E'IN
E'in ialah kawan aku masa darjah satu. Kami saling berlumba untuk dapat nombor satu dalam kelas. Tapi aku lah yang selalu menang. hehe. Ada lah sekali aku kasi can dia menang. Masa tu arwah mak bari meninggal. Bulan Julai 1996. Periksa penggal kedua. Aku sekelas dengan dia sampai darjah 6 dan sebulan tingkatan satu. Bapak dia ada bisnes jual daging beku. So, dia berpendapatan tinggi jugak la masa sekolah. Tapi, satu mengenai dia ialah, kami jarang atau tak pernah bermain sama di rumah. Kira kawan sekolah je lah. Mungkin sebab dia blok lain. Aku rasa kampung aku tu ada diskriminasi blok sikit. Kalau main, dengan blok masing2 jek. Padahal selang sebelah rumah aku je dah blok E'in ni. Rumah dia selang 5 rumah dari rumah aku. Kami takkan ajak orang blok sebelah main sekali. Antara permainannya? Zero point (dan permainan getah yang lain), congkel ayam, baling selipo, baling tin, belon acah (ala2 Mukhsin), polis santri dan kejar2 ber'trek'. Eh, apa ke nama main kejar2 yang kite buat trek guna kerusi lipat tu ek? Tak kisah lah. Yang penting aku rasa aku takde kenangan bermain tu semua ngan kawan ku ini.
E'in ni lawa orang nya. Muka dia macam mix mat saleh sikit walau padahal Jawa sebenonya. Dulu atuk nenek dia duk sekali kat situ. Mbah dan Nyai. Maka, dia ramai peminat masa sekolah. Antara yang paling hangat digossipkan dengan dia ialah Noranizan. Sorry bro, kalau ko terbaca blog ni. Mamat ni kira aktif dalam sukan. Biasanya kalau sprinter ni, memang glemer seantero daerah. Tapi aku tak kenal pun abang time sekolah rendah dulu? Kata olahragawan? Bila masuk sekolah menengah, mamat ni pergi sekolah asrama dan tamat lah kisah cinta tu, kot? Ikut kan kami masih sekelas lagi masa sebelum derang2 ni masuk asrama.
Lepas aku pindah SMBM, aku pun terputus hubungan dengan E'in. Jumpa sekali sekala masa cuti sekolah. Cuma masa aku pindah balik SMS, aku ingat akan sekelas lagi ngan dia, rupanya aku dah tukar aliran di SMBM. Kelas dulu tu Pertanian. Aku dah masuk ERT. Kalau tak, mesti aku tak sekelas ngan abang. Eh, abang bukan ERT. Kami campur ngan lagi satu pilihan tu, apa ek? Budak lelaki aliran tu lah. Tapi, masa tingkatan 3, aku ada problem sikit ngan E'in. Tah, aku pun tak ingat. Gaduh2 gitu. Padahal dia dah tak sekelas dah.
Masa form 4, dia pindah sekolah vokay Kluang, dan aku sekolah sains Kluang. Jadi, selalu lah juga kami jumpa time nak balik cuti sekolah kat bus stand atau time outing. Masa tu dah tak gaduh dah. Terkini, dia ada datang masa kenduri kawin aku. Anak dah 2+1. Dia tengah ngandung time tu. Terharu I sebab dia sudi datang. Dia kawin time aku kat Uni, bila pun aku tak tau.
sambungan sikit
Semasa tingkatan 4, E'in terpaksa memutuskan hubunngannya dengan seorang jejaka sekampung kami gara2 kakaknya telah bertunang dengan abang jejaka itu. Penghujung cerita, kakaknya putus tunang dan sia2 belaka lah dia berpisah dengan jejaka itu. Tak de jodoh.
SIDAH
Sidah ni kawan paling rapat masa darjah 6. Kami agak serasi. Nama dia pun dekat ngan nama aku, cuma tambah 2 huruf O dan D. Rumah dia sebelah rumah E'in. Kira selang 4 rumah ngan rumah aku. Mak Sidah is ibu susuan E'in ni. Tak tau lah macamana kisahnya. Oleh sebab dia satu blok ngan E'in, kami jarang main bersama. Yang selalu, kami tengok cite Hindustan. Kat rumah dia lah. Ceritanya, Aashique, Aamir Khan heronya. Ada lagu cenggini
Jaanem janeja (di mana kah dikau kot maknanya)
Jaanem janejaha
Janejigar janeman
Mujko he tere kasem....
Aku pun dah lupa. Suka lah cerita ni. Satu lagi apa ke tajuk cite tu. Alahai, lupa la pulak time ni. Tak kisah lah. Yang penting nak sampaikan, aku selalu tengok Hindustan kat rumah dia.
Satu lagi, kami suka berkenalan. Bila ada sukan antara sekolah, antara zon, antara daerah, kan ramai budak sekolah luar datang kan. Time tu lah kami berkenalan. Antara yang kami kenal ialah Hamizah dan Jumizah dari AT2. Nama pun dekat2 sama cam kitorang gak. Sorang lagi, Jannatul Maqwa budak Semenchu.Kenal time majlis Maulidurrasul kat masjid kamoung ku. Bila Sidah pindah sekolah Arab masa tingkatan satu, dia satu sekolah ngan Jumizah ni. Lawa budaknya, macam Sheila Majid. Eh, ke aku dah tertukar, aku pun tak ingat mana satu. Teringat zaman dulu, hobi, berkenalan. Sibuk lah berkenalan dari majalah. Pilih lak yang lawa2 je. Hihihi. Tak berani lak berkenalan ngan budak lelaki. Masa tu mana ada kes-kes 'les' ke hapa. Berkenalan pun suka2 je. Tak jumpa pun. Tukar2 gambar je. Ala2 chatting zaman sekarang la. Cumanya sekarang senang nak jumpa. Dulu, nak keluar bandar setahun sekali pun tak pernah. Pergi bandar ngan abah time nak balik Mersing ada lah. Aku pergi bandar pertama kali ngan Ina masa tingkatan 3 kot. Korok kan?
Satu lagi kenangan ngan Sidah ni. Huarhuarhuar, malu nak cite. Masa darjah 6, kami berempat; aku, Sidah, Zakiah (Dr kat Hospital Kuala Terengganu sekarang dah bertunang) dan Ijah ada satu group dinamakan "Sweetheart". Cewah! Abang TP kalau baca ni mesti ingat dia gelakkan nama group kami ni. Kira geng la masa tu. Yang kelakonya siap bleh berkongsi maklumat secret admirer. Yang tak boleh tahan tu, boleh pulak mamat yang di secret admire kan tu tahu. Kuikuikui. Tak kira aku nak sebut gak nama mamat tu. Zakiah-Zulkarnain, Sidah-Zul...(alamak lupa la nama kembo Zulkarnain tu), Ijah-Zahrin Azlin (aka grepes sebabnya dia sebut grapes as 'grepes') dan aku-nama penyanyi lagu Permaidani konsert AF5 ketiga minggu lepas(jangan marah eh bang, ayang sayang abang sorang jek, ni semua main2 jek. tak baligh lagik hihihi)
Tapi semuanya berakhir la lepas abis sekolah rendah kecuali aku, kihkihkih. Boleh sambung2 pulak tu time form 3. Sekejap je couple ngan mamat tu. Ada lah dalam 1-6 bulan kot. Dia pernah kasi hadiah pen dakwat basah siap ngan dakwat dalam botol sekali beserta gambar saiz pasport yang tak sempat aku tengok dah terkantoi ngan cikgu Aliman serta surat wangi dari perfume Enchanter buuga kuning dan surat yang tak sempat aku baca terus ku koyakkan gara2 dah takde ati kat dia sebab dah jatuh chenta kat suamiku itu beserta coklat Vochelle (zaman iklan Vochelle yang sanggup panjat gunung ke hapa tah tu). Kalau abang izinkan aku akan cite kisah mamat ni pulak. Kuikuikui. Ni kisah Sidah dah melalut ke mana dah ni. Lepas jatuh cinta kat abang, dah takde dah. Betul takde bang. Percayalahhhhhhhh.
Terkini, Sidah ni dah berkahwin ngan cikgu SMS. Dia pindah SMS masa form 4 time aku dah masuk asrama. Tak tau dah berapa anak dia.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment