Kenapa dah lama tak update? Sibuk menyiapkan jahitan. Hari ni derang dah gaji, maka kalau siap cepat, cepat lah hantar dan dapat payment. Review sikit aktiviti sepanjang 3 hari. Erm... abang balik dari kursus hari Ahad pukul 6. 45 petang. Aku dah suh SMS bila sampai exit Yong Peng. Sedang elok la, 5 minit je aku tunggu, bas pun sampai.
Semalam dan kelmarin takde apa2 menarik. Hari ni, pagi2 lagi kami dah keluar. Memula gi pos kain. Kendian ke Putra Specialist Hospital. Bukan ke hospital sebenarnya, kami pergi ke Makmal Pathology Gribbles jek. Ini first time aku dicucuk di lengan. Sampai tak leh tido memikirkan takut nya tu. Sebab tu lambat buat keputusan nak buat ujian ni, walau dah gi LPPKN bulan 11 dulu lagi. Setelah mendapat inspirasi dan kata2 semangat dari pelbagai pihak, (chewah! macam bagus jek) aku pun memeberanikan diri. Bila dia cucuk je, la... sakit sikit je. Pastu takde rasa apa2 pon. Sakit lagi cucuk kat jari. Tapi aku tak tengok le masa dia sedut darah tuh. Memang takleh jadik doktor la aku ni. Habis tu, dia suh tefon lagi 2-3 hari, untuk ambil result nya. Kena charge RM 93.60. Takpe, nanti claim 'SARA UBAT' ngan gomen. Langkah seterusnya, ujian ujian pada pertengahan menstrual cycle dan 21st day. Tu kena pergi sendiri sebab abang ada kursus lagi.
7, 8 dan 9hb Mei, abang ada kursus apa tah kat Shah Alam. Tak tau lagi nak pergi ke tidak sebab 10hb plak nak pergi kursus induksi plak sampai 24hb Mei. Yang tak best nya, 24hb tu kan aku nak lapor diri? Huhuhu kena gi sendiri gak. Sob sob sob. Tak cukup dengan tu, 4 - 8hb Jun ada lagi, BTN pulak. Isk isk isk berlagu-lagu sedih la pulak. Selalunya bulan Mei orang cakap banyak sambutan; Hari Guru. Hari Ibu, Hari Nurse dan apa2 lagi tah. Tapi bagi aku bulan Mei diistiharkan sebagai bulan Lone Ranger.
Balik dari hospital tadik, kami pergi bayar hutang. Memula pergi Ambank, bayar Iswara. Dapat sesuatu! Tara! Gula-gula Ambank...
Pastu pergi Courts Mammoth settle kan ansuran peti sejuk. Eh, tinggal RM 129 jek rupanya. Rebet pon dapat singgit jek. Peti sejuk tu dibeli masa Kak Zela nak kawin. Aku yang mendengar cite abang tentang peti sejuk nya yang dah nak roboh dengan confidentnya mendulukan bayo 3 bulan fridge tu. Time tu abang lum keje pon. Guna nama In. Akhirnya dah abis pon bayar. Selesai satu hutang. Tapi fridge tu sampai lambat, dah lepas kenduri kawin 2-3 hari baru sampai. Cheh!
Pastu pergi Maybank, bayo Kancil pulak. Kendian ke pasar, beli minyak Wak Dakam ngan pisau 'rewang' yang Yayu kirim. Balik tu dah lapo. Terus lunch kat kedai kuning walau baru pukul 11.30.
Dalam sedih2, plan hujung minggu ni ada best sikit. Jumaat malam, kami akan ke Kelantan lagi. Balik hari Ahad. Isnin tu pulak nak balik Kota. Sampai ari Rabu kot. Tak decide pon lagi. Seronoknya, nak jalan2 cari makan...
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
7 komen:
Tak pa bak kata pepatah...sayangkan isteri tinggal-tinggalkan ke ke ke....
Asia...pergi Hospital Putra Melaka tu ke...
Seronoknya dpt jalan2 cari makan...
alinlai: sekarang ditinggal2kan, tak lama lagi, kite lak tinggal2kan dier...
kaklady: oh, kat BP ni pon ada cawangan PSH tu. dulu namanya Southern kan? baru je tukar nama.
Gie Kelantan cari kain yea? Kami beli 6botol minyak wak dakam bawa ke sini tau.. Pisau rewang tuh pisau yg mcm mana?
ajzie: a'ah nak carik kain. best best...
kawan kakak kat penang yg kirim myk tu, takat ni dah 9 botol belikan utk dia sejak raya aritu. aritu hubby terseliuh pun sapu ubat tu tiap hari...
hihi..siap beli pisau rewang..
minyak wak dakam tu mmg bagus kan, saya pun suka guna tapi saya punya stok kat sini dah habis..huhu
Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew of
any widgets I could add to my blog that automatically tweet
my newest twitter updates. I've been looking for a plug-in like
this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this.
Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward
to your new updates.
Post a Comment