Akhirnya, kawan ku ini sudah berkahwin dengan jayanya. Weekend lepas, aku gi kl sebab nak pegi kenduri kawin dia ni lah. Ada beberapa sebab kenapa aku wajib pergi kenduri dia.
1. Dia datang kenduri kawen aku dulu. Tapi versi umah semenchu la. Time tu kiranya kami antara yang paling awal kawen. So, sumer bujang2 lagi. Derang datang beramai2 dari kl tau. Dah lah kasik hadiah microwave oven dan periuk nasik. Tak ke rasa bersalah kalo tak buat kunjungan balas? Dia pulak jenis semua kawan kawin mesti pergi walo di utara selatan timur barat. EH, actually ni sebab kecik je kerana kenduri kawan2 yang lain pon banyak yang kami tak pergi. Sebab yang lebih konkrit ialah...
2. Dia ialah kawan se batch aku dalam pekerjaan ini. Sama2 lapor diri kat jpm, kendian sama2 masuk jpk, sama2 pegi bukit tinggi, sama2 dicampak ke ilp (aku mersing, dia kl), sama2 masuk ci@st (satu bilik pulak tu), sama2 gi induksi (pon sebilik) dan btn (pon pon sebilik gak) dan sama2 duk department ppp kat jpk sebelum aku pindah ke sini. Eh cop! Yang pegi bukit tinggi tu pon sebilik jugak hihihi. Pendek kata, kira roomate kedua ku selepas encik hairul ar kalau dikira sejak aku dah kawen hehe.
Ok, itu je sebabnya. Lain la kalau aku tak pergi, kan. Kena la carik lagi banyak alasan. Ni dah pergi pon nak kasik tunjuk sebab kenapa pergi pulak. Apa kes?
Selesai ber hu ha hu ha (encik hairul la yang hu ha hua ha sebab kawan2 yang datang sumer kawan2 uitm batch derang. geng jpk aku tak nampak bayang?) kami terus je balik. Tak larat ler nak jenjalan lagi. Aku memang takleh enjoy2 sangat ari ahad sebab ari isnin akunya kelas kul 8am. Subjek baru, banyak kena kais pagi makan pagi. Jadi, dari au5, kami terus menuju ke selatan.
Yang dulu datang bujang, sumer dah berkawen. Kecuali yang baju biru, semuanya geng uitm batch encik hairul. Aku menempel sebagai 'awek ayun' je ketika itu. So, kenal gitu2 je lah.
Kecuali yang hujung kiri dan kanan (kot?), semua pon batch derang gak. Oh, apa kaitan dengan pengantin? Pengantin adalah se batch ngan derang arrr. Aku senior sket hehe.
Balik tu, teringin pulak nak makan mee bandung. Kata, kan nak makan makanan kegemaran kan. So, kami masuk tol ayer keroh dan pegi muar. Dekat ngan jasin, ada road block plak. Panjang ar jugak. Menyusahkan betul. Sampai muar, terus gi abang sayang. Hampessss! Derang tengah nak tutup sebab ada baraan pulak di rumah. Rasa nak nangis jek. Dengan perasaan hiba, kami pon balik la. Huuuuuuuuu kempunan lagik.
Tapi, jangan kecewa sangat. Ada lagi tempat nak makan mee bandung sedap kat muor tu. Seperti di parit bulat. Pernah makan kat situ sekali, tapi dah lupa, sedap ke tidak. So, kami singgah ler di situ. Oh, kalau nak tau lokasinya, dari muar ke bp, ada 2 jambatan yang tak pernah siap bertahun2 lamanya. Ada lencongan di situ. So, kedai ni terletak sebelum jambatan yang kedua itu.
Makan punya makan, ermmm sedap. Pedas lagik. Sebelum balik, kami beli perencah mee bandung dia. Ini sudah bagus. Tak payah susah2 nak datang sini lagi. Hopefully rasanya sama seperti makan di kedai. Sampai rumah lebih kurang jam 9 malam. Penat hoh.
Friday, 23 October 2009
Selamat Pengantin Baru, Shue!
Hasil karya AyunasiA pada 10:00 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment