Gambar ini takde kena mengena. Just nak menunjukkan jalan masuk ke felda semenchu dah bertar baru. Dah tak berlopak2 lagi dah. Ada la sesikit melambung, tapi tak melampau. Baru lah terasa ceria bila masuk ke kampung felda paling ceria neh. Katanya azalina nak solat raya arituh. Mak2 yang tak pernah gi masjid solat hari raya ni pon berdoyon tiba la menunggu dia. Tapi, non ado pon. Dia uzur kot hehehe. Katanya dia menyinggah umah bapak angkat dia makan ketupat kot. Lantak ko lah.
Ceria tak? Harus kalo laki bini gaduh2 tengah jalan, terus berdamai biler masuk kampung ni eh? Eh? Ko cakap saper nih? Diri sendiri kah?
Opssssss jalan bertar ni bukan lah sebab ke 2 aku berasa terharu. Ada la kena mengena sikit sebab aku melalui jalan ini sebelum berasa terharu hahaha.
Semalam, sebelum balik semula ke PR, kami pergi ke kenduri kawen anak mak yah. Mak yah ni ialah jiran depan rumah pil. Kira mak tiri macam mak siti lah jugak. Beliau juga merangkap ustazah di sekolah semenchu suatu masa dahulu. Erkkk ke sampai sekarang eh? Dulu dia duk depan rumah pil nih. Tapi, selepas suami nya meninggal dunia, beliau pindah ke bandar mas. Sebab tu kot aku assume dia pindah sekolah jugak hahaha. Lupa lak nak tanya. Tak kisah lah. Encik hairul kata, kita kena pergi kenduri kawen umah dia sebab dia jadi penjamin scholar jpa dia. Relevan ker? Kalo tak jadi penjamin takyah pergi ker? Tapi, aku tak menyesal pergi sebab nasi minyak dia sedappp.
Maka, kul 12pm gitu, kami pon pergi lah ke bandar mas. Alaaa dekat je, umah dia kat belakang stadium tu.
Sampai2 je, terus salam ngan penyambut tetamu dan mak yah.
Mak tak datang ker?
Mak datang nanti. Kitorang nak balik batu pahat, tu yang datang dulu.
Ooo makan lah dulu.
Sebenarnya petang dan malam semalam lagi mil dah datang rewang. Pelik ler kalo tak datang arinih. Pastu, kami pon makan. Ada nasi minyak ngan lontong. Kami makan nasi minyak la. Lontong dah makan semalam dah.
Tengah makan, aku perati kan sekeliling, ramai nya cikgu2. Mula2,
Abang, tu cikgu samsudin eh?
A'ah.
E'eh, tu cikgu bahrom kan? Tu yang baju batik tu.
A'ah. Dia penyambut tetamu.
Tu cikgu hishamudin kan?
Ermmm.
Tiba2,
Zan!
Eh eh tu cikgu ayang la bang. Sekolah bandar mas. Cikgu norizan nama dia. Dia lah yang ajar sejarah tu. Dia lah yang gelakkan ayang naik basikal sambil makan eskrem mesia. kitorangg panggil dia undertaker. E'ehhh dah tua ek dia. Dah beruban dah. Mesti baya2 kak uni kot. Agaknya dia masih ajar kat bandar mas kot.
Sebelum balik, aku masuk rumah, tengok pelamin. Cantik. Langsir pon cantik. Pepel bunga2 english style hihihi. Tak abis2 tengok langsir umah orang.
Siap salam tuan rumah, kami pon nak balik la. Salam lagi ngan penyambut tetamu.
Kamu kenal saya tak?
Erkkk cikgu erkkk...
Dari tadi saya fikir, saper ke nama kamu. Muka perasan la, tapi nama tak ingat.
Ermmm cikgu zaleha eh? (cikgu mana ni eh? bandar mas ke semenchu eh? aiyokkkk lupa lorrr)
Ye lahhh kan saya yang ajar kamu.
Hehehe. Cikgu masih ajar kat situ ker? (soalan selamat, tak sebut nama sekolah hahahaha)
Ye lah... saya kat situ dari sekolah tu dibuka sampai sekarang. Sejak zaman rahayu daud, kamu kenal?
Erkkk (komfem sekolah semenchu nih hihihi)
Alaaa yang doktor tuh...
Erkkk ooo (Bukan rahayu yusof ker? Kakak faizal yusof blok 19 tuh? Ye kan je lah hahaha)
Bla bla bla...
Gitu lah lebih kurang perbualan singkat aku ngan cikgu zaleha. Encik hairul pulak, sempat berbasa basi ngan cikgu bahrom. Ada cikgu hazli dan cikgu azmi (apa ke nama bapak dia yang adik kepada cikgu pempuan yang kecik2 tuh).
Dah balik, aku pon rewind otak laju2. Alamakkk cikgu zaleha tu lah cikgu sains masa form 3. Adoiii cemana bleh lupa nih ek? Siap aku bayangkan sekolah bandar mas lagi.
Cikgu zaleha la yang pisahkan tempat duduk abang ngan kering dulu. Dia cakap,
Kamu dua ni asik main jek.
Nah kau! Sorang duk hujung sana, sorang duk hujung sini hikhikhik. Agaknya masa kitorang makan nasi minyak tu dia dok perati je, macam kenal jek budak berdua nih hehe.
Adehhh terharu plak aku rasa. Malu pon iyer sebab sepatutnya aku la yang kenal cikgu eh? Ni cikgu plak yang kenal aku. Isy isy isy tak patut betol. Nampaknya, cuti kali ni, aku betul2 kembali ke zaman dulu. Aku kan suka nostalgia. Manyak syiok ooo...
Monday, 30 November 2009
Dua : Bertemu Cikgu Yang Tak Jumpa 15 - 16 Tahun
Hasil karya AyunasiA pada 2:30 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Ckg Norizan tu suami ustazah tu ke? Lupa lak apa nama ustazah tu. Siti Aminah ke apa ntah.Dulu memula ngajar kat Semenchu pastu pindah Bandar Mas semula. Diaorg ada anak kurang upaya rasanya
eh, bukan. ustazah rokiah tu dah tua. kalo siti aminah tu mungkin lah kot. cikgu tu rambut pacak2 tinggi macam abang deris-ina.
Post a Comment