Malam tadi kami solat terawih di masjid yuthm. Sehelai sepinggang. Kalau ada roadblock tiba2 ni, komfem dah kena saman. Tapi seumur hidup aku macam tak pernah ada roadblock kat area ni. Kali ni jemaah muslimah tak perlu naik ke tingkat atas. Kat belakang dewan utama je. Tak tutup pun, cuma ada tali merah jer sebagai pembahagi. Boleh nampak lah imam al-hafiz tu. Nampak gaya macam sihat je dia, tak nampak seperti mangsa kebuluran seperti yang aku bayangkan huhu.
Masa solat isyak, tiba2 aku terasa macam berada di masjidil haram. Sound system dia kot. Ditambah pula dengan bacaan imam yang tak macam orang kita. Dengar je pun boleh kenal, ni bukan orang malaysia. Tapi sedap bacaannya. Paling aku suka part waladdhollin dalam surah al-fatihah. Pekat lekat huruf dhod dia hihi.
Bila dah feeling2 masjidil haram tu, langsung aku teringat (tiap2 hari nostalgia ek)... Semasa solat di sana, ada beberapa kali imamnya memberhentikan bacaan surahnya kerana menangis. Sampai kita yang makmum ni turut menangis jua. Detik itu, cuba bayangkan, tengah solat, suasana senyap sunyi (kecuali suara budak kecik menangis la kan), and mendengar esakan imam itu, mahu nya tak syahdu. Yang aku ingat, ada sekali tu, dua kali beliau menangis dalam satu solat, iaitu ketika membaca surah ar-rahman. Alaaa surah yang banyak fabiaiyi aalaa irabbikuma tukazziban tu.
Tetiba masa solat terawih tu, aku terdengar imam tu baca, ar rahmaaan... eh, kebetulan, sama la pulak seperti yang aku fikirkan.
Sekian.
Friday, 10 August 2012
Ar - Rahman
Hasil karya AyunasiA pada 10:34 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment