BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 19 July 2011

Prom Night!

Wah! Sejak bila n0rasiah pandai berparty neh? Apakah? No nehi nehi. Aku tak pernah pergi party selain party hari jadi alissabrinawati anak cikgujamidah masa kecik2 dulu. Sebagai budak kampung aku adalah tak faham tentang party2 orang bando ni.

Isunya di sini ialah, itu ari, time kami balik kampung, kat tv tengah tayang citer melayu. Tak ingat drama ke telemovie ke movie tah. Tapi tak kira lah apa bentuk pun. Yang membuatkan kami terkedu ialah apabila mil dengan tiba2 tanya, korang masa kat u pun ada pergi party2 cenggini ke? Gulp!

Ekceli dalam citer yang kami tengok tu derang ada party prom night ni. Apa kebende prom night tu he? Kalau ikut pemerhatian aku melalui movie2 melayu, barat dan hindi, dia ala2 party tari menari kena bawak kapel. (sebab mesti ada adegan berebut pasangan) Ek?

Yang aku musykil he tu, adakah univesti awam kiter ada buat atau membenarkan party seperti itu eh? Tapi setahu aku, kat yuitm memang takde la. Tapi juga, kalau tengok citer papad0m yang lokasi penggambarannya ialah yuitm, kan derang ada buat party kat padang memanah dekat ngan swimming pool tu kan.

Kalau malam pra graduan tu aku pernah la dengar. Tiap2 sem ada buat. Tapi, idak ler sampai menari2 bagai dan memakai evening gown ke haper. Takat mekap2 je kot hahaha.

Agaknya mil ingat kitorang dulu pon kaki party kot ek? Ini semua salah pembuat2 citer. Tak pepasal mendapat tanggapan negatif dari ibu mertua huhuhu.


2 komen:

cheqna said...

entah..cheqna masa study dulu tak pernah terlibat dan amik tahu pasal hal cam gini...

AyunasiA said...

kan kan kan? tapi dalam citer2 melayu memang selalu ada.