Ada sesaper perasan tak kenapa eklan bio aura kat tv tu dah takde kuar lagi? Aku pon tak perasan mulanya, hingga lah sorang student aku cakap yang eklan tu dah kena ban sebab ada skrip ni,
"terima kasih bio ura kerana memberi rezeki kepada saya/kami/kami sekeluarga."
Tah, aku pon tak perasan derang ada cakap cenggitu. Macam ada, macam takde? Kalau takde, aku mintak maaf la siap2 ek. Ermmm, rasanya, tak perlu komen kot. Oh, student aku ni kalau bab sembang, serah kat depa. Kadang tu, aku nak mengajar pon derang saje tukar topik. Geram betul.
Balik dari cuti merdeka itu ari, aku ada ternampak satu kedai sedang di renovate kat depan kluang mall. Radix fc katanya. Tah, dah bukak ke belum. Dengar citer saper ek? Katanya sedap jugak ayam goreng di sana. Tah biler boleh pergi try. Eh, israel masih serang palestin eh? Dah boleh makan mcd tak? Hahaha sabau je la aku ni. Macam la boleh mati kalo tak makan benda alah tu. Huh! Aku ingat, kalau sekarang derang tengah takde serang2, takde lah seketul fries = sebjik bom. Sabar sabar sabar... drumet ayamas pon sedap jugak aper...
Oh, tentang lagu itu. Gini, masa awal2 puasa itu ari, aku ada la dengar cite, anita serawak ada lagu raya baru. Maafkan ke gitu lah tajuknya. Aku pon tunggu2, sampai la ke raya, non ado pon lagunya. Cemana nak ada, dah ko bukak sinarrrrrrrrrrrrrrr je manjang. Lagu baru kuar kat era la. Oh, begitu. So, aku pon lupa la pasal lagu baru tu.
Tetiba, masa dalam kete, on the way nak balik dari parit yusof ke parit raja itu ari, terdengar la pulak lagu tu kat radio era kot. Aku pon macammmmmm eh eh, ko ni nak mintak maaf kat orang, tapi kenapa nak marah2? Teran? Remify bagai? Musykil di situ. Memang la kite rberiya2 nak mintak maaf. Kira kalo ko tak maaf kan, aku rela matik la. Tapi, bior la berpada2. Tau la kalo ulang korus banyak2 kali kena tukar2 nada kan. Bermula dari saat aitu, aku terus ban lagu tuh. Boikot lagu maafkan anita serawak!!! Over ke?
Friday, 9 October 2009
Saya Ban Lagu Itu
Hasil karya AyunasiA pada 10:32 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
salam...akk cm mrh jer..kekekeke..sabau2..mrh2 smpn dlm poket...=)
salam... takde marah de...
Post a Comment