Hek elehhh... takat laki bini sebelah kampung, takyah buat entry pasal ni la. Baik pikir, kuih apa nak bagi mak mertua. Atau menu apa nak dimasak malam raya. Atau pon, apa makanan berbuka terakhir tahun ini? Adakah sup tulang mak siti yang lazat berkrim disukai ramai? Atau ketupat rendang mak aji jiran sebelah rumah? Atau mungkinkah ikan bakar dengan kailan ikan masin beserta poktek laut china selatan yang segala spesis makanan laut duduk dalam? Ok ok cukup tu.
Time balik semenchu itu ari, keluar gak la isu ni di kalangan femli in law. Ngah raya kontan. In raya balakong. Abang ayun? Kiter raya mana tawon ni ek? Buat2 tanya pulak. Mil kata, tak kisah la.
Busu ajak mil beraya kat muo. Dah lamaaa tak beraya di sana. Sejak anak2 dah berumahtangga dan masing2 ada giliran beraya masing2, mil dah tak beraya di muo lagi. Tak boleh laaa, anak2 aku sumer nak raya kat sini. Anak2 dah besar kan. Lain la masa kekecik dulu. Kekiter pon, time anak kekecik, beraya umah parent sendiri atau in law. Agak2 anak dah besar, baru lah beraya di rumah sendiri. Biasa ar cenggitu kan.
Kenapa nak beraya umah parent? Time tu je lah sumer boleh berkumpul. Cuti panjang. Lagi pon, raya kan. Boleh jenjalan rumah sedara mara dan handai taulan tanpa ditanya, "ada apa hajat datang nih?" Atau, "mimpi apa ko datang rumah aku nih?" Bagi je salam, otomatik tuan rumah jemput naik dan sediakan air sirap atau tuang air oren serta suh bukak bekas kuih.
Ada orang cakap, kalau baru kawin, biasanya raya pertama mesti umah parent pempuan. Ambik ati lah katakan. Tahun lepas2 tu, baru lah suami guna kuasa dia. I follow. Cam kami, takde pon perjanjian pasal giliran2 nih. Sendiri mau ingat jek la. Kira otomatik gitu. Bukan jauh mana pon. Yang menentukan beraya di mana tu sebenarnya malam raya dan pagi raya di mana. Selepas dan sebelum, mana2 pon bolehhh. Yang menjadikan aku berkira nak balik rumah aku tu pon sebab adik beradik sumer dah sampai. Tergedik2 la nak sampai jugak. Padahal time hari raya tu sendiri, tengahari dah terbongkang sumer nya.
Jadi, raya tahun ni, insya Allah, malam dan pagi raya aku di at5. Nasib korang la adik2 ipar ku sekalian. Abang2 korang dah kawen ek. Aku dulu pon merasai yang sama hehe.
Friday, 4 September 2009
Beraya Di Mana?
Hasil karya AyunasiA pada 8:05 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment