SABTU, 14 APRIL 2007
Tengahari, rasa teringin nak makan nasi beriani. Lepas Zuhur, kami pergi benteng pekena beriani kambing Mohd Shah. Pergh! Sesedap rasa. Sedang elok semua perisa dia. Sepatutnya lawan beriani is sirap bandung. Tapi aku minum sirap je.
Abis makan, singgah PC Fair kat Summit. Tak de benda nak cari pun. Saje cuci mata. Tak lama kat situ, pergi K4 plak. Aik? Kedai baju yang aku anggap pesaing aku tu, dah pun tutup. Sayangnya... Baru 6 bulan. Tapi aku tengok, memang jarang nampak orang masuk kedai tu. Dia bukak kedai tu pun tanpa buat survey tentang crowd sumer. Bukak saing ngan K4 tu juga. Mana nak tau sape yang datang tempat tu kan. Syukur lah aku dah belajar tu semua masa try mintak loan aritu. Tak pe lah. Dia ada kedai lama dia kat Summit lagi. Tapi sayang gak, kedai kat K4 tu dah di renovate cantik2 kaler hijau epal (my fav color). Sayangnya... Mungkin orang BP belum pandai beli baju kat kedai ala butik kot?
Kat K4 aku beli ayam n barang dapur. Tak ramai sangat orang sekarang. Singgah beli majalah, Women's Weekly, cover Angelina Jolie. Suka ar tengok dia. Oh, dia ada darah campuran ropanya.
Sebelum balik, singgah Prima Moda plak. Saje lah pusing2 tengok kain. Susah tul nak jumpa kain yang aku berkenan kat situ.
Pastu kami ke Bintang Emas pulak. Pergi sini memang takkan kecewa punya. Kain semua up-to-date dan corak memang kena ngan citarasa aku. Pusing satu kedai, ada lah 5-6 pasang yang aku berkenan. Tapi aku beli 1 je lah. Berapa banyak baju da... Lum keje lagi dah 5 pasang baju baru aku. Takpe, kurang2 2 minggu pertama nanti aku pakai baju yang tak berulang. hehehe.
Lepas tu, jenjalan lagi kat bus stand. Ini 2nd time aku masuk dalam bangunan tu. Pertama kali, tak ingat bila. Ooo banyak kedai pakaian lelaki; jeans, t-shirt, kasut. Kedai majalah pun banyak. Kedai kaset pun banyak. Ada Hot Market juge.
Tak de yang menarik sangat, kami pun keluar. Cop cop cop, tak balik lagi. Kami singgah pasar malam pulak. Aku je yang turun. Abang order je. Beli tauhu panas 2, kebab daging 1 ngan kuih donut sambal singgit, popia sambal singgit. Cari kedai mi ngan kuetiow goreng selalu tu tak de pulak kali ni. Konon nak kuar makan je malam nanti. Sampai Bukit Perdana, baru teringat, malam ni konsert. Tak kuar makan la nampaknya.
Lepas Isyak abang balik lambat, ada kenduri rupanya. Hah, elok lah tu, aku pun boleh makan makanan pasar malam tadik lebih sikit. Sungguh menjimatkan. Dah lah Khamis malam Jumaat memang malam jangan rajin sangat bagi aku. Abang bawak balik 2 bungkus nasi. Jumaat malam Sabtu, abang bawak nasik lemak sedap gilo pulak sebab ada ceramah kat surau. Hari ni je abang tak bawak balik. Maklum le, kat rumah orang, takkan nak tapau gak. Tapi kan... patut ke kami makan dr surau je ek? Dah orang kasik, ambik je lah kan? Rezeki jangan ditolak. Tak kisah lah. Ok kot.
Konsert AF kedua tak best selepas konsert kedua juaranya. Dafi, ko memang out ok? Memang patut kau tak lagi berada di tempat pertama tu. Peminat ko yang minat kat muka kiut ko pon dah naik menyampah dengo sore ko yang macam tak nak naik sikit pon tu. Kurang2 kalo high note tu, jerit lah sikit ke, kalau pun takleh sampai kan. Ni, mana satu high note ngan low note pun aku tak dapat beza. Sama je, mendatar je sore ko. Kontrol je sore ko tu tahap Pencinta Wanita. Apa ke he?
Eh, best gak mengulas AF ni. Sape lagi aku nak kritik? Ha... Dekna, ko lagi sorang. Aku tau ko memang kontrol je muka ko dari menunjukkan reaksi yang Jee tak suka tu. Aku pun tak suka, ko tau? Bukan, bukan aku tak suka ko kontrol tu, aku tak suka ko buat muka mencebik bile orang cakap apa2 kat ko tu. Tapi, lagu ni, ada high note gak, ada emosi gak. Aku yang mendengo je pun dah tau dah. Tunjuk kan lah muka yang sesuai ngan lagu yg ko gali tu. Adeh lah. Boleh dia selamba pulak nyanyi lagu tu. Nak je aku pang!!! Tapi ko dah takyah cakap apa2 lagi. Aku pun dah takyah tengok ko nyanyi lagi pasni. Ada takde, kalo ada pun time konsert reunion atau Dari Studio 1 je. Ngan AF Raya. Hehehe.
Heliza. Adeh la minah ni. Ko tau ke aku suka sore ko? Tau takpe. Yang ko sibuk nak mengada2 ngan Syawal tu sepanjang lagu tu apa hal? Tak bleh ke ko carik sesiapa tuk wat video klip tu? Ko tau tak sore ko pun kejap ada kejap takde. Aku ni peminat Kak Melah tau. Dah ko nyanyi pun sedap sikit je dari aku nyanyi, sape nak jawab? Ke ko sebenonya nak masuk Audition tapi sebab rancangan tu dah takde, ko masuk gak AF nih? Ko nak ambik final exam gak ke? Sempat lagi ni kalo ko kuar minggu depan. Hehehe.
Candy, sorry, aku tak minat sore ko.
Mila, sore ko best, lebih kurang sore Ekin AF3. Aku suka sore camtu. Kesian ko, selalu corot masa start, tapi sekarang ko selalu naik bila last. Sebab apa ko tau? Sebab sore ko tu sedap. Jadi, jangan buat benda2 mengarut time nyanyi cam Heliza buat tu tau. Maintain jaga sore ko tu.
Rizal, lakonan mu mantap dek.
Syawal, walau pun orang cakap persembahan ko best, tapi aku rasa tak sebab aku hafal lagu ni dan aku minat lagu ni masa aku sekolah rendah dulu tau. Kau punya Aduh3, dari telur lagi dinanti, tu pun dah sumbang je aku dengo. Nak kata rap ko best? Huh! Jauh panggang dari api. Ko ambik nafas tapi x ckp oksigen untuk abiskan satu ayat tu. Adeh lah...
Aswad, aku suka ar ko nyanyi lagu Iklim last week ke... Tapi minggu ni, sorry bro, aku tengok macam persembahan budak tadika je, terlompat2. Ko nak tolong washing baju aku ke?
Ebi, aku tak dengo sore ko. Lagu sedap, tapi ko... Ko ingat lagi aku kutuk ko nyanyi al Jannah tak sedap? Sore ko ada bunyik sumbang sket ar. Prektis lagi ek.
Seperti SultanMuzaffar aku tak nak komen sorang budak tu. Hehehe.
AHAD 15 APRIL 2007
Pagi pergi pasar. Beli udang sekilo, sotong sekilo, ikan kembung sepinggan, sayur kailan, kangkung dan pucuk paku. Juga beli 2 bilah pisau. Semua pisau2 aku dah terbuang. Memula yang hujung tajam tu, dah lama tak pakai, baru perasan hilang. Yang satu lagi pisau kontot, tak lama baru perasan hilang. Terbuang sebenonya. Beli pisau yang serupa gak. Pisau kontot tu orang kedai tu kata 'pisau rewang'. Ooo...
Balik pasar, sarap soto. Dah beli siap2 b4 gi pasar tu. Jadi, tak makan tengahari. Petang, tengok final badminton BAC. Memula plan nak tengok kat JB, tapi satu je yang Malaysia main, rugi lah pulak. Dah lah aku anti-Taufik Hidayat. Tapi, Koo Kien Kiat ngan Tan Boon Heong kalah kepada senior mereka Lee Wan Wah dan Choo Tan Fook. Terinspirasi dari tu, dalam pukul 6 gitu, keluar gi Hutan Lipur Soga Perdana. Gi panjat gunung sket. Adeh, pancit gue. Balik tu main badminton sket lagi. Azam kemain kuat nak bersukan, tapi tak tau lah sampai bila bertahan. Chaiyok!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
2 komen:
Asia...dah penat2 cerita pasal makan....ulas pasal AF pulak ye...hehehe...boleh tahan jugak ye...
Kak lady minat suara Mila tu...sedap...suara Dekna tone dia memang best...serak2 basah...tapi masih takde perkembangan memberangsangkan dari konsert awal...yang lain2 tu semua ntahlah...dah sampai konsert ke 5 pun masih ditahap okay je...Aswad malam tu lagi hampeh...hahahah (gelak golek2 tgk dia menari gostan tu)
kak lady: hehe af ini tahun memang takde yang menyerlah la, semua average je. tapi tengok gak la, ikut perkembangan semasa...
Post a Comment