Petang semalam aku menonoton program Al Bayyan di TV1 Saluran Inforia. Topik nya mengenai logo Halal di mana panel yang dijemput ialah salah seorang orang atasan di JAKIM. Antara yang disentuh dalam bual bicara tersebut ialah mengenai logo halal itu sendiri.
Pengesahan Halal boleh dikeluarkan oleh JAKIM atau kerajaan negeri. Bagi kedua2 autoriti ini, logonya hampir sama tapi tak serupa. (Aku tak geti nak letak gambo logo tu kat sini yea. Harap maklum) Dari segi bentuk, logo Halal ini berbentuk bulat. Ada 2 bulatan, satu di luar dan satu di dalam. Antara 2 bulatan ini tertera tulisan Malaysia dalam tulisan rumi (atas) dan jawi(bwah). Di dalam bulatan yang di dalam, ada bentuk oktagon. Dan di dalam oktagon itulah terletaknya perkataan Halal dalam tulisan jawi (beso) dan rumi(cinonet).
Beza antara logo keluaran JAKIM dan kerajaan negeri ialah pada bawah perkataan HALAL. Untuk JAKIM, dia takde apa2, tapi untuk kerajaan negeri, ada tulisan H-kod negeri. Kod negeri ni sama la ngan kod pada IC kite tu. Kalo Johor mesti 01 okeh?
Ada orang bertanya, macamana nak tahu logo tu betul ke sah? Maklum lah, benda tu kan gambo je kan. Sesiapa pun boleh lukis pada label. Kalau tengah2 kat super market, macamana nak tentukan? Ha...ini lah masanya anda membuktikan bahawa anda adalah pengguna bijak. Bermula Februari yang lalu, JAKIM telah melancarkan AFUNDI mereka untuk kita mengesahkan kesahihan logo halal pada produk, as long as produk tersebut mempunyai bar code. Caranya mudah.
taip HALAL jarak masukkan BAR CODE dan hantar ke DAPAT (32728)
Sebagai balasan, kita akan menerima nama pengeluar produk, nama produk dan tarikh tamat tempoh sijil halal (jika sah). Kalau tak sah atau takde dalam rekod, maknanya tiada pengesahan halal dari JAKIM ler. Kalau nama pengeluar atau nama produk lain dari yang kite nak tu, mungkin dia gunakan sijil halal orang lain.
Itu kalau kite tengah kat super market. Kalau kat rumah seperti aku, lagi lah senang. Bawak semua makanan yang ada kat rumah korang tu ke depan PC dan layari ke SINI taip lah apa2 kat bar CARIAN BAGI PRODUK HALAL dan klik CARI. Pastu, blogger semua mesti tau camane nak surf kan. Pepandai korang lah ek. Hari ni aku dah melakukannya. Anda, bile lagi???
Cop cop cop! Mengikut pengalaman sejam aku, pengesahan ini tidak dapat dilakukan melalui laman web bagi barangan yang berlogo Halal keluaran kerajaan negeri. Tak tau lah kalau guna SMS boleh ke tidak sebab aku rasa database dia sama jek kot? Kalau nak tau, cubalah. Setakat ni, product Jalen, Power Root, pencicah, keropok segera dari Kelantan dan beberapa produk lagi gagal aku sahkan logo Halal nya kerana logo Halalnya bertanda H-01 atau H-03.
Satu lagi, kalau tetiba produk yang glemer pun tiada rekod, cuba gunakan nama syarikat. Biasanya dia ada senarai produk keluaran syarikat tu dengan tarikh sah tempoh dia sekali.
Sekian saja program Al Burung Bayan.
Petang ni kami pergi ke kenduri kawin kawan Uni abang. Kawan ni sama2 lapor diri ngan abang dulu. Nombor pekerja diorang pun sebelah2. Kenduri tu kat Parit Baring. Hihihi first time dengo nama parit ni. Entah apa lagi parit yang aku tak tau kat BP ngan Muo ni. Makan nasi minyak dengan lauk kambing dan lembu. Baru aku perasan, akhir2 ni kenduri yang aku pergi akan ada label 'LEMBU' atau 'KAMBING' kat lauk tu. Takut tertukar.
Balik tu kami singgah kedai beli span bahu. Sepasang lapan posen? Mahal nak mampuih!Cepatlah Mydin bukak kat BP... Dalam kete, aku pasang span tu siap2 sebab nak singgah bandar jahit tepi pulak. Siap tu, kami terus ke bandar hantar jahit tepi. Kemudian kami ke Summit. Tujuannya nak tengok Jangan Pandang Belakang, sekali dah full house. Ada pukul 7 ngan 9.30 je. Tak pasal lah aku nak tengok cite hantu malam2. Karang buat membazir aje masuk pawagam tapi tutup mata. Pastu pergi Popular, tak beli buku pun. Baca2 je. Abang beli clear folder.
Keluar Summit, kami pergi pasar malam pesta, beli tahu panas je. Pastu baru balik semula ke kedai ambik kain yang dijahit tepi. Dan balik. Balik tu lah kami buat operasi MENCARI YANG HALAL.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment