kena jumpa laki dia untuk kasi kain tu. Pagi tu jugak dia bank in duit. Janjinya nak jumpa kul 2. Macamana ni? Badminton final start kul 1.30! Aku pun doa2 lah supaya set lain yang main dulu. Fuh! Sibbaik women single yang mula dulu. Pukul 2, aku pun kuar. Jumpa kat Hotel Pelican. Opssss cop cop cop, kat tempat parking dia lah. Tepi jalan je pun. Mintak izin abang dulu eh... Pas aku kasi kain tu je, zup zap zup zap aku terus pecut balik. Huh! Lega lagi, lum abis pempuan2 tu lawan. Mentara tu tengok AF dulu. Terleka sekejap, Chong Wei dah mula. Baru 1 ke 2 mata je. Puh! Menang lah kau Chong Wei. Aik? Semalam kemain lagi Bao Chun Lai tu kalahkan Taufik si juara bertahan 6 tahun tu? Arini macam takde energy jek main? Tapi bagus lah. Dia dah kasi Chong Wei menang. Yahoo!!!

Pastu bergu pempuan pulak. Sempat ler tengok persembahan2 best Mila. Perfect timing. Bergu lelaki pulak lawan pastu. Kali ni 2-2 bergu bangsa Cina dah kalah e'awal. Macam tak caya bergu Melayu bleh masuk final. Pertama kali lak tu. Hihihi Zakry tu macam budak manja je muka dia. Lagi sorang Fairuzizwan. Tak mo bagi harapan kat derang. Derang ranking 80 dunia sebab baru sangat digandingkan. Lawannya ranking no. 1 ok... Memang betul pun. Pengalaman banyak mengajar. Walaupun kalah, aku rasa point China tu banyak pada kesilapan Malaysia sendiri. Apa ke nama point tu, abang ada cakap aritu, lupa lak. Maknanya point yang bukan atas ketereran kite la.

Abis. Kontot je ek?

2 komen:

Anonymous said...

ke ke ke ulasan siaran TV di hujung minggu.... sokong Mila jadi juara AF5, jgn la mamak (opsss) mamat line clear tu uiskkkkk asyik sakit je...haru sungguh.

AyunasiA said...

ailinlai: ngadap tv je lah sensorang ni. aswad memang tak layak jadi juara tapi suara dia ok minggu lepas. minggu ni kureng.