Masa pun berlalu. Dan tiba lah masa result spm keluar. Selepas itu, baru lah borang permohonan itm dijual. Masa tu itm tak masuk dalam upu. Bukan universiti pon. Sekali lagi, kena beli kat post office. Haaa yang ni tak ingat regenya baper. Murah la kot. Borang itm ni kita dah boleh isi result spm sebenar. Masa tu kompiden giler bahawa kami akan dapat masuk itm nih. Yang upu tu kira buat ada2 je lah. Tambah lagi kami ada contoh2 terbaik ketika itu. Abang ngah suami ku dulu belajar di itm dan ketika itu sedang buat degree di uk. Eita kakak ku pulak memang sedang belajar di itm. So, memang kepala otaknya tak terpikir nak pergi tempat lain dah.
Dalam masa yang sama jugak, aku dapat offer masuk form 6 di sekolah tun habab. Ramai lah jugak kengkawan yang pegi. Aku dengan kompidennya tak pergi pon. Dah isi 2 borang dah, takkan satu pon tak sangkut kot?
Selain itu juga, beberapa orang kawan dah pon masuk ppp untuk ke luar negara. Jeles banget masa nih. Seronok nya dapat gi oversea ek? Aku je yang terpikir nak mintak. Sekali lagi, tak sanggup berpisah. Uwek uwek! ;) Ada hikmahnya.
Tak lama kemudian, baru lah dapat tawaran. Pada zaman tu, kalo nak tau dapat ke tidak, kiter leh call no 600-xx-xxx yang mahal tuh. Kemudian baru surah tawaran sampai. Memula dapat tawaran u dulu. Aku dapat cos degree electronic engineering di utm skudai, sementara encik hairul dapat diploma electrical (perhubungan) di utm kl. Masa mula2 tu aku punya frust macam nak rak! Marah pon ada sebab aku tak tau pon yang dia mintak diploma. Diploma komfem la kat kl kan. Idop2 aku ingat dia mintak sama ngan aku iaitu degree. Hangin betul la. Dia kata, dia sekolah vokay je, tu yang tak kompiden nak mintak degree tu. Adoiyaiii hampa kecewa teros. Langsung takde mood nak masuk u.
Dalam pada yang sama, aku cuba lah jugak mencari dana untuk membiayai aku daftar masuk utm tu. Yuran dia rm1.6k beb. Mana nak cekau tuh? Aku kompol duit keje kilang pon tak sampai 1k. Calling2 adik badik sumer, kak onnie offer nak bayarkan yuran rm1.6k tu. Tapi, itu je lah yang dia mampu bagi. Tu pon dia nak korek tabung haji dia. Time tu leh kuar kan setahun sekali je dan ada limit kot. Belanja2 lain dan belanja sementara tak dapat scholar atau loan, masih kabur lagi. Sedih sesangat time tu. Ye lah, dah tentu2 la makan minum pakai sumer nak kena pikir kan jugak kan? Buku2 lagi.
Dalam pada sedih2 tu pon, masih ada sinar harapan sebab kami masih ada satu lagi application yang belum dapat jawapan. ITM! Memang tawakal je lah dengan keputusan itm. Kalo tak dapat itm, memang terpaksa masuk utm jugak. Dan terpaksa buat keje part time ambik upah cuci pinggan kat cafe lah kot hukhuk. Dan masa tu memang kami desperately berharap sesangat agar dapat offer itm. Ya ampunnn gelabah beb. Tetiap ari pergi tengok surat kat post mini. Masa tu lom ada postman lagi kat kampung aku. Ingat lagi, aku pergi setiap petang sebab surat salu sampai area nak tengahari dan kena bagi masa untuk derang asing2kan surat2 tu mengikut blok. Makan hari jugakla menunggu tuh.
Dan penantian ku tidak sia2. Tak lama kemudian, aku pon dapat surat tawaran itm. Happy sesangat! Satu sebab komfem boleh pergi sebab yuran murah sajer. rm4++ gitu je. Dua, sebab kalau pon encik hairul tak dapat itm, kl-shah alam tu takde lah jauh sangat hehe. Yahoo!! Sehari, dua hari, tak muncul2 surat tawaran untuk encik hairul. Takkan tak dapat kot? Utm yang universiti leh dapat, takkan itm takleh plak? Kengkawan satu sekolah beliau yang result seadonya pon dapat tau.
Oleh kerana tarikh pendaftaran dah semakin hampir, kami teruskan juga lah dengan medical check up dan segala yang sewaktu dengannya. Untuk medical check up, kami buat di klinik apa eh yang belakang mara tuh? Geetha ker? Masa tu tak banyak pilihan klinik yang ada xray. So, memang berdoyon tiba la orang yang buat mc kat situ. Fendi, ko pon buat kat situ kan? Aku ingat, ko dapat ito masa tu. Masa tu, itm je yang mintak ujian jenis darah. So, aku e'awal lagi dah tau, aku berdarah b positif. (Sila bersedia untuk menderma sekiranya aku memerlukan ek?)
Kengkawan yang masuk form 6 pon ramai yang dapat matrik. Masa tu juga, aku ada rasa sedikit down sebab aku masuk itm untuk ambil diploma. Sedangkan kawan yang lain tu ada yang buat degree dan selebihnya masuk matrik. Matrik tentu lah untuk masuk degree terus, kan? Kesian aku. Tah2 ada yang kutuk aku, harap je sekolah asrama penuh, tapi buat diploma jek? Kesian aku kat diri sendiri :(
Ah, persetankan semua itu. Peduli apa orang nak cakap. Bukan aku tak layak buat degree pon. Aku je yang tak nak (atas alasan2 tadi la kannn). Yang penting sekali, aku tak berjauhan dnegan cinta hati ku kehkehkeh. Sila jangan contohi perangai begini ye hadik2. Sekolah dulu pandai, masuk u sumer, kendian baru lah carik boifren. Kalo nasib baik grad2 je terus kawen. Takyah bersusah2 berpanas hujan berembun, tak pernahku hirau kannn asal dapat memenuhi segala keiniginan lalala (iklan sat, promosi lagu sejarah mungkin berulang tomok nyanyi sambil buat gaya sakit perut).
Bersambung lagi...
Saturday, 31 October 2009
Pengalaman Masuk Menara Gading Part 2
Hasil karya AyunasiA pada 10:23 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Cet, mcm tau2 je aku selalu baca blog dia...haha
Apa kelas Klinik Geetha...x main la...aku buat kat Glaneagles...aik betul ke eja camnii hehe
hahaha blah la ko. eja pon salah, tak ngaku plak buat mc kat geetha. tapi rasa2 mcm ada satu lagi klinik kat situ, siraj ke suraj kot. ke kiter buat kat situ kot? tah, dah lupa. abaikan...
Post a Comment