Hari ni Johor cuti sempena Hol Almarhum Sultan Johor. Apa benda hol tu ek? Nak kata ulang tahun kemangkatan, elok je hidup lagi sultan Johor tu? Nape tak semua negeri ada cuti hol ni? Setahu aku Johor ngan Pahang ada cuti ni. Tapi tak kisah lah. Dia dah kasi cuti, kita sedekah je Al-Fatihah. Aku pun tahu cuti tu hari Jumaat. Kalo In tak kasi sms, aku pun tak tau. Abang pun tak perasan.
Oleh kerana arini cuti, kami ada banyak masa untuk berrekreasi di hujung minggu. Tengahari semalam, pikir2, nak buat apa? Last2 kami decided to pergi Melaka. Ya, Melaka Bandaraya Bersejarah tu. Kebetulan ada Jomheboh kat sana. Saje lah nak tau apa ke benda nya Jomheboh tu. Tak pernah lagik aku pergi sejak nama lama dia dulu lagi. Ada lah pergi sekali kat Bukit Jalil, tapi time tu tahun pertama kot, kena bayo RM10 kalo nak masuk konsert dia. Pergi pun dah malam, takde benda yang tinggal.
Pukul 1 pm, kami pun bergerak. Aku drive kali ni. Sampai Muar, konon nak cuba jalan lain. Last2 jadi sesat ke mana2 tah. Jalan Junid, Taman Junid Indah, Jalan Khalidi, semua aku redah. Jalan Khalidi aku pernah lah dengo sebab dulu ada sorang lecturer Maths aku asal dari sana. Lecturer lelaki ni drive kete Merz yang stereng nya belah kiri. Aku dah terpikir2, camane dia nak motong ek? Boleh nampak ke kete dari depan?
Lastly, jumpa la roundabout kat Jalan Khalidi. Kendian kami singgah solat kat Masjid Kedua. Selesai solat, hujan gerimis sikit. Basah lah jugak kasut kat kaki lima masjid.
Masjid Kedua Muo kat sebelah kilang ST Microelectronics. Eita pernah keje sini ni.
Keluar dari masjid, elok je takde hujan pon. Dah lapo tu, singgah makan mee bandung tempat biasa kami makan. Kurang pedas dari biasa. Ok2 je kali ni. Dia tak pecahkan telur dalam kuah tapi dia rebus asing. Tapi ya ampunnnn. Banyaknya kacang. Lantakler...
Restoran Mee Bandung Muar kat Tanjung Agas, tak jauh dari SMS Muo, selepas Shell dan sebelum Petronas kalo dari Tangkak/Melaka.
Lepas makan, kami pun terus ke Melaka. Sampai Melaka, tak terus pergi ke MITC. Terus ke Melaka Sentral. Alamak, kena bayo la pulak parking kat situ. RM1. Kalau tak beli e'apa, rugi pulak. Asalnya cuma nak beli shoulder pad. Sekali takde stok. Yang ada cuma yang 3/4 inci. Punya lah tebal. Keluar tu, terbeli lah beberapa benda. Butang, berus gigi (aku rasa tiap kali pergi Mydin mesti beli berus gigi), Alicafe, tumbler (yang lebih mahal dari kat Jusco) dan sedikit coklat.
Keluar tu, jalan2 sikit. Dah terlanjur masuk berbayar kan. Pergi satu kedai Y&W Mart, ada jualan penutupan kedai. Banyak gak blaus, baju kurung, jubah cantik2. Less 10-50%. Batik sutera pun ada. Tapi mahal la kalau banding ngan aku jual kalo siap jahit. Hihihi. Tak beli apa2 kat situ.
Abis kat situ kami terus ke MITC. Sakit kaki ku. Jammed dari sebelum Hospital Pantai lagi. Adeh. Sakit kaki ku.
Sempat ambik gambo pokok bunga kertas yang subur amat kat tepi jalan
Sampai Mamee dah pukul 6.30. Singgah kat Petronas, isi minyak dan solat. Lepas selesai tu, dah kurang jammed nya. Sampai MITC dan pukul 7. Jalan sikit, dah masuk waktu Maghrib. Terus ke masjid berdekatan. Bertembung ngan kawan Uni abang, kawan se gelanggang badminton. Jauhnya berjalan. Sama lah kite.
Selesai solat, baru lah berjalan2 di gerai2 makan. Singgah makan nasi ayam panggang tak lah sedap mana. Tak rasa nasik ayam pun nasik nya. Alahai. Mahal pulak tu. RM4 sepinggan. Minum air honey dew. Dah lama tak minum air ni sebab pernah terkena air warna dan nama sama tapi rasanya air hijau tebu Double Lion diletak susu. Kali ni betul air honey dew. Manis!
Abis makan, kami ke tapak Jomheboh. Banyak gerai dah berkemas. Yang masih havoc, gerai Hotlink, Power Root. Mamee, Lonbisco, Drypers dll. (Drypers mahal kat sini RM35) Pas pusing2 sikit, jenguk2 tapak konsert, menapak ke kereta semula. Konsert lum start lagi. Jengah ke gerai Mamee. Kalo beli Nutrigen 5 botol tu, rege dalam RM3, Nutrigen botol beso rege dalam RM4 plus satu cup yogurt, totalnya RM10. rasa tak berbaloi je.
Balik tu, abang drive pulak. Lega. Perut masih kenyang, tapi ada satu lagi destinasi JJCM. Untuk kasi nasik ayam turun, kami singgah di Jusco. Solat Isyak kat situ. jenjalan sekitar tu, tak beli apa2 pon. Dah puas pusing, rasa nasik dah turun, kami pun balik.
Balik singgah makan Char Kuey Teow ala utara kat Telok Mas. Ya betul, kat depan Sharodz ye Uda *wink*. Tak ble lawan CKT Penang, tapi boleh la tahan. Ada gak rasa2 dia tu. Tapi dia tak ikut petua masak satu untuk setiap hidangan. Kalo order 2, dia kasik satu pingggan hidang. Pandai2 le nak bagi2 kan sendirik.
Abis makan, kami terus balik, dah takde berenti2 lagi. Sampai rumah dah pukul 12.30am. Doblas jam kami keluar. Kalau gi Kelantan dah sampai tu. Lepas mandi terus zZZZZZZZZZz
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
4 komen:
salam kenal asia,
ada ambil upah menjahit yer?? Kalau saya balik BP nanti bolehlah tempah dgn asia ekk??
Suami kerja di Kuithho ker? Ooops skrg dah jadi UTHM. Suami saya pun kerja sana...
yus: ooo sama la husband kite ek. tah2 derang pon kenal sesama sendiri. faculty apa?
masih ambil upah menjahit selagi ada masa. lepas ni tak tahu lagi larat ke tidak bila dah start kerja...
Dah nak kerja ker? Kain2 ada jual lagi ker nanti kalau dah kerja?
ajzie: a'ah lah, maybe bulan 5 posting. tengah tunggu surat dari JPA nih. tapi kain akan terus jual sebab dah jatuh cinta ngan bisnes nih. hjg bulan nih pun nak gi ambik stok lagi. cuma menjahit tak bleh ambik banyak2 lagi. kalau ambik banyak pun, takleh siap cepat lah.
Post a Comment