Wednesday, 29 August 2012

Blogmovie Raya : Drama Dua Babak - Babak 2




 Sabtu, 25 Ogos 2012 bersamaan 7 Syawal 1433H

Bangun pagi ni, tengok2 encik suami dah ada atas loteng. Menyiapkan dokumen yang diperlukan oleh sarjan semalam. Rupanya tengah malam tadi encik suami dah post di fb tentang kes ini. Maka ramai lah rakan taulan yang melahirkan simpati dan memberi nasihat dan kata2 semangat. Insya Allah, kami ok.

Semalam dah plan, besok nak pergi jb, hantar dokumen ni, dan terus melantik diri menjadi CSI. Encik suami kata, dia rasa mungkin kereta tu ada kat bengkel kereta. Bengkel kete potong. Kalau kita jumpa je nanti, terus telefon sarjan tu. Pastu kiter bunyikan alarm. Kemain lagi nak jadi csi. Oh, lupa nak cerita. Semalam kami suspek kereta itu ditarik dengan tow truck sebab stereng pun di lock. Jadi, susah lah sikit kalau orang nak curi pecah tingkap pun. At least kena ada gergaji ke haper nak pecahkan stereng punya lock tu. Kalau pun dia nak buat cenggitu, tak sesuai pulak di siang rembang cenggitu. Memang lah solat jumaat tu ada khutbah, tapi rasanya masa khutbah masih ada orang berjalan lagi kat situ. Kalau dia buat kerja masa solat pun, solat 2 rakaat je kot, tak banyak masa. Yang mengukuhkan suspicion itu ialah, kereta itu di parking di tepi jalan, simpang 3, depan sekali (antara deretan kereta2 lain). Kiranya macam tadah diri la untuk ditarik, gitu. Encik suami memang suka parking kekdah 'supaya senang nak keluar'. Kalau parking biasa tu, suka masuk secara undur. Aku selalu tegur, bahaya kalau masuk secara undur sebab barang banyak dalam bonet belakang kan. So, kalau orang nak curi barang ke, memang orang lalu lalang tak nampak. Kalau masuk depan kan, at least orang lalu lalang boleh nampak dia tengah korek2 umpil2 ke kan. Ni tengok, memang senang la sangat kan.

Lebih kurang pukul 2 petang, barulah kami keluar. Aku cakap kat encik suami siap2, jangan terlalu mengharap. Aku pun tak yakin scene bunyikan alarm lepas telefon sarjan itu akan berlaku. Try call henfon, not reachable. Dah abis betri lah tu. On the way, singgah makan nasi ayam. Kalau selalu, akulah yang akan habis dulu bila makan nasi ayam kat situ. Ni, separuh jer aku dah rasa kenyang. Malam tadi pun aku makan sikit jer. Barulah aku faham perasaan orang yang tak berselera bila dalam masalah.

Lepas makan, kami terus kan perjalanan. Tengah jalan, terjumpa kereta kawan seadtec. Memang jarang jumpa kereta stream warna merah. Keluar tol kempas, terus exit di pandan, jalan tebrau. Dari situ, kami ke crime scene dulu. Biar abang tunjukkan tempatnya, kata beliau.

Sampai di kampung kurnia, encik suami menunjukkan laluan yang digunakan semasa pergi ke masjid semalam. Sini, belok sini belok sini.  Ha, masjid kat belah kiri, abang parking kat belah kanan ni. Bila beliau belok je ke kanan turun bukit,

Eh, ada lah kereta kita!!!

Aku tak tau nak terkejut ke apa. Yang penting aku nak nangis. Huaaaaaaaa...

Macam mimpi, tak sangka. Terus aku terfikir kisah ashabulkahfi. Macam aku tertido sehari dan babak semalam berlaku di dalam mimpi.


Sebenarnya kereta tu tak hilang. Yang hilang sebenarnya ialah ingatan encik suami hua hua hua. Sabo je lah. Boleh dia lupa kat mana dia parking? Dusy dusy dusy!

Al-kisah, kita patah balik ke masa kejadian (di pihak encik suami pulak). Masa beliau sampai di masjid tu, khutbah dah habis, so beliau cecepat lah meninggalkan kereta di situ. Kiranya tak sempat nak snap la gambar lokasi tersebut dan disimpan di otak. Yang diingat, kat simpang 3 belah kanan. Nama jalan pun tak sempat ingat. So, lepas habis solat, beliau keluar lambat sikit. Orang dah nak habis baru beliau keluar. Entah macamana, beliau menuju ke arah yang lain. 90 darjah dari lokasi kereta. Dah habis pusing, sedang beliau menuju ke arah lokasi, beliau bertembung dengan seorang pakcik. (dah ditakdirkan perjalanan itu terhalang) Tanya la, mana balai polis terdekat. Pakcik tu sebut beberapa, termasuk majidee dan larkin. Pakcik tu suh pergi tanya kat rumah YB, berhampiran dengan tempat itu. Beliau pun pergi dan akhirnya YB menugaskan seorang brother tu menghantar beliau ke balai majidee. Langsung terlupa nak teruskan perjalanan yang terhenti ketika bertembung dengan pakcik tadi. Ye lah, nak dijadikan cerita, ye dak? Sebenarnya, kalau beliau teruskan lagi sikit je, terus jumpa simpang yang masjid belah kiri, belok kanan jek, terus boleh nampak kete tu. Tapi, tu lah... Betapa lemahnya deria manusia.

Semalam masa aku cakap, entah2 abang tersalah cari tak... dia boleh2 kata dah pusing keliling masjid dah. Jauh jugak dia pusing tu. Cuma tak tersampai ke tempatnya. Yang aku heran tu, kenapa lah dia tak tekan alarm kete tu ek? Kan kalau kiter lupa tempat parking, kita boleh tekan alarm kan. Dia kata, jauh. Mana dia tau jauh tah. Tension je gue.

Sebaik sahaja kereta dijumpai, beliau terus menelefon sarjan. Sarjan suh tarik balik report di majidee. Hari isnin dia suh datang jumpa dia pulak. Encik suami dah risau, takut2 kena charge menipu pulak. Siapa lah yang sanggup susah2 demi nak menipu, ek? Maka kami pun pergi ke balai. Aku bawak kancil.

Ayang bawak avanza lah.

Tak nak! Malu! (malu kat kereta tu hahaha)

Sebelum ke balai, kami singgah di masjid tadi. Kemudian baru ke balai. Sampai di balai, encik suami ajak masuk sekali.

Takmo, malu!

Keadaan asal ketika ditemui. Stereng masih elok dikunci.

Park kat jalan lambang, cari kat jalan anugerah. Mana nak jumpa???

Elok je dia duduk kat depan rumah orang. Agaknya tuan rumah tu pun heran, kenapa kete ni tak gerak2 sejak semalam. Nak kata sedara beraya, takde pulak.

Sampai balai, aku tak ikut masuk. Malu jugak!

Benda pertama yang aku pastikan ada. Feh!

Tudung ni sil pinjam masa raya ke 4, tak sempat basuh lagi.

Buku2 yang belum habis baca

Baju raya ku... 3 pasang rupanya yang belum pakai. Ingat 2 jek???

Drill

Betul tu. Saya sedang diuji. Di bawah tu beg sejadah yang dibeli di mekah. Sayang woo...

Beg besar. Kalau orang yang jumpa ni jujur, mesti boleh pulang balik sebab ada alamat rumah dan  nombor telefon kami. Aku buat tag ni masa nak pergi umrah dulu.

Laptop di dalam beg disimpan di dalam beg besar. So, tak nampak.

Keadaan ketika ditemui.

Kiri, kasut kerja, kanan high heel

Kuih kapit yang dibekalkan oleh MIL.

CD ustazkazim

CD ustazkazim dan UAI

CD hiburan dan keagamaan.

2 biji charger

Cermin mata hitamku

Kunci rumah kami (encik suami punya)

Ok, dah selesai tarik balik report semalam. Sekian aduan saya.
Selesai di balai polis. 

Kita nak pergi mana?

Kita sambung balik lah yang tergendala semalam. Pergi kipmart (takde mood dah nak pergi angsana)

Ok, abang jalan dulu.

Aku pun memfollow encik suami. Kali ni aku bawak avanza la. Duduk dalam avanza tu, aku sengih sorang2. Kelakar betul lah.  

Tiba kat tampoi, encik suami masuk ke susur ke angsana. Aik? Nak pergi mana pulak ni? Memang semalam dah plan nak pergi maidin sebab nak membeli benda2 yang hilang, tapi  ni dah jumpa, tak jadi lah. Rupa2nya beliau ajak pergi angsana. Sampai di angsana.

Kenapa pergi sini?

Abang nak belikan ayang anting2 lah. (ganjaran atas kesabaran lah kot ek?)

Selesai membeli belah, kami ke kipmart. Maghrib di sana. Kemudian terus balik. Sempat lah beli tombol pintu yang baru hihihi. Tak pasal2.

Sampai di Ayer Hitam, singgah makan dulu. Macam dah ada selera. Betul ker?

Order set ikan siakap
Betu betul betul! Memang berselera sangat!
Sekian lah drama dua babak untuk istimewa raya tahun ini. Ini pasti akan menjadi kenangan sepanjang hayat.
Semoga ia akan menjadi tauladan kepada kami dan anda jua. Sekian.

10 komen:

ayzaqaysukashah... said...

cheh penat je ok

ayzaqaysukashah... said...

cheh penat je ok

Unknown said...

hihihihi, semalam akak baca babak pertama tumpang simpati, tapi tak tahu nak komen apa, hari ni baca babak kedua, gelak tak hingat, memang kelakarlah asia.....jangan marah ya akak gelak.

Apa pun syukur kereta tu tak hilang, alhamdulillah cuma ingatan suami je yang terlupa sikit, kalau hilang betul mesti mood masih tak kembali kan....

AyunasiA said...

kakyus: saya pun heran kenapa takde orang komen babak pertama. maybe tak sampai hati kot hihi. tapi tau, kawan fb dah tau babak kedua, cuma tak tau cerita macamana boleh jumpa balik. memang patut gelak pun. saya pun kalau teringat akan tergelak sendiri. adoiyaiii kena makan kismis banyak2 nih.

Anonymous said...

hiihihi....mmg lawak la baca cerita drama hari raya ni.. klu david teoh tau mau di buat pilem....

Lub said...

tu la.kalau aku jd ko pun maluuunya la masuk avanza tu..aku rasa, mau sebulan gak la aku akan gelak sorg2 kalau aku drive. why me?why me?????hahaha.

tp mmg kuasa Allah..Dia uji keimanan korg sbb ko baca buku Ust Kazim tu..aku selalu jd mcm tu..kalau lps baca buku 'yg berat2' ni esok lusa aku pasti diuji,bkn la aku kesal membacanya tp menjadikan aku lebih insaf dan memahami tarbiyah Allah.kalau x diuji mcm ni, mcm mana kita nk tau yg ilmu baru kita perolehi dr pembacaan tu,adalah berkesan?kan?kan?

apapun syukur Alhamdulillah, semuanya dh selesai.

dan terima kasih lah sbb call aku as soon as dh jumpa kete tu. sbnrnya aku baru jek 'ngumpat' hal kete ko hilang dgn kwn aku...mmg panjangggg umo ko..dan avanza ko, InsyaAllah..hehehe

Hanisumayyah said...

Ya allah kelakar sungguh.....

catz said...

Yarobiii..
penat je aku excited baca ok..siap undur ke belakang, carik siri satu..
macam banyak lah pengajarannya..
lawak ..
tapi mmg kelemahan manusia kan..Tuhan uji dalam pelbagai bentuk..banyak jugak lah lesson learn kisah raya ngko nih..
kihkihkih..
selalu kalau raya aku tgk TV, tgk macam2 kisah tak logik cth: balik raya kena naik lori ayam..balik raya kena culik, nak balik raya tiket bas xde..etc..
sekali drama kau ni lagiii hebat eh..
Tapi Polis tuh maknanya idok le pi kat crime scene eh..kalau dia ronda situ2 tah2 jumpa dah..
kihhhh...
aku senyum2 pulak baca ni haaa..
tapi ko ada mention yg ko tak rasa apa sangat kan..macam ilang selipar kat masjid..
normally, aku kalau brg hilang, hati rasa tak gelabah sgt, biasanya akan jumpa barang tuh...
:)
btw, ko buat aku sengih2 pg nih..

Asmida said...

betullah.. aku baca part1 memang sedih...

sekali baca part 2 mak aiiii.... nak terbahak2 ketawa....

Apapun Alhamdulillah semua selamat...
Dugaan dariNya....

:)

Irfa said...

aku mula baca dr en3 terbaru so kena baca undur2 gtu..so aku tahu lah psl keta kena curi

mati2 aku igt mmg kena curi..rupa2nya lupa park kat mana..aduhai

smpai skrg aku senyum sensorang