Pagi semalam, pukul 4 dah kejut abang. Abang akan ke KL untuk menghadiri kursus Electrical Safety At Work Place di Dorset Regency Jalan Bukit Bintang. Kursus ni sehari je. Oleh kerana Uni dah sediakan van, tak dapat lah aku ikut menyibuk. Kalau tak, dapat gak gi KL buang2 duit. Hehehe. Pukul 4.50 pagi abang dah bergerak. Bawak Ulin sekali. Kalau tak, aku yang 'kenek' (sebut ala2 kak ogy) antar dia ke bus stand. Tak kose akak. Mula nya abang nak gi naik moto je sebab aku nak pakai kete gi Poslaju. Tetiba je dia nak suh driver je gi pos kan kat KL. Sukati lah.
Rupa-rupanya (menurut cerita abang) van yang dijanjikan tu hanya lah ilusi semata-mata. Sampai pukul 7 pagi, abang masih di Uni menunggu driver. Kisahnya, driver yang dah ditugaskan membawa mereka tu telah dijatuhi sakit. Maka, tak dapat cari pengganti agaknya. Sudahnya, jam 7.30 pagi abang dan rakan sepejuangannya itu pun pergi menaiki JFX kami. Mind you, 7.30 pagi di Uni dan kursus bermula jam 9 pagi. Dengan kapasiti kete yang ala2 'bercinta' tu, mana lah boleh sampai pada masa yang ditetapkan. Sorang kawan n dah pergi KL sendiri. Konon nak balik naik van sekali nanti. Sudahnya, terpaksa naik bas. Abes, dah lah jejaka2 yang pergi, JFX lak lum sempat ketuk kasi jadi Avanza lagi. Dalam pada berkejar tu, sempat lagi derang singgah sarap kat Pagoh tu. Hihihi. Sampai2 je, dah kul 11 pagi, tengah refreshment, terus ngap la. Eh, eh, ni blog sape ni?
Petang semalam aku masak sambal udang dan kangkung goreng belacan. Semalam sebelum tu dah janji ngan abang, kul 6 petang tefon, bagitau nak kena masak ke tak. Tapi dah angin aku rajin semalam, aku masak je lah. Tu pun aku yang tefon abang kul 7.45 malam, dia baru nak balik, tengah kat Low Yatt tu. Sempat lak.
Malam sambil jahit sambil tengok CSI NY. Pukul 12 abang call bagitau dah sampai Uni. Lagi setengah jam sampai lah. 12.30 abang baru sampai. Rasa macam lamanya tak jumpa abang. Arini keje 20 jam ek?
Pagi ni abang pegi keje dah nak tengahari. Sempat lah brunch kat rumah. Sekarang tengah tengok ulangan konsert AF. Sekarang dia buat ulangan tiap2 hari. Tapi aku tengok gak walaupun tak besh. Saje sakit kan ati. Nak kutuk Dafi lagi. Dia sebeno nya ala2 Amirul gak, nyanyi ala2 tak nak sampai. Harap muka je kiut. Suka suara Rizal.( Hasfarizal ye bang :) )
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
2 komen:
kah kah kah...boleh tu tak suka tapi tgk gak sebab bleh kutuk lawak sungguh. Ntah kat mana la org dok suka ngan dafi tu, muka memang la cute tapi budak2 sangat la...eiii betul la macam amighul... sure yg undi dia kanak2 ribena chisss burger sungguh
alinlai: saya tengok ulangan tiap2 ari tau kak. saje nak tengok muka 'temek' dafi tu time kak ogy laser dia. cube akak tengok, bengkek je muka dia time tuh. hihihi
Post a Comment