Wednesday, 29 August 2012

Aidilfitri 1433H - Biru DiRaja / Royal Blue / Electric Blue Katanya

Besar tak, besar tak? Demi nak meng'extra large'kan gambar, ku sanggup mengubah template ku ini sekaligus menukar header juga. Tapi tangan gigil edit gambar. Lantak ler... saper nak bagi markah pun kan? Sebenarnya aku yang tak puas tengok gambar kekecik. Peduli haper dengan korang.
Okeh, dah habis drama, kiter balik semula ke cerita hari raya. Hari jumaat tu ingat, dah tamat hari raya aku tahun ni. Tapi ni ditarik balik lah. Boleh sambung raya.
Baik lah, seperti biasa, aku akan mulakan dari hari aku mula bercuti. Jumaat. Ikut kan aku ada kelas lagi hari jumaat, tapi bayang orang yang nak belajar tu pun dah kabur2 sejak hari rabu lagi (ramai dah beli tiket balik kampung hari rabu, khamis), maka aku terus cuti. Boleh, ada budak ni kata dah beli tiket. Bila aku tanya, nak balik mana? JB. Woi! Bukan tiket bas jb dibeli dan2 tu ker? Bukan dia ada setiap sejam ker? Ada tu pulak, budak peserai, nak cuti hari khamis, cakap nak balik kampung nenek dia kat kedah. Sekali bila telefon mak dia, mak dia kata tak payah balik hari khamis, hari jumaat pun takper hua hua hua. Kantoi di situ.

Maka, hari khamis tu aku tak masak dah. Balik keje terus ke bazaar panjang. Terjumpa lak dengan akak smiling face. Dia kata sebulan dia cuti berniaga. Patut lah tak nampak kat mana2 bazaar. Malam tu terawih di paritjambul. 

Hari jumaat, encik suami masih keje, tapi katanya diberi cuti half day. Pagi tu aku kemas rumah, cuci toilet dan kemas beg. Pastu bagitau kat encik suami, kalau siap cepat ni, kiter balik kampung petang ni lah. Kalau balik malam, besok kena keluar lagi. Malas dah aku nak keluar sebab besoknya dah nak raya. Kalau balik petang, boleh solat terawih kat kota, pastu terus soping moping kat kota, terus balik eto5. Eh? Lagi pun aku dah tau, kalau balik malam, komfem terus balik semencu. Dah komfem tak dapat sahur kat eto5. Masa awal ramadhan aritu kan aku tak sempat sahur kat eto5. 

Dah siap semua, lebih kurang pukul 5.30 petang, kami pun bergerak balik kampung. Singgah bazaar ramadhan tamansrilambak. Kebanyakan makanan dah habis. Dapat beli ayam goreng jek 2 ketul. Air bawak dari rumah. Air kotak anggur dapat dari mana tah. Selepas itu, aku pulak yang drive sebab encik suami nak potong kuku (ingat itu lah kali terakhir aku drive avanza huhuhu). Sampai semangar kot, masuk waktu maghrib. So, kami berhenti berbuka di depan balai polis kampunglukut. Kesian jek. Pastu terus pergi masjid kota. 

Baru aku perasan, masjid kota tu sangat lah klasik. Takde dekorasi. Macam jaman dulu. Sementara tunggu waktu isyak, aku khatamkan baca al-Quran. Dah sampai surah Dhuha dah. Ingat nak khatam sama2, tapi tak sempat lak, sebab dah balik awal hari ni. Masuk waktu isyak, derang bukak penghadang. Jemaah muslimah solat di belakang. Ramai. Lepas terawih, kelihatan mereka bersalaman dengan ucapan hari raya bagai. Oh, hari ni last terawih ek?

Dari masjid, kami cari kedai makan. Last2 makan kat gerai bakso. Aku order mee goreng. Sedap pulak. Lepas makan, baru lah misi memburu tudung bermula. Mata dah mengantuk giler. Sampai pukul 12 malam, orang masih ramai. Masa balik kereta penuh atas jalan kota-desaru. Tapi tak jem la. Sampai eto5 lebih kurang kul 12.30. Tak lama kemudian, eita pun sampai. Pastu abang ali pulak sampai.

Waktu sahur, abang tp pulak sampai. Tak lama kemudian, mala pulak sampai. Aik? Macam berjanji pulak waktu sampai nya. Besok pagi, mandi2 dan terus balik semencu. 

Kat semencu, rupanya kami je couple yang balik. Lelain cuma yang bujang. Maknanya? Secara automatik aku dilantik menjadi tukang masak. Yeay! Kami berbuka meehun goreng. Cikleha dah hantar lauk raya.

Comel jek kotak kasut ni. Dia lukis sama sebijik dengan kasut sebenar. Kasut ni ada cerita juga. Masa aku jenjalan kat ksl sebelum kes kereta hilang tu, aku terjumpa kedai kasut emax ni. Memang ada kasut ni. Siap aku tunjuk kat encik suami, abang, kasut sama! (memang aku riang ria jer sebelum kejadian itu) Bila dah hilang tu, ingat boleh lah beli semula kat situ hihihi.

Hari rabu petang, aku cakap kat member, agak2 kak timah ada buat lebih tak kek serawak ek? Dan2 tu kitorang call kak timah, kata nak datang terjah. Sibbaik dia buat lebih yang kecik2 (potong 3). Bila sampai rumah dia (kat kuarters je pun), nampak banyak kek besar. Orang punya. Sibbaik dia bagi beli yang besar jugak. Nanti dia ganti yang lain.

Lepas maghrib, mereka menghabiskan tadarus. Sorang 2 juzuk pun tak boleh habis. Ni terpaksa cover kan orang2 yang sibuk sangat tak sempat habis kan. Haih...


Lepas isyak baru operasi memasak bermula. Semua belum buat. Ayam ngan daging je yang dah siap cuci. Aku berdua je dengan sil yang memasak. Sorang lagi sil yang boleh diharap, terpaksa meng alter seluar baju raya abang dia pulak. Yang sorang lagi memang tak yah harap la. Encik suami tukang parut kelapa. Memula aku masak rendang hati lembu. Tak pernah umur aku masak hati lembu ni. Tapi hentam je lah. Masak rendang sama je kot guna bahan apa pun. SIL pulak masak rendang cili api daging. Kendian aku masak sambal kacang dan kuah ayam masak merah. Siap semua tu dah pukul 3.30 pagi. Ya, macam lirik lagu lagu anuar dan elyna. Penat memasak malam ke pagi lalala... Pastu aku terus tido.

Ahad, 19 Ogos 2012 bersamaan 1 Syawal 1433H

Pagi raya terlajak namanya. Semorang kesiangan. Sedar2 je, dengar pengumuman dari masjid, solat hari raya akan dimulakan jam 8 pagi. Melompat lah semorang.

Cepat2 bersiap!

Masa kete hilang, tengok gambar ni pun dah rasa syahdu. Baju raya, porch bag... (eh, porch ke, pouch  sebenarnya ek?)

Cop! Pose sikit.

Aku pula, sibuk menjahit tanda stokin. Kalau beli stokin kat maidin, selalunya sebungkus tu ada 3 pasang yang sama. So, untuk membezakan mereka, aku jahit lah kat setiap pasang. Comel, kan?

Terkubur impian ku nak ikut bersolat raya kerana kesuntukan masa (alasan!).  Maka aku bersiap sendiri je lah.
Balik mereka dari masjid, baru lah dapat makan. Selalu sempat makan dulu sebelum pergi.



Rendang hati. Dah raya ketiga baru rasa sedap rendang ni. Baru2 masak macam tak sedap.

Sambal kacang yang dah macam kacang masak sambal sebab tukang blend kacangnya belum mahir memblend kacang. Nampak tak kacang sebijik2 tu? Aku pulak tak tengok2, main curah je masa masak tu. Dah pukul 3 pagi kot. Alah, masuk perut dia hancur la nanti...

Entah, ni rendang saper tah. Nak kata rendang cili api yang sil masak, warnanya tak macam rendang cili api?

Ini mil yang masak sebab beliau je yang sanggup bangun pagi raya untuk memasak hihi

Daku di pagi raya. Perasan tak?

Alerrr tak perasan ker? Kan sofa baru tu hihi

Punyalah banyak jahit baju, tapi baju raya pertama dibeli siap. Tahun depan aku nak beli kain sekayu ngan baju melayu lah. Senang sikit.


Lebih kurang pukul 11 pagi, ketika semorang pergi baraan, aku adalah pengsan. Ngantuk giler2 punya. Sedar2 dengar orang tengah selawat di luar. Oh, dah sampai rumah ni. Waktu tu pukul 1 tengahari kot. Itu pun aku tak bangun lagi. Pukul 2 baru aku bangun. Segar je rasa.

Lepas encik suami balik baraan, baru lah kami balik eto5. Terus terpa meja makan, cari rendang dan lodeh mak. Lepas makan, encik suami pulak tido. Aku tengok tivi sampai tertido jugak hahaha. Bangun tu, lepas asar sumer, kami ke kuburan beramai2. Balik tu pusing2 eto5. Sebelum maghrib, kami balik ke semencu semula.

Cantik pulak lumut kat tepi rumah ni. Oren warnanya. Dia tau ke dia duduk kat tanah felda?

Bergambar di eto5 pulak. Di belakang ku itu ialah tingkap yang aku cakap sama sebijik dengan tingkap kat studio jalan ampas tu ari. Ingat tak?
Haaa sama kan? Sebijik!

Kat sini baru nampak warna sebenar baju ni. Aku tersuka pada warna ni selepas menonton semanis kurma hehehe. Masa tu lepas raya tahun lepas. Ustazah ngan ustaz tu pakai baju warna ni. Terus plan untuk baju raya tahun ni. Untuk raya tahun depan dah plan jugak. Inspirasi dari semanis kurma jugak hihi.

Budak yang dipaksa ambikkan gambar kami hehe. Amirmursyid.
Sampai di semencu terus solat maghrib diikuti dengan acara khatam Quran. Bila tak ramai cenggini, nak buat apa2 pun boleh buat on the spot. Kalau ramai2, nak tunggu ini lah, itu lah, dia ni lah, dia tu lah.




Lepas tu, sesi bermaafan pula. 




Selepas makan malam, kami pun bersiap2 untuk balik kampung. Mengambil iktibar dari 2 tahun berturut2 yang perjalanan 3 jam menjadi 6 jam kerana jem di ayerhitam, kami mengambil keputusan untuk bergerak malam. Tido di rumah kami dan keluar beraya dengan gembira besok pagi. Kalau tersangkut dalam jem, raya dah tak riang ria lagi dah.

Lebih kurang pukul 10.45 malam, kami pun keluar rumah. Lalu hiway desaru-senai untuk ke kulai dulu. Pergi rumah pak andak sebab mok teh baru sampai dari kl. Sampai di sana, gelap gelita. Ingat dah tido, rupanya black out. Maka bergelap la kami sambil makan kuih raya. Tengah kami bersalam2 nak balik, baru lah lampu hidup. 

Sebelum keluar tol kulai, aku dah terbang dulu. Tau2 dah sampai paritraja. Tamat lah kisah 1 Syawal pada tahun ini.

2 komen:

spyz said...

pouch bag..

tips ambik gmbr, jgn mengadap cahaya.. ie. tingkap, matahari.. sbb tu kitorang alih sofa mak ke dinding bilik..
tp kalo nk amik gmbr pmandangan ie. sunset/sunrise, off kan flash, gmbr akan cntik jd silhoutte..

Lub said...

obvious sgt ko happy dan legaaaaa sgt2 masa wat entry ni kan..