Tuesday, 3 November 2009

Pengalaman Masuk Menara Gading Part 4

Laaa tak abis lagi ropanya ek? Hahaha ada part 10 tau. Sanggup ker nak follow??? Tak wajib ok. Orang2 yang penyayang je yang sanggup baca nih haha. Sayang ker?

Sambungan...

Sampai di puduraya, cam biasa la. Kalo naik bas malam, sampai subuh sepi'e la kan. Tunggu ar kawan kakak ku itu. Oh, ni first time aku jejak kl ok. Very the jakun. Banyak ke beg yang aku bawak? Takde la banyak pon. Cuma, agak pelik la kalo nak diangkut naik bas kat bus stand klang tu huhu. Satu beg jenis zaman dulu yang bertingkat2. Boleh tinggi kan dengan membuka zip. Beg tu zaman kak uni masuk u ok. 12 tahun yang lampau kot. Beg tu ada roda, tapi tinggal 2 daripada 4 kot rodanya. Biler sampai itm, terus tercabut roda tu kuikuikui. Sampai sekarang aku guna beg tu tau. Tapi dah tak bawak travel la. Aku simpan perca2 kain kat dalam tuh. Satu lagi beg ialah beg besar saiz aku pon boleh muat dalam. Kira kalo nak jimat tambang bas leh la sumbat aku dalam tu. Gilo ko opo? So, kalau nak dipertikaikan kenapa aku ngengada nak suh orang jemput bagai, sila ambil kira saiz badan aku dan kakak ku itu yea. Kami adalah sesaiz.

Dah dekat nak pagi tu, kawan tu pon jemput. Terus la kami ke shah alam. Benda pertama yang menangkap mata aku ialah pintu gerbang kat federal highway. Wahhh ini kah kola lumpor???

Dari pudu, kami terus ke rumah sewa kakak ku. Mandi2 dan siap2 pakai baju bunga matahari :) Kendian gi sarapan roti canai kat mana tah. Area seksyen 18 tu lah kot. Itu juga first time aku makan roti canai menggunakan sudu dan garpu hahaha.

Selesai makan, kami terus ke itm. Hmmm ingat lagi, kawan tu parking kete kat tepi hotcat lama. Dekat bukit tonggek tu lah. Aku kena register kat kolej seroja. Masa turun bukit tonggek tu menuju ke seroja la roda beg tu tanggal. Huh! Seksa sungguh la. Sibbaik ada kawan kakak ku yang gagah tolong angkatkan beg hihi.

Selesai mendaftar kolej, mendaftar di dewan seri budiman kot. Tak ingat la pulak. Masa tu macam pelik laaa. Kenapa tempat ni banyak nau bukit nak dipanjat. Hongeh! Pastu, aku dibawak berjalan2 sekitar school engine. Perkara yang paling aku ingat, kawan kakak ku tu cakap, kat sini pengumuman sumer ditampal kat notice board ni. Kena selalu tengok kat sini. Kat tepi ofis dekan.

Pastu, aku dibawak pergi giant subang usj. Mak aihhh. Baru aku tau ropanya jauh gak tempat tu. Dekat2 summit nun. Dulu giant tu la yang paling besar pon. Kan aku datang bawak baju je kan. So, masa tu lah baru aku beli baldi gayung bantal segala. Oh, apa perasaan aku masa tu ek? Sedih ke? Tak kot. Biasa je. Excited kot. Lepas antar aku, kakak ku balik kota semula kot. Sebab dia ikut gak antar abang tp kawin kat ipoh. Masa tu aku tengah berjuang ngan minggu wawasan siswa haha. Jalan bertiga2! Pegang tangan kawan! Cepat! Kalau korang lembap macam ni, macamana nak idup 3 tahun kat sini? Hahaha poyo betul la fasilitator tu. Takde pon aku gi kelas berpimpin tangan bertiga2? Sabo je lah.


Ni lah classmate masa part 1 diploma. Iza, anna, kakrusni, kakmaria, puteri dan kaknadiah. Gambar ni waktu tunggu lecturer fizik kat pusat islam.

Masa mws ni lah aku jumpa dengan kengkawan yang aku kenal. Ramai gak kawan2 vokay encik hairul yang se course dengan ku. Kira derang jadi guardian aku la sepanjang kat sana hihi. Dalam ramai2 kawan beliau tu, termasuk la kering. Tak faham betul, kenapa dia tak dapat ek? Takde rezeki la tu ek. Eh, entah2 dia dapat tapi tak bagitau tak? Dengar cite kan dulu kakak beliau pernah dapat tawaran sekolah berasrama, tapi disorokkan suratnya? Kot2 beliau menerima nasib yang sama tak? hahaha keji nya syak wasangka terhadap ibu dan bapa mertua huhuhuhu. Eh, masa tu belum lagi. Ye lah, kan dia masuk utm tu kan yuran mahalkan. Mestilah rugi kalau dia berenti, walopon maybe leh refund sikit. Tak pelah. Dah selamat pon.

Ni pulak classmates part 1 degree. Alamak, lupa la nama yang berdiri kiri tuh. Sebelah dia, kakdee, ana, aisyah, puteri, amy, kakzam, kaknorli, anna. Waktu ni tengah tunggu lecturer jugak, kat stadium shah alam

So, begitu lah kisah aku masuk menara gading. Memang ada bangunan menara pon kat situ. Ada sorang lecturer aku, dr bombay (memang asal dari india), bahasa melayu yang paling kerap dia sebut ialah 'menara' dan 'dan'. Dalam speaking london tu, boleh lak dia tak sebut 'and' untuk dan.

Eh, dah terlanjur ni kan, boleh la aku sambung sikit lagi mengenai detik2 awal aku di menara gading nih. Alaaa peduli apa boleh ke tidak. Blog aku, sukati aku lah. Saper suh baca.

O'ooo kiter bersambung lagi yea. Pancing jangan tak pancing :)




2 komen:

pB said...

sambung lagiiii
cepat sikit update tuuu

AyunasiA said...

hehe sabo ek. kiter dah autopublish dah pon.