Dulu, masa duk bukit perdana, suami ku pernah citer, dia pernah tengok video cara lipat t-shirt. Tapi dia tak ingat caranya. Itu dulu la. Long time ago. Pastu semalam, sorang member aku letak video orang jepun lipat t-shirt ni kat fb. Aku pon, ingat, mesti ini video yang suami ku ceritakan dulu. So, balik semalam, aku pon yo yo o la cerita kat dia, alaaa teknik yang abang pernah citer kan dulu tuuu. Tapi, dia langsung tak ingat yang dia pernah citer kat aku benda tu dulu. Ceh!
Oh, aku terlupa, banyak memory dia yang hilang selepas jatuh motor dulu. Ini salah satu daripadanya kot. Tapi, bab karnaugh map yang belajar masa dip dulu, tak pulak dia lupa ek? Aku lak yang dah lupa. Siap leh ajar aku lagi.
Makanya, petang semalam, dengan poyonya, aku pon buat la video lipat t-shirt versi melayu untuk tatapan korang. Selamat beramal!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment