Misi aku semalam boleh dikatakan berjaya la. Cuma tak dapat mengepos kain sebab orang yang nak kain tu lambat bagi address dia. Pejabat Pos ngan Poslaju bukak pulak semalam.
Memula sekali aku hantar kain jahit tepi. Pastu aku gi Summit. Pusing 3 level, tak beli apa2. Saje habiskan masa. Dalam sejam gitu, aku pergi semula ke kedai jahit tepi. Sibbaik dah siap. Beli benang ngan kun sekali.
Lepas tu aku pergi K4. Tengah kat dalam tu, hujan turun dengan lebatnya. Masa tu baru kul 4 lebih. Aku duduk sekejap mentara tunggu hujan berenti. Dah pukul 5 lebih, hujan mula reda, aku pun pergi ke kereta. By the time aku jalan, hujan pun makin lebat. Huh! Ingat nak terus gi pasar malam. Kalau balik, dah malas nak kuar balik. Jadi aku pun pergi ke pasar malam, tapi tak jalan ler. Duk dalam kete dulu. Lama jugak aku tunggu tu. Tengok peniaga2 tu siap pegang2 tiang payung lagi. Angin pon kemain kuat.
Dalam pukul 6 gitu, baru aku jalan. Kebanyakannya baru nak mula memasak. Sementara tu, aku beli bawang dulu lah. Ya, aku suka beli bawang kat situ sebab aku boleh belek bawang tu sebijik2. Lama2 pun dia tak kisah. Aku memang teliti memilih bawang sebab takmo ada yang terpaksa dibuang. Kalau beli kat pasaraya kekadang dia dah siap paket. Tah2 separuh je yang elok. Kat sini, aku boleh pilih mana yang aku suka. Aku suka bawang yang kaler pepel tu. Dan aku pilih bawang yang betul2 bulat atau simetri. Aku tak suka yang kembar kat dalam. Kembar kat luar takpe. Selalunya, bila gi ngan abang, aku akan pilih bawang, abang gi cari makanan. Jimat masa. Akhirnya, aku balik dengan bawang kecik, kentang, ikan bilis, tauhu panas, kebab daging dan kuih donut dan popiah sambal. Nyam nyam...
Konsert AF. Rizal terkeluar. Bila dia kuar je, abang terus SMS. Dia pon tengok gak? Tengok hujung2 je kot. Mmm Meremang bulu roma dengar Aizat nyanyi lagi Perpisahan. Mungkin, sesiapa yang tengok filem Cinta akan turut menangis bila menghayati lagu tu sambil teringat2 cite tu. Kan?
Takmo komen panjang2. Cuma nak ulas ringkas je. Heliza, suara dia takde peningkatan. Makin turun ada. Aku makin tak selesa ngan vokal dia. Mila, terlampau lontar tanpa kawalan. Macam menjerit pon ya. Candy ok, tapi aku tak minat suara dia. Lagipon sebutan dia macam pelat sikit. Aswad, tak dangdut ar suara dia. Tarian out! Syawal, erk dah lupa lah persembahan dia. Dafi, memang species suara alto, nak wat camne? Ebi, dengar macam suara rakyat biasa je. Tak macam penyanyi. Rizal, sama je, takde perubahan.
Lepas abis konsert, sambung tengok cite Hari Hari Terakhir Seorang Perempuan. Patut pun bleh menang pelakon terbaik. Lakonanmu cemerlang kak!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
3 komen:
aha...budak 'bereh' tu dah rasa selesa kot...peluang dia nak ke final memang cerah tu. Suka Mila...menjerit pun better dibandingkan kalau Nikki yang nyanyi lagu Drama tu... ke ke ke gussip AF plak
Wahhh peminat Af yea... siap ada ulasan lagi nih..
alinlai: suh dia balik sambung study jadik cikgu je lah ek? boleh wat persembahan masa hari guru...
ajzie: erk... tak geti nak mengulas benonya. takat mengikuti perkembangan semasa...
Post a Comment