Thursday, 31 December 2009

Koleksi Hiasan Tembaga

Ingat lagi tak benda alah yang aku rembat dari kampung masa raya aji arituh? Benda alah ni lah. Bekas lilin ke haper tah nih. Dah macam orang tua la aku rasa biler jadi peminat tembaga nih. Ehhh tapi selepas berkilat berkilau, langsung tak rasa tua ok. Ada rasa feeling2 teringat kat arwah mak plak. Dalam hati berkata, camni agaknya perasaan mak masa memiliki benda alah nih. Oh, ok, ni faktor keturunan kot. Bukan sebab aku dah tua ke haper.

Lama la jugak aku mengambil masa untuk mendapatkan mood menggilapkan dia. Dok la dia terperosok kat atas gerobok tu. Tengok lah tu. Kusam jek. Sibbaik tak berkarat ek?

Dan minggu ni, sempena line internet dah kong kat rumah, maka, aku pon mula mengerjakan benda alah nih. Kena sabar ok. Sakit jari jemari ku nak menggosok benda nih. Aku gosok yang bekas lilin kecik, encik hairul wat yang leper tuh.

Memula tu kami menggunakan kekdah menggilap wax kereta. Sapo otosol tu sumer, kendian baru gosok. Namun bayang sinar langsung jauh dari gapaian mata. Jangan kan kilat, bias2 kelabu pon tak hilang.

Tah cemana, aku tak sabar, belum pon sempat otosol tu kering sikit aku dah gosok, maka terus terbit sinar di celah2 daki tembaga nih. Hok oloh, dia kena terus gosok rupanya. Takyah tunggu2. Ada hikmah gak tak sabar nih rupanya.

Dah dapat skill, maka cepat ler keje aku. Cepat tak cepat la. Makan hari gak ler nak siap. Dan ini lah hasil nya. Tadaaa!!!

Dah sama berkilat ngan tepak sirih yang baru beli, kan?

Sekali pandang, macam tombak nates pulak.

Ni hasil kerja aku

Aku rasa, aku punyer lagi berkilat dari dia punyer hihi

Kan? Tak kilat sangat kan?

Tengok tu, ada bahagian yang masih kusam (kat gambar tak nampak kot. tengok live baru nampak. nak jugak menang)

Pasnih aku nak rembat bekas mangkuk 'wer wer' tu pulak. Aku tak tau apa nama mangkuk tu. Tapi dia macam mangkuk isi air yang p ramlee wat telek dalam nujum pak belalang tu. Wer wer tu kira orang baca jampi la hihi. Ada lagi bekas kemenyan ngan kapur barus sekali, tapi tu aku tak ambik kot huhuhu. Sesuatuh tau. Bekas pahar ngan bekas air mawar merenjis pengantin pon aku ingat nak beli lain kot. Kang menjajo plak orang nak kawin, mak aku carik benda tuh kang.

So, dah dapat idea apa nak kasik hadiah kat aku, kan?

4 komen:

Ajzie said...

cantik candle holder tuh....

AyunasiA said...

ermmm cantik dan ada sentimental value...

Unknown said...

Cantil

Unknown said...

Cantil