Malam Jumaat lepas, abang main badminton. Minggu lepas dia tak pegi. Dia cakap, kalau orang gi mancing ramai2, pastu tak dapat banyak ikan, maknanya ada salah sorang tu yang tak dapat izin isteri dan anak2. Sama lah dalam kes ni. Cumanya minggu ni aku bagi gak pegi. Kira tak berapa nak bagi lah. Kira separuh kata bagi, separuh kata tak bagi lah.
Balik dari bersukan, abang pulang dalam keadaan kurang upaya. Kaki kanan abang terseliuh. Tulah! Kan orang cakap jangan pergi. Kan dah kena. Takde lah. Aku takde lah cakap cenggitu. Cuma sedikit sedih, tak dapat lah abang main untuk wakil fakulti dalam keadaan begini. Baru aku faham, macamana Hafiz Hashim boleh terseliuh waktu main badminton. Ooo...
Jumaat pagi, kaki abang dah makin membengkak. Apa boleh aku buat ek? Aku bukannya wanita Melayu idaman Mawi (dulu) yang pandai mengurut. Makin tambah sakit ada lah. Malamnya, abang panggil Cik Man sebelah rumah untuk mengurut. Sebelum tu, kami keluar makan kat 1001 Malam bus stand lama. Cawangan kat BP Walk dah tutup kot. Takde bunyik sakit atau meraung pun? Ke memang tak sakit?
Malam, tu juga tengok Diari AF, Dekna kaki terseliuh. Doktor nasihatkan, kakinya direhatkan. Aku pun mengambil nasihat tu untuk abang. Malam tu juga yang kononnya aku nak menghela nafas panjang dan berehat, tidak berlaku seperti yang dirancang. Abang balik dengan 2 lagi tempahan jahitan. Bermakna, aku tak boleh lengah kan lagi. Tarikh lapor diri entah2 around the corner. So, malam tu jugak aku potong baju.
Sabtu petang, pergi Poslaju. Tutup. Pergi jahit tepi. Siap. Beli benang, kun dan zip. Pergi Summit, beli barang sikit. Beli kain lining nak bagi kat customer yang beli kain chiffon. Beli kat Nagoya. Terbeli Shokubutsu lagi sebab tengah murah. 5.99. Pukul 5, cari makan. Pergi Benteng, dah habis. Pergi ambik kain yang dijahit tepi. Kemudian ke Bukit Pasir dan makan Beriani kambing. Restoran ni pernah dikunjungi krew JJCM tau. Ada plak JJCM.
Lepas makan, pergi kedai CD. Seperti biasa, masuk dalam (bahagian CD cetak rompak). Niat nak cari DVD Double Jeopardy atau Air Force 1 atau The Negotiator. Cerita2 lama yang best. Tapi satu pun takde. Balik tu singgah Summit ambik Ulin. Dah lama rupanya aku tak drive kete. Abang, REHATKAN kaki.
Malam tu ada sambutan Maulidurrasul. Lepas Maghrib, abang cakap nak jemput aku dengar ceramah. Aku ni dah siap berbaju kurung segala, sampai la pukul 9.30, non ado orang yang nak menjemput aku tu. Malam tu aku tak makan malam sebab masih kenyang.
Ahad pagi, kami ke pasar. Banyak nya ikan hari ni. Takde orang agaknya. Beli ikan terubuk versi lemak 2 ekor. Udang sekilo, daging 1/2 kilo, santan, kailan, kangkung, daun kesum, sotkabor Utusan dan roti canai 4 keping. Balik tu sarap dulu, kendian terus masak lunch. Asam pedas terubuk. Memang lemak. Nyum nyum. Kami makan pukul 3 sebab kenyang makan roti canai.
Tengahari tengok konsert 3 AF5. Tak best nyer. Apa la Ebi tu, macam tak geti ngaji je. Lagu berzanji pun tak macam biasa dengar. 'ha' pun diganti 'kaf'. Memang tak gali lah tu. Paling tak best, Dafi. Ingat kat diari dia nak simpan2, rupanya sama je dia nyanyi ngan kat diari tu. Lagi hampeh ada lah. Nak je aku hempuk. Diari semalam tu ada Mawi. Best nya dia nyanyi ngan Nazrey lagu yang ada lirik ni
"Sesungguhnya walau ku kutip semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langit mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak kerana rahmat mu
Jika tidak menagih simpati"
Suka lagu ni. Dulu dengar kaset Yayu, satu kaset semua lagu sedap2. Tapi kaset cetak rompak :(
Eh, dah takde apa nak cite. Itu je lah.
Monday, 2 April 2007
Tajuk
Hasil karya AyunasiA pada 12:41 pm
Label: Laporan Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Laporan harian ek... he he he
Lama tak singgah Summit tu. Carrefour baru tu ok ke..? Biasa lalu jer tak singgah. ha ha
bp:kami pergi shopping barang dapur bergantung pd katalog yg sampai ke rumah setiap minggu. mana yg murah, situ lah kami pergi. K4 dah jarang pergi sejak buka BPMall sebab tak banyak tenants. kami suka window shopping. kalau byk kedai, lagi best. kalau tingkap henfon Foto Charlie tu boleh bercakap, dia pun dah suruh kami balik. asik tengok je, tak beli pon...
Post a Comment