BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 3 September 2012

Aidilfitri 1433H - 2 Syawal Di Parit*Raja Beraya Di Batu*Pahat dan Muar

Dalam banyak2 pengajaran yang aku perolehi dari kejadian itu, satu pengajaran paling utama dan kunci segala pengajaran ialah, kalau nak tukar kereta, tukar ajer, takyah nak berangan, tulis, cakap bagai. Ni sampai publish kat blog, cakap dalam dia, cakap kat belakang, mau tak dia merajuk. Yang paling best sekali, masa on the way ke jb tu, tengah dekat area johor jaya, desa jaya gitu, sebijik teana putih lalu sebelah AH dan aku dengan mulut takde insurans nya (AH pun ambik insurans tau) cakap, e'eh... cantiknya kaler putih.... nanti kita beli yang kaler putih la. See! 

Ok, sambung cerita raya.

Konon nak keluar pagi2, tapi semua lebur. Sampai malam tadi dah pukul 2 lebih. So, bangun tu terus siap2, sarapan lebih kurang. Makan lauk raya semalam. Sebelum keluar, bergambar dulu. Semalam tak sempat nak bergambar keluarga.

Ini je yang ada. Separuh je anak yang ada.

Susunan ni lagi cantik, tapi terselak pulak langsir tu. Spoil betul.

My PIL

3 dara pingitan. Bila la korang ni nak kawen. Aku dah rindu nak gubah hantaran hehehe

Hari ni tema merah

Kebetulan tahun ni aku takde baju merah

Tak tau nak tengok kemre mana...

Aksi tengok cctv kekdahnya

Kemre bil ni lagi canggih, padahal kemre murah je. Dia boleh sambung2 frame. Kemre aku pun takleh buat cenggitu

Whatever la korang

Siap prop balang kuih lagi, padahal tak sempat isi kuih lagi pun
Mula2 sekali kami beraya di paritraja. Baru ni tau ada sedara kat sini. Rumah dia kat jalan sekolah, dekat ngan sekolahtunismail. Distributor jalen orang ni. Raya rumah dia tak dapat duit raya, tapi dapat kicap sos dan kordial jalen hehe. Gambar takde kat kemre aku.

Dari sana, kami terus hala ke muar. Singgah solat kat sri gading. Pastu terus ke rumah nek yam (kot namanya), mak sedara fil. So, pangkat nenek sedara la bagi kami.


Nek yam ialah adik maktok (emak fil)

Yang bestnya beraya di kampung ialah rumah derang banyak tingkap. Angin sepoi2 pun nyaman jek

Berjumpa dengan anak nek yam ni. Keje dengan spp. 


Lepas tu ke rumah pak sedara fil pulak (kot, lupa apa hubungan derang). Terjumpa seorang makcik ni. Kata anak makcik ni, makcik ni lah yang kenen2 kan mil ngan fil hehe.

Makcik baju kuning. Tokei sekolah menjahit kat seksyen 18 SA. Lokasi kat atas ke sebelah mekdi (aku boleh imagine)

Ni lah pak sedara nya



Dari situ, kami terus ke rumah nenek. Tidur kat rumah nenek malam ni. Lepas isyak, pergi rumah maklong. Balik tu terus tido.

Habis cerita raya kedua.

0 komen: