Ari jumaat aritu aku dah datang keje macam biasa. Tiba2, bila aku ambik ubat selesema, lerrr dah abis la pulak ubat nih. Sah lah, suami ku sudah abiskan ubat nih. So, lepas abis kelas kul 9.30am tu, aku pon terus la gi klinik. Bahaya nih. Dah 2-3 hari selesema, tapi tak pegi check lagi. Sesampai di klinik, tak ramai. Ye lah, klinik pon baru je bukak. Aku patient nombor 5. Masuk jumpa doktor, tarik nafas, bukak mulut, bukak telinga dan dia pon kasik mc. Yiha!!! Suka! Suka! Masa on the way tadi sempat aku pikir, nak mintak mc ke tidak. Last2 decided to takyah mintak. Kalo dia kasik, ambik, kalo tak, tak kisah. Tapi...
Tapi, ada jemputan open house tengahari nanti. Penat je aku pakai baju raya siap2. Nak balik sekarang ke, nak tunggu makan? Alah, baik la aku balik. Boleh tido. Makan, kat mana2 pon boleh makan. Tapi, kena balik opis dulu sebab aku tak plan pon nak cuti. Kena ambik laptop bagai. On the way balik opis, aku singgah sat kat the store. Siap tengok kiri kanan, takut pengarah nampak hihi. Padahal dah ada surat mc di tangan.
Kendian, konon nak pegi pasar sat. Sampai jalan pasar tu, banyak lak kete. Malas la nak cari parking. So, aku terus balik opis. Sampai opis, bagitau bos, dan balik yeay! Sebelum sampai rumah, singgah beli barang sikit. Pasar parit raja dah tutup pulak. Menjajar aku cari daging. Susah nya laaa nak cari daging segar. 2-3 kali aku pusing kat parit jambul tu. Last sekali aku beli daging beku je kat rahim segar, tah apa ke nama baru dia sekarang.
Sebelum tu, aku singgah selesa, cari mee siput. Tah cemana, aku boleh terlupa tutup pintu kete rapat2. Time aku kuar ke jalan besar tu, siuuuuuuungggggggg pintu kete tu terbukak. Eh, takde la bunyik cenggitu. Saje kasik effect sket. Kalo pintu je terbukak takpe lagi. Aku ni kalo masuk kete, salu letak handbag sebelah aku je sebab takut kena ragut dari pintu belah kanan. Jadi, handbag aku pon turut jatuh bersama terbukanya pintu itu. Alamakkkkk!!! Terabur segala henfon, pen, marker, stapler bagai. Traffic light pulak baru je hijau. Ambik kooo... tak pepasal jammed sekejap parit raja tuh aku keje kan hihihi.
Dari situ pulak, aku ingat nak pusing balik lalu parit daun. Sekali aku masuk je simpang tu, jalan tutup pulak, ada jamuan apa tah, open house kot. Dahhh aku kena buat stunt melintang tengah2 simpang tu untuk keluar balik ke jalan besar. Traffic light hijau lagi, so lambat la baru dapat masuk. Ada pulakkkkkkkkk ambulan ni nak kuar dari jalan parit daun tuh. Hambekkkkkkkkkkk... dapat la se'hon' dua dari ambulan tu huhuhu. Haru betul la. Dah la aku ni demam hihi. Dan2 demam.
Sebelum balik, beli nasik kat line clear. Terlupa pulak yang encik hairul ada jamuan raya. Musti banyak 'berkat' nya nanti tuh. Sampai rumah, makan nasik dan makan ubat. Dari pukul 10am aku balik tadi, sampai rumah dah kul 12pm lebih. Musykil aku. Sebelum jumaat encik hairul balik bawak sate, dadih dan muffin. Alerrr rugi je, dah kenyang. Kendian aku potong daging dan siang udang sesiap. Time ni dah mamai2 kesan ubat itu dah. Selesai sumer, dah pukul 2pm. Pas solat, aku pon titon. Biler dah makan ubat nih, badan yang sihat pon rasa demam. Lama jugak aku tido. Sampai pukul 5pm kot.
Up next, jamuan raya edtec.
Monday, 12 October 2009
Cuti Sakit
Hasil karya AyunasiA pada 10:27 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Haicess.. ada pulak gambo mi siput. Kasi aku terliur dlm hari pose nih!
Mi siput ni stended lontong ngan laksa johor la. kat mane2 pun xde.
pebret aku, bubuh sambal bynk siket, pastu kasi lemau siket mi tu. baru mamam!
eyriqazz, salam... insya Allah.
adi, nak kasik lemau tu kena sambal tumisnya cair sket la ek? isy isy isy sodap nyerrrrrrr. meh ar datang raya umah aku, leh aku kasik makan mee siput nih. ada sebungkus lagi tuh.
Post a Comment